Rabu, 10 April 2013

Pengajian Pondok akan dihapuskan oleh Pas sekutu Dap

LAMAN ini menyambut baik usaha kerajaan negeri PAS Kelantan untuk menutup semua sekolah pondok di negeri tersebut.  Tindakan sama kemudiannya akan dituruti oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Kedah yang turut mempunyai bilangan sekolah pondok yang agak banyak, melebihi negeri-negeri lain di negara ini.

Ini setelah kerajaan negeri melihat sekolah-sekolah pondok dijadikan pusat untuk menyebarkan fahaman anti kerajaan PAS dan menyuburkan sekularisme.  Semua ini amat berbeza dengan peranan yang dimainkan sekolah pondok dahulu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan agama Islam di rantau sebelah sini.

Tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Tumpat yang menyita sekolah Pondok Genting yang diuruskan calon BN dalam pilihanraya umum akan datang, Abdullah Saamah, adalah satu tindakan yang wajar dipuji dan seharusnya diperluaskan kepada sekolah-sekolah pondok yang lain juga.

Ini adalah permulaan kepada lebih banyak tindakan seumpamanya di masa akan datang.  Jangan kata bangunan yang masih dalