Selasa, 31 Julai 2012

Haram Jadah punya YB!

Sedih-Sedih-Sedih. Inikah perangai pemimpin parti pembangkang. Buang bini macam buang tulang ayam.
http://t.co/4Z6ug56Q
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MB Kedah: Merc S-Class untuk VVIP, bukan untuk sendiri.

Hari ini Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menafikan kereta Mercedes S350 nombor pendaftaran KCX 8 dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaan peribadi beliau tetapi untuk kegunaan tetamu yang melawat Kedah.

Menurut Tan Keng Liang Ketua Pemuda Gerakan Kedah, MB Kedah sering dilihat menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan peribadi seperti menghadiri Sidang Dun. Yang mana satu yang betul wahai Azizan?

Satu lagi persoalan berapa ramai tetamu negeri yang diberi penghormatan menggunakan kereta tersebut. Pernahkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib dan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin diberi peluang untuk menggunakan kereta tersebut apabila mereka melawat Kedah?

Cuba Azizan jawab betul-betul, jangan main-main nanti jadi munafik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lajim hilang jawatan menteri

Yang di-Pertuan Agong beri perkenan batal pelantikan Lajim Ukim sbg Timbalan Menteri Perumahan & K'jaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – kata Bapa Benggali

Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud. Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu.

Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud. Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi 'pejuang hudud' dan Negara Islam. Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.

Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.

Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan 'tak berapa cerdik' yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan 'keIslaman' PAS.

Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan 'hudud' sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.

Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.

Bapa Benggali Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.

Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. 'Hudud' bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.

Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.

Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?

Parti PKR tegar sekali menggunakan nama 'rakyat' dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama 'rakyat' akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah 'demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar'.

Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan 'rakyat', maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu 'Demi Rakyat, Demi Masa Depan' yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

Kecuali isu 'peluang pekerjaan terhad', kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu 'perintis' gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari 'nobody' menjadi 'somebody' dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan 'keberanian' sahaja.

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bonus: PR Tuduh Kerajaan Guna Wang IMF, Gila kah,Apa?

Terdesak dan tertekan sungguh para pemimpin pembangkang tika ini apabila melihat keprihatinan berterusan Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat dan di masa yang sama tidak lupa menghargai jasa golongan penjawat awam.

Ramai pemimpin pembangkang melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.

Riuh rendah dan kehangatan kem pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.

Tidak terkecuali, jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.

Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas, blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin PR dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.

Selain itu, semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA, bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.

Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas, blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pembangkang dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM, Dato' Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah, sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.

Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah ekonomi berikutan serangan penyangak matawang pada 1997/98 dulu pun tidak sesekali kita tunduk dengan bantuan kewangan yang mahu dihulur oleh IMF.

Jika adapun pinjaman yang pernah kita buat ialah melalui Bank Dunia, sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dengan IMF.

Bank Dunia boleh diibaratkan sama seperti bank-bank tempatan yang memberi pinjaman jangka masa pendek dan panjang untuk pelanggannya manakala IMF saling tak ubah seperti along yang gemar mencekik darah orang susah yang terperangkap dengan janji manisnya.

Ringkasnya, beza kedua-duanya umpama jauhnya langit dari bumi. Pun begitu, walau kedua-duanya jelas berbeza peranannya, rasanya ramai yang tidak lupa pemimpin pembangkang pernah juga mempolemikkan isu pinjaman dengan Bank Dunia untuk menggambarkan kantung kerajaan telah kempis dan tak berduit.

Walhal, bagi yang celik akal, urusan kita dengan Bank Dunia sudah bermula sejak tahun 1950-an malah tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pun pernah beberapa kali Anwar mewakili kerajaan melakukan urusan pinjaman dengan Bank Dunia.

Apapun, satu perkara yang perlu kita faham nawaitu utama pembangkang melontarkan tuduhan terhadap kerajaan bersabit soal kewangan, tujuannya tak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu rakyat kebanyakan menjadi ragu dan was-was dengan keupayaan urus tadbir Kerajaan BN yang memerintah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bangkit - DJ Fuzz x Altimet x Salam (Official Lyric Video )



Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semulaBangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

CUBA HAYATI LAGU INI, APA MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PENULIS DALAM LAGU INI?

GADIS CINA HOT BKN ISLAM BERHUJAH PRO-PUASA

Published on Jul 29, 2012 by xifu naser J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an. Untuk jemput J Sze memberi ceramah, sila hubungi fb public fiqure XIFU NASER.

Bapa Benggali dah berbuih mulut sound Pas mengenai hudud.





Bapa Benggali ini dah berbuih mulut dok bagi amaran dan tegur puak-puak Pas mengenai isu Hudud. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenal kan hudud di negara ini mencermin kan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencermin kan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama

Isnin, 30 Julai 2012

Freemason' Hall muncul di Selangor

Freemason merupakan satu pertubuhan persaudaraan yang muncul sejak akhir abad ke 16 dan mempunyai 5 juta ahli termasuk di Malaysia.

Di Malaysia ia berkembang sejak penjajahan Belanda di Indonesia dan Tanah Melayu. Ia bermula secara rasminya pada 20 oktober 1916.

Terdapat 21 buah rumah Fremason' Hall di Malaysia termasuk sebuah di Taiping, tetapi telah dirobohkan beberapa tahun lalu oleh pihak Freemason sendiri.

Hari ini negara dikejutkan dengan pembinaan sebuah lagi dewan yang baru di Sungai Besar Selangor.

Mengapa di Sungai Besar, tidak di bandaraya Kuala Lumpur?

Ingatkan pengaruh masonic di Malaysia sudah luntur, rupa-rupanya semakin subur selepas Selangor diperintah oleh pembangkang.

Mana dia Jabatan Amal Pas yang ingin menegakkan agama Allah, sila bertindak sekarang.

Apakah Pas tidak memahami apa itu Freemason? Kalau nak tahu apa itu gerakan ini, sila rujuk kepada Anwar Ibrahim kerana rumah Anwar pun bercirikan masonic atau Freemason.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al-Fatihah

Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur awal hari ini. Takziah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'

Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Awang Kian Terpinggir

Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.


Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hindraf chairman in Malaysian Embassy

HINDRAF chairman entered Malaysian embassy in singapore at 10.45am with his solicitor Ram. They were taken to internal office to expedite his passport issuence process.

At 12.34 waytha regained his dignity as a Malaysian citizen when he received his international passport and now he is ready to enter Malaysia legally on 1st Aug. 2012.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akhirnya MPT tunduk dengan Nga Kor Ming

Majlis Perbandaran Taiping, membatalkan projek untuk membangunkan kios rakyat dan cenderamata yang akan dibangunkan oleh Koridor Utara atas desakan oleh DAP taiping.

Dan dua tapak baru dicadangkan oleh MPT kepada Koridor Utara, pertama dibelakang TANDAS tempat rekriasi Taman Tasik dan di tapak permainan berhampiran dengan gelangangan tenis.

Pada pendapat saya ini hanya gula gula untuk menenangkan perasaan masyarakat bumiputra khususnya orang melayu selepas Majlis perbandaran tunduk kepada desakan DAP, yang pasti bila kelak memilih tempat yang baik seperti taman permainan bersebelahan  gelanggang tennis, pastinya satu lagi protes yang akan dibuat DAP dan sekali lagi MPT akan tunduk, dan kios yang dapat menjana pendapatan masyarakat tempatan khususnya bumiputra akan ditempatkan di belakang TANDAS. itu yang DAP mau!

Datuk Setiausaha Politik Menteri Besar dan Datuk Adun Exco Kerajaan negeri Mesti Campur Tangan dalam hal hal Orang Melayu jangan Sampai Kios untuk orang Melayu diletakkan Belakang Tandas!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lajim dalam kenangan

DATUK Seri Panglima Lajim Ukin, Janang Gayuh kaum Bisaya di Beauford, Sabah dengan jelas telah menunjukkan haluan politiknya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

Beliau tidak lagi akan berada dalam kapal Barisan Nasional (BN), sebaliknya akan bersama Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang ditubuhkannya bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing.

PPS hampir pasti akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itulah politik Lajim sebenarnya. Bermula daripada 1985 ketika memenangi kerusi DUN Klias, Beauford hinggalah semalam ketika mengumumkan perletakan jawatannya daripada beberapa jawatan penting BN dan UMNO, Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti politik yang dianggotainya.

Mengenali Lajim sejak 1986 dan pernah menghasilkan buku biografinya ketika saya di Sabah, beliau dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri, tanpa menghiraukan kepentingan partinya.

Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985 setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu.

Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS.

Sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan, pemimpin suku kaum Suluk dari Tawau.

Kaum Suluk, yang hampir keseluruhannnya beragama Islam adalah suku kaum Bumiputera-Islam yang terbesar di Sabah, mengatasi kaum Bisaya.

Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri mewakili Bumiputera-Islam yang menyebabkan Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana.
Lajim ketika itu menang di Klias menewaskan calon USNO, Azizah Mohd Dun dengan majioriti 791 undi.

Sepanjang penguasaan PBS di Sabah, bukan rahsia lagi berlaku perebutan jawatan penting antara Lajim dan Bahrom bagi kuota Bumiputera-Islam, samalah keadaannya di antara Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chau Tet On bagi kuota kaum Cina.

Dalam setiap kali pertandingan, kemenangan berpihak kepada Bahrom. Teck Lee pula berjaya menewaskan Tet On yang kemudiannya mengerakkan MCA di Sabah.

Lajim dan Teck Lee memendam rasa sejak sekian lama di dalam PBS, walaupun kedua-duanya memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin.

Teck Lee bertindak menjelang Pilihanraya Negeri Sabah pada 1994 dengan meninggalkan PBS dan menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP).

Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam pilihanraya itu yang menyaksikan PBS memang tipis ke atas BN, telah mula menunjukkan reaksi untuk mengkhianati Pairin.

Bukan rahsia lagi ketika ADUN-ADUN PBS berkampung di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri dalam peristiwa di luar pintu pagar Istana sebaik selesai pilihanraya 1994, Lajim sudah menghantar mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN.

Dalam pilihanraya itu, PBS menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

Ketika itu Pairin menunggu dalam kereta di luar pintu pagar Istana selama 36 jam bersama penyokong-penyokong PBS untuk masuk mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Haji Said Keruak.

Lajim yang berada di Sri Gaya dalam keadaan ‘terkurung’ bersama ADUN-ADUN PBS yang lain berjaya meloloskan mesej untuk mengkhianati partinya itu yang menjadi antara sebab upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh.

Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan kesampaian kerana anak Tun Mustapha, Datu Amirkahar juga turut menang di DUN Banggi atas tiket PBS.

Jelas, Pairin melantik Amirkahar selaku Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam yang meningkatkan api kemarahan Lajim terhadap Pairin dan PBS.

Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke parti UMNO bersama dengan ADUN Kemabong, Rubin Balang dan ADUN lantikan, Zaini Md Isa.

Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita pula untuk menjadi pemimpin nombor satu Sabah, iaitu sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran jawatan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Penggiliran pertama pastinya bukan milik beliau kerana Tun Sakaran Dandai lebih senior dan mempunyai hieraki kepimpinan yang lebih kanan dalam UMNO Sabah.

Selepas 11 bulan, atas faktor kesihatan, Tun Sakaran melepaskan jawatan itu tetapi kuota UMNO itu tidak disinggah kepada Lajim, sebaliknya kepada Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Selepas Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok mengambil giliran bagi kuota Cina dan Bumiputera Bukan-Islam, jawatan itu tidak jatuh juga kepada Lajim, tetapi kepada Datuk Osu Sukam.

Selepas digilirkan kepada Datuk Chong Kah Kiat, kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003 hingga sekarang.

Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak.

Baik Musa Aman yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Lajim tidak boleh menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah sampai ke dinding.

Sikapnya yang tidak istiqamah kepada perjuangan parti sudah dapat dihidu sejak beberapa tahun lalu. Ugutan kepada pucuk pimpinan parti bukanlah cara yang baik bagi kelangsungan politik peribadi.

Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan kerier politiknya.

Bagi Lajim, sejak sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik. Selaku ahli politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh menguntungkannya.

Perhitungan Lajim meninggalkan Berjaya dan bertanding atas tiket PBS terbukti mengena pada cita-cita politiknya apabila PBS menang dalam Pilihanraya Negeri 1985.

Tindakannya meninggalkan PBS dan melompat ke UMNO juga ternyata mengena sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dari PBS pada 1994 dan seterusnya menyambung nasib politik beliau.

Entah apalah perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkol pula dengan PR.

Tetapi Lajim perlu akui pepatah Melayu akan tiba ke atas dirinya – sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Hari ini, Kabinet akan membuat keputusan terhadap kedudukan Lajim, sebagaimana dinyatakan oleh Najib semalam.

Setelah tokoh Bisaya itu mengumumkan perletakan pelbagai jawatannya dalam UMNO dan BN, apalah gunanya lagi beliau duduk di kerusi Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan.

Apa gunanya juga beliau kekal menjadi ahli UMNO.

Pecatlah sahaja Lajim, kerana kaum Bisaya di Sabah selama ini menyokong Lajim bukan kerana dirinya, tetapi kerana parti yang diwakilinya.

Lajim akan menjadi seperti Yong Teck Lee, yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai paramount leader kepada kaum Cina di Sabah, tetapi akhirnya tersungkur dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sandakan yang majoriti pengundinya di kalangan kaum tersebut di tangan seorang wanita yang tidak menonjol dalam bidang politik.

Akan muncul Janang Gayuh yang baru bagi kaum Bisaya di Sabah.

Lajim akan menjadi kenangan dalam sejarah politik Sabah selepas PRU-13 nanti
Oleh Datuk Khusairi Talib, Adun Slim: -

R.I.P LAJIM

Ahad, 29 Julai 2012

7 seruan untuk menghalau Pas dari muka bumi


SERUAN 1

Tiada seorang pun di kalangan kita yang sempurna seratus peratus.

Setiap seorang ada kelebihan dan ada kekurangan. Bina sifat rendah diri, menghormati dan menghargai rakan. Jangan sombong dan takbur. Jangan memandang rendah sumbangan dan usaha orang lain. Jangan menghina. Jangan putus asa. Jangan merajuk.

SERUAN 2

Perbezaan adalah fitrah.

Nabi Muhamad bersabda (mafhumnya) "perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat" dengan maksud ia memangkin perbincangan yang membantu penghasilan keputusan terbaik. Musyawarah (mesyuarat) adalah 'syura' yang disyari'atkan oleh Allah SWT untuk mengurus perbezaan pendapat.

Insafi adab syura dan adab berbeza pendapat. Insafi betapa lebih baik kalau pendapat kita ditolak oleh syura kerana ia menyelamat kan kita daripada risiko kemudian hari. Insafi betapa bahayanya kalau pendapat kita diterima oleh syura kerana ia mengundang risiko jika pelaksanaannya tidak membuahkan hasil.

Orang besar dan orang kecil hanya soal perbezaan tanggung jawab. Orang besar tidak semestinya betul dalam semua perkara. Orang kecil pun begitu juga. Orang kecil wajib hormat orang besar. Orang besar juga lebih wajib hormat orang kecil. Hubungan kita adalah hubungan kasih sayang, ukhuwwah dan mahabbah.

SERUAN 3

Keterbukaan adalah sunnah yang wajib jadi budaya pengurusan kita.

Nabi Muhamad adalah pengurus terbaik kerana keterbukaannya adalah yang terbaik. Pengurus yang pintar tetapi tidak terbuka pasti gagal. Pengurus yang bijak tetapi tidak terbuka adalah diktator. Pengurus yang rajin tetapi tidak terbuka adalah gila. Itu semua hanya sesuai pada PAS.

Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menggali parit bersama tentera berpangkat paling rendah. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menerima-pakai pendapat tentera pangkat rendah yang menyanggah pendapat baginda tentang lokasi perkhemahan. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi akur kepada tuntutan tentera yang menuntut balas tujahan Nabi ke dadanya. Sunnah pengurusan ada dalam kisah mesyuarat kabinet Nabi bersama sahabat-sahabat ahlul hilli wal 'aqdi.

Yang tidak terbuka ialah Namrud, Fir'aun, Abu Jahal dan PAS

SERUAN 4

Misi kita ialah memenangkan Pakatan Rakyat.

Oleh itu gerak kerja kita mestilah ada nilai 'penyebab' kemenangan. 'Penyebab' paling besar dijadikan gerak kerja paling utama. Semua gerak kerja berikutnya diutamakan mengikut saiz nilai penyebab kemenangan itu. Yang lebih utama, diutamakan.

Jangan syok sendiri. Tempoh berkempen yang singkat bukan medan untuk glamor atau medan memperagakan skil. Kita sedang berkempen, bukan berpesta. Kesibukan kita biarlah berbaloi. Jangan hanya sibuk tetapi urusan kita berkisar hanya sesama sendiri.

SERUAN 5

Pelanggan utama kita ialah pengundi atas pagar.

Selepas itu, pengundi kelompok kedua dalam susunan keutamaan kita ialah penyokong setia yang sah dan dikenali (Melayu, Cina dan India). Kelompok ketiga ialah sebahagian orang PAS yang jinak-jinak merpati. Sukar ditangkap namun kalau betul caranya, mereka akan berbakti di bilik mengundi.

Tolong percaya kepada fakta bahawa ceramah perdana dan semi-perdana hanya dihadiri oleh 95 peratus penyokong setia. Pengundi atas pagar tak datang dengar ceramah itu. Mereka perlu didatangi di rumah atau ditempat kerja atau di mana-mana tempat lepak kebiasaan mereka.

SERUAN 6

Strategi PAS ialah memfitnah, merasuah, memaki hamun pemimpin dan merangsang emosi orang Melayu dengan putar belit yang terancang rapi. Jangan perkecilkan keupayaan mereka. Jangan terpedaya dengan provokasi mereka.

Kita mesti pantas dalam berhati-hati. Jangan leka dan jangan pandang sebelah mata pada setiap yang berlaku dan mungkin berlaku. Kita mesti curiga (bertempat). Kita mesti bersiap-siaga sepanjang masa.

SERUAN 7

Strategi kita ialah mendampingi, menawan hati dan menerang. Jangan menyimpang dari pendekatan ini.

Fahami dan laksanakan prinsip-prinsip menawan hati. Dekati lah pengundi dengan penampilan yang menyenangkan, bahasa yang mudah tetapi indah, berbual bukan berceramah, menerang bukan berdebat, memahamkan bukan memaksa, memujuk bukan mendesak.

Bahasa badan lebih fasih daripada bahasa lidah. Oleh itu awasi tingkah laku ketika menziarahi pengundi. Kemesraan lebih berkesan daripada hujah. Kontek mata dan seni berjabat tangan mesti difahami dan diamalkan. Jangan lupa buah tangan untuk anak kecil seperti gula-gula atau belon (bukan untuk orang dewasa).

Ziarah sulit lebih berkesan daripada ziarah terang-terangan. Ramai pengundi yang tidak selesa jika dikunjungi oleh kumpulan ramai yang mengusung bendera dan segala macam lambang. Hormati hak itu.

Sabtu, 28 Julai 2012

Keputusan Temasya Sukan Olimpik 2012

Acara Menembak ISSF, Air Rifle 10 Wanita :Lt Nur Suryani Bt Mohd Taibi dgn tembakan score 392/400, ranking 34/56, gagal masuk final.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Leman terus berlawak dalam PAS. Gelak lah Gelak lah

Leman Raja Lawak terus popular selepas menjadi ahli Pas. Masa dia dalam raja lawak tak ada pun yang kenal dia, kini bukan saja jadi jurucakap Pas, malah sudah jadi YB. Masuk kampung keluar kampung pakai tie dan blazer.

Setelah terserlah beberapa aktiviti dan percakapan beliau dalam media Pas jelaslah Leman Raja Lawak adalah orang OKU. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan besar dia akan bercakap sorang-sorang di tengah jalan dengan memakai baju court dan tie di tengah panas.

Kini punya taksub dengan Pas sehingga nak jadikan sebagai MLM. Bagus pada pemikiran Leman sebab upline boleh masyukkkkkk!
http://www.youtube.com/watch?v=NOnPLSSfFc8&feature=player_embedded
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 27 Julai 2012

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan

Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.

Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.
Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.
Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.
Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.
Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.
Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah. Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. 

Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN. Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.
Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Azizan Tak Tahu Hubungkait Calon MB Dengan Isu Rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal dengan panas baran semalam melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN) apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut, Azizan langsung tidak mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN. Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan beliau benar-benar ada kelemahan, kesilapan, lemah dan tidak prihatin terhadap tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut.

Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik pandai. Beliau juga merendah-rendahkan tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak BN. Kata beliau, MPN seharusnya mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.

Sememangnya, meremehkan dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi kewajiban bagi pemimpin PAS seolah-olah hanya mereka sahaja yang bijak lagi maksum di dunia ini. Dan sudah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk menuduh apa saja yang tidak menyebelahi mereka sebagai alat atau didalangi BN.

Kata beliau, "Ini suatu yang malang kerana golongan cerdik pandai sepatutnya mengkaji isu yang lebih serius.”

Tetapi, yang malang di sini ialah rakyat Kedah kerana mendapat Menteri Besar yang sudahlah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa, sombong dan bongkak serta enggan bertanggungjawab atas apa saja. Mudah sungguh menjadi MB nampaknya. Hanya duduk goyang kaki, pekakkan telinga, butakan mata, tetapi buka mulut menengking sesiapa saja yang mengkritiknya.

MPN bukan mewakili BN, jauh sekali bekerja untuk BN. Kajian tentang calon MB membawa signifikan tersendiri bagi isu-isu serius yang disebut oleh Azizan iaitu isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa. Ini kerana, siapa MB yang dipilih akan menentukan sama ada isu-isu serius tersebut akan dapat ditangani dengan baik. Jika tersilap memilih MB seperti Azizan, maka hasilnya pastilah seperti apa yang berlaku di Kedah hari ini.

Masalah balak, air, pencemaran, madrasah, pelancongan, pelaburan, tanah rizab Melayu, KUIN telah puas diperkatakan sehinggakan rakyat yang terlibat secara langsung dengan isu-isu tersebut hampir putus asa sama sekali. Kata mereka, tidak guna memberitahu MB kerana beliau hanya akan berkata semua sudah selesai.

Secara realiti, apa yang selesainya?

Yang selesainya adalah wang negeri yang semakin hari semakin susut. Tiada satu pun projek yang dicadang dan dicanang di bawah kerajaan PAS Kedah yang menjadi. Cakap-cakap di bawah kedengaran berkata, bagaimana projek boleh menjadi jika diberi kepada puak-puak PAS yang tidak punya pengalaman, mahupun modal untuk melaksanakannya?

Begitulah malang sekali nasib rakyat Kedah kerana mendapat MB yang tidak faham pun akan hubungkait dirinya dengan isu-isu serius di kalangan rakyat.

Hakikatnya, Azizan adalah MB yang buta IT dan beliau pastinya tidak dapat memahami bagaimana maklumat, termasuk perkara sulit boleh tersebar dan merebak dengan mudah. Beliau tidak tahu bahawa rakyat punya akses untuk meneliti sendiri perkara-perkara yang dinyatakan atau dinafikannya. Hanya dengan menepis dan menempelak orang lain tidak menjadikan beliau MB yang bijak.

Dengan pengetahuan yang begitu cetek mengenai perihal negeri dan dunia, siapakah Azizan untuk memperkecilkan bijakpandai dalam MPN?

Azizan Tak Tahu Hubungkait Calon MB Dengan Isu Rakyat



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal dengan panas baran semalam melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN) apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.  

Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut, Azizan langsung tidak mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN.  Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan beliau benar-benar ada kelemahan, kesilapan, lemah dan tidak prihatin terhadap tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut.  

Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik pandai.  Beliau juga merendah-rendahkan tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak BN.   Kata beliau, MPN seharusnya mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.  

Sememangnya, meremehkan dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi kewajiban bagi pemimpin PAS seolah-olah hanya mereka sahaja yang bijak lagi maksum di dunia ini.  Dan sudah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk menuduh apa saja yang tidak menyebelahi mereka sebagai alat atau didalangi BN.  

Kata beliau, "Ini suatu yang malang kerana golongan cerdik pandai sepatutnya mengkaji isu yang lebih serius.”

Tetapi, yang malang di sini ialah rakyat Kedah kerana mendapat Menteri Besar yang sudahlah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa, sombong dan bongkak serta enggan bertanggungjawab atas apa saja.   Mudah sungguh menjadi MB nampaknya.  Hanya duduk goyang kaki, pekakkan telinga, butakan mata, tetapi buka mulut menengking sesiapa saja yang mengkritiknya.  

MPN bukan mewakili BN, jauh sekali bekerja untuk BN.  Kajian tentang calon MB membawa signifikan tersendiri bagi isu-isu serius yang disebut oleh Azizan iaitu isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.  Ini kerana, siapa MB yang dipilih akan menentukan sama ada isu-isu serius tersebut akan dapat ditangani dengan baik.  Jika tersilap memilih MB seperti Azizan, maka hasilnya pastilah seperti apa yang berlaku di Kedah hari ini.  

Masalah balak, air, pencemaran, madrasah, pelancongan, pelaburan, tanah rizab Melayu, KUIN telah puas diperkatakan sehinggakan rakyat yang terlibat secara langsung dengan isu-isu tersebut hampir putus asa sama sekali.  Kata mereka, tidak guna memberitahu MB kerana beliau hanya akan berkata semua sudah selesai.  

Secara realiti, apa yang selesainya? 

Yang selesainya adalah wang negeri yang semakin hari semakin susut.  Tiada satu pun projek yang dicadang dan dicanang di bawah kerajaan PAS Kedah yang menjadi.  Cakap-cakap di bawah kedengaran berkata, bagaimana projek boleh menjadi jika diberi kepada puak-puak PAS yang tidak punya pengalaman, mahupun modal untuk melaksanakannya?

Begitulah malang sekali nasib rakyat Kedah kerana mendapat MB yang tidak faham pun akan hubungkait dirinya dengan isu-isu serius di kalangan rakyat.  

Hakikatnya, Azizan adalah MB yang buta IT dan beliau pastinya tidak dapat memahami bagaimana maklumat, termasuk perkara sulit boleh tersebar dan merebak dengan mudah.   Beliau tidak tahu bahawa rakyat punya akses untuk meneliti sendiri perkara-perkara yang dinyatakan atau dinafikannya.   Hanya dengan menepis dan menempelak orang lain tidak menjadikan beliau MB yang bijak.  

Dengan pengetahuan yang begitu cetek mengenai perihal negeri dan dunia, siapakah Azizan untuk memperkecilkan bijakpandai dalam MPN?

Lawak hujung minggu

Jangan disamakan Anwar Ibrahim dengan Presiden Mesir
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Populariti Najib Kekal Stabil

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OPPOSITION PARTIES USING EACH OTHER FOR THEIR OWN CAUSE


                                               
                                                                     
                                                                     
                                             
 
Parties in the opposition unregistered alliance of Pakatan Rakyat are in reality using each other as platform to further their causes – not for the rakyat or Malaysians in totality.

From day one when they came together, DAP has its own Chinese agenda but of course laced and disguise under a Malaysian image, PAS is pursuing the cause of certain individuals but most over their main objectives of an Islamic state.

DAP claims to be multi-racial but its struggle has been one track – championing the Chinese cause – and its members comprise 99 per cent Chinese.

PAS is Islamic based as its members can be of any race so long as they are Muslims and they pursue for an Islamic theology state, no meandering or deviation in whatever ways.

Now enter Parti Keadilan Rakyat (PKR), multi-racial and borned out of anger when the party de facto leader Anwar Ibrahim was expelled from Barisan Nasional and Umno and charged for abuse of power and sodomy.

The most aggressive and visible because Anwar is well-known even globally, PKR;s aim is to put Anwar in Putrajaya – no matter what it takes as it seems at present.

Despite the three parties getting together – like the saying goes sleeping on the same pillow and mattress and also bed – their dreams are different totally.

Right now, under the calm flowing water of the surface, the three parties are pushing one another to get to the top, to be the dominant so that their leaders can be Prime Minister.

Despite all agreeing Anwar is to be PM, the real scenario is different at the bottom of the calm flowing water.

PAS still insists on its president Abdul Hadi Awang to be PM while for the DAP, it would be Anwar because a non-Malay PM may not be good for the country with majority Malays and to DAP, Anwar is an easy prey because the aprty leaders have all his secrets.

And if PAS’s Abdul Hadi becomes PM, PAS will pursue the Islamic state concept or now has been changed to a welfare state – whatever the name changed it is still an Islamic state because it will have Islamic laws and Hudud will be implemented.

DAP does not want Hudud and Karpal Singh, DAP strongman had said over his dead body while PKR follows DAP stand.

Given the opposing ‘destinations’ the three parties have, what would it be if they win the coming general election?

Would it be like the few Arab nations that had revolutions to change the ruling parties but ended is chaos as everyone wants their ways.

And given such scenarios around the world, do Malaysians want to see this happen here where the present comfortable and peaceful country turns chaotic just because the winners want their ways?

One wonders whether sanity will prevail among those voters who are obsessed with their political leanings now and see the reality.

Tantawi Musykil Orang Islam Tolak Hudud. Cakpong Cakpong

Rabu, 25 Julai 2012

PR’S CAR TAX CUT PROPOSAL IS SIMILAR TO CHILDREN’S FANTASIES

Pakatan Rakyat (PR) came out with another bright idea – knock down car prices so that Malaysians can have more disposable income – regardless of how the government can balance its income given there will be no taxes or the taxes on cars are reduced drastically.

And when PKR strategist Rafizi Ramli announced the proposal which will take effect if PR is to take over Putrajaya in the coming general election, the opposition forgets that local car industry needs to be protected in whatever means.

Ideas put forward by PR strategists, aimed at winning votes in the coming general election which is at present fiercely contesting, can be likened to ideas put forth by children in solving whatever problems they face at present.

They never think of the impact – long term and short term – of the ideas if implemented because the oppositions will always excuses later on when they cannot meet their promises.

Like now as they face problems in meeting their promises made during the 2008 general election where the voters, majority of the middle-income group who are now demanding but are shunned away by PR leaders.

Take Selangor for example, numerous promises made have yet to be fulfilled and the PR Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim is giving the slip whenever the disgruntled voters wanted to meet him.

Memorandums sent by these voters were only received by the secretaries of the MB while the MB divert their focus on other issues that are seen as the 'people's issues'.

PR especially PKR is good in picking up issues to be sold for influence that make the people feel good and wanting but these have never been made good.

Reducing car prices sounds good and attractive but they never care how the government is going to get back the estimated RM8 billion and Rafizi never explained except saying there are other ways the government could get the income.

This just means he himself and his think-tank haven't the slightest idea how except increase prices in other items – meaning whatever increase in disposable income of the people from the car tax cut will be spent on other items which prices would increase.

So, whats the difference? And reducing car prices would create more jams on the road – meaning more and bigger roads need to be constructed, more parking spaces need to be constructed and many more utilities for cars need to be erected.

On top of that, how is our local car industry going to develop when imported cars are on the same level – competition or not – countries which have car industries like Japan and Korea still protect their car industry despite them being developed in the sector.

The manner Rafizi and PR leaders put forth their ideas are just like children with wild dreams, working on fantasies to comfort themselves – in this case to comfort those who support them and trying to influence others to have similar fantasies.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kubah Masjid Jatuh Di Negeri Serambi Mekah, Apa Tandanya?

Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?

Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.

Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.

Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.

Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah Lar Pakatan, Ckp Belit2..Isu Hudud...

KUALA LUMPUR: sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk bersama dengan Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menentang aspirasi hudud Pas.

Ketua, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, bahawa dia telah membuka kotak Pandora lebih komen beliau baru-baru ini mengenai pelaksanaan hudud, yang telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli DAP Karpal dan lain-lain.

Beliau berkata ia adalah tidak wajar untuk Nasrudin korek membangkitkan isu itu telah lama wujud kerana beliau mendakwa bahawa pendirian pakatan antara PKR, DAP dan Pas pada undang-undang jenayah Islam adalah jelas.

"Saya ingin menasihatkan Nasrudin merujuk kepada persetujuan kami akhir tahun lalu bahawa hudud tidak adalah sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat sehingga semua pihak anggota bersetuju untuk."

Shamsul Iskandar berkata bahawa hampir kepada 30 pemimpin parti pembangkang telah bertemu selama lebih tiga jam pada 29, Sept tahun lepas untuk menyelesaikan isu yang mendalam hudud, yang telah melihat DAP dan Pas berulang kali bertelagah.

:]x Pada Yg Beria2 Nak Ikut Pakatan..Buka Mata Dan Nilailah..Hangpa duk Kena Tipu Jer Ngan Rejim Pakatan Ni..>:/

Armand Teguh Bersama UMNO
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bonus untuk kaki tangan kerajaan

PM umum bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kpd penjawat awam & bayaran khas RM500 utk pesara kerajaan; bayaran pada 9 0gos
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga ayam naik, salah BN?

Harga ayam di Pasar Am Sandakan naik ke RM11 1kg berbanding harga sebelum bulan Ramadan iaitu antara RM8.50 hingga RM9 1kg

Oleh yang demikian, orang Islam perlu melibatkan diri dalam industri peternakan haiwan, agar harga tidak mudah dimanipulasikan oleh orang.

Sekarang nak salah siapa jika harga makana tidak boleh dikawal oleh pengguna. Permintaan ayam meningkat mendorong kepada kenaikan harga dipasaran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran.

Bismillah,
 
 
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
 
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
 
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
 
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
 
5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
 
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
 
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
 
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
 
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.
 
Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah Datuk Bandar Ipoh

Tahniah kepada Y.Bhg Datuk Roshidi Hashim DPMP, AMP, PPT, PJK. Beliau telah disambung perkhidmatannya untuk setahun lagi sehingga 23 Julai 2013.

Datuk Roshidi telah dilantik ke jawatan Datuk Bandar oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa Dato Seri Nizar Jamaluddin menjadi menteri besar.

Dengan penyambungan tugas setahun lagi telah menyebabkan Pas melenting. Harapan mereka Roshidi digantikan dengan orang lain maka ia akan menjadi modal politik mereka untuk menghentam Dr Zambry dan BN.

Lihat! BN tidak ada masalah dengan Datuk bandar, hanya Pas sahaja yang cuba mereka-reka cerita kononnya menteri besar tidak ngam atau sama angin dengan datuk bandar.

Terutama dalam isu sampah dan beberapa isu lain yang sengaja dibangkitkan.

Ambik ! Kan dah terduduk. Fitnah tak jalan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Datuk Tutuh Siapa Ni Datuk?






Aku bukanlah blogger hebat macam Datuk seorang ni tapi yang pasti aku tetap aku. Dalam hal sokong parti, aku tetap tidak setuju dengan cara (modus operandi) blogger ni.



Aku letak tajuk 'Datuk tutuh Siapa Datuk' kerana Datuk ini pernah labelkan Biro Tata Negara sebagai Biro Tutuh Negara.



Artikel di atas diambil dari blog lain yang memetik artikel asal dari blog Datuk ini. Namun, bila kita klik untuk ke artikel asal ...

ini yang keluar...ertinya Datuk dah remove artikel asalnya.

...soalnya kenapa remove..apa kerana Datuk dah rujuk semula dengan KP yang Datuk dakwa 'tutuh negara', melalui siri Konvensyen Media Sosial yang Datuk menjadi Pengarahnya, atau Datuk dah hilang 'batu pelir'???




Artikel beliau kebelakangan ini membawa seribu pertanyaan akan kredibiliti beliau terutama kefahaman beliau akan cara pentadbiran YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.


Apa beliau fikir Perdana Menteri kita ini sebodoh dan sedangkal dirinya?


Artikel beliau ini menyerang Ketua sebuah Agensi Kerajaan dan Pegawai di Pejabat Perdana Menteri.


Kebodohan dan kedangkalan Datuk blogger ini telah dijawab oleh YAB Perdana Menteri dalam Buletin TV3 bertarikh 21/7/2012...'semuanya spekulatif - itu Ulasan Perdana Menteri'


Apa Datuk ni fikir, Perdana Menteri sebodoh dia? Perlu diperingatkan bahawa YAB Perdana Menteri akan membuat pilihan Calon yang boleh menang (winnable candidate). Asas penilaian YAB Perdana Menteri bukan dari satu sumber dan perkara ini telah beberapa kali diucapkan oleh Perdana Menteri.


Perlu diingatkan bahawa selain dari Agensi yang disebutkan oleh Datuk ni, Pengerusi BN bagi setiap Parlimen juga, diberi mandat untuk kemukakan Calon masing-masing untuk dipertimbangkan.


Bukan setakat itu saja, PM pastinya juga akan mengambilkira laporan dari Unit-unit Khas (yang punyai akses ke akar umbi), yang diberi kepercayaan untuk menyenaraikan Calon yang difikirkan berpotensi menang.


Balik kepada artikel beliau yang terbaru ini, beliau seolah merujuk kepada Ketua Pengarah Agensi yang pernah beliau 'tutuh' dulu dan bekas Pengarah dari Agensi ini yang sekarang berkhidmat dengan Perdana Menteri.


Soalnya, kenapa Datuk 'tutuh' kembali KP yang telah pun Datuk 'rujuk' dengan siri konvensyen Datuk? Apa kerana alasan tak masyuk atau memang MO Datuk macam ini...'tutuh', nego harga, setuju dan tarik balik artikel???


Aku pun tak mau berleter panjang tapi aku akan terus dedahkan siapa sebenarnya Datuk ini. Apakah dia benar-benar Datuk...tunggu pendedahan aku selepas ini.

20120724 PC Zahid Hamidi

Selasa, 24 Julai 2012

Video Ust Kazim Belasah PAS Kaw Kaw Panas Telinga Mendengarnya

Menanti Lebuhraya Rakyat

Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu? Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat. Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

UFB - PAS Janji Macam² Sampai Masa Habuk Pun Tarak

UFB - Penyokong PAS Terdiam 2 Kali Kena Sound Dgn UFB Dalam Seminit

Published on Jul 23, 2012 by abuaqif
http://abuaqifstudio.blogspot.com/

Komen Abu Aqif: Elok la diam.. Daripada dok asyik bersorak tak tentu pasal. Hayati hadith Nabi ini:

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Debat: PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?

Tarikh: 19/07/2012
Hari: Khamis
Waktu: 5.00 PM
Lokasi: Karangkraf Shah Alam

Panelist:
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (CEO ILMU)
- Ustaz Nasaruddin Tantawi (KP PAS)

Moderator: Prof. Dato Mohamad Abu Bakar (UM)

Dengan Kerjasama
- Sinar
- ASTRO Awani
- Bernama Radio 24
- MOBTV

Tantawi Cakpong Polis. Kebenaran Disembunyikan

20120701 Ada usaha bawa Sharifah Aini masuk PAS

Published on Jul 22, 2012 by minaqjinggo13
Pengarang Harakah, Dato' Tarmizi Mat Jam dalam ceramah beliau mengakui ada usaha dan perancangan spesifik untuk membawa masuk Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini kedalam parti PAS. Apa sudah jadi dengan perancangan tersebut kerana Kak Pah sudah pun mengeluarkan kenyataan penafian.

Selangor Loni Tak Supo Dulu...

Published on Jul 18, 2012 by suara rakyat
Dulu Lain Sekarang Lain. Itulah hakikatnya di Selangor hari ini. Kejadian mencuri pasir berleluasa oleh penyangak-penyangak tarbus, isu sampah-sarap yang menjadikan Selangor negeri yang busuk, dibusukkan lagi dengan pusat-pusat maksiat dan judi haram. Isu melayu murtad pun banyak. Hassan Ali nak menegak hukum agama pula ditendang jauh-jauh.
Saksikan dan selami mesej yang cuba digambarkan dalam musik video dikir yang dituju khas kepada penduduk di Selangor. Semoga kita dapat satu kesedaran tentang situasi sebenar yang diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor dan kroni-kroni anwar, khalid dan ronnie liew tatkala ini.

Isnin, 23 Julai 2012

Rehat Rawat yang menyakitkan mata

Sekiranya anda berada di lebuh raya PLUS dari arah Juru ke Bukit Merah mungkin anda pernah singgah di R&R ini. Tak perlu sebut nama tempat , biar menjadi tanda tanya.

Yang buruk dan menyakitkan mata ia gerai-gerai haram yang dibina diluar pagar kawasan rehat tersebut.

Kalau semua gerai berada dalam keadaan cantik dan berfungsi tidak lah menyakitkan mata, ini terdapat gerai yang ditinggal kan kosong dan naik hutan.

Setelah lama memerhati kan siapa pemiliknya, maka terjawab lah juga. Gerai haram tersebut dibuat dan diuruskan oleh pekerja R&R yang menjaga tandas dan tukang sapu.

Untung mereka dapat makan gaji dan berniaga dalam masa yang sama.

Dahulu perkara ini berlaku di R&R antara tol Kamunting dan Changkat Jering, tetapi setelah pihak PLUS bertindak dengan membina gerai kekal, maka dengan sendirinya gerai haram ditutup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 19 Julai 2012

Ketua Eksekutif PKNK Bakal DiPecat?

Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang. Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH. Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya. Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.

Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa. Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK. Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan. Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak. Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya. Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman. Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti. Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.

20120506 Lawatan ke Terowong air Langat 2

Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor



Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.

Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.

Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.

Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Semacam sudah menjadi badi di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.

Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.

Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.

Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samada membatalkan atau menangguh kan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.

Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.

Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.

Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?

Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.

projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.

Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.

Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.

Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.

Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.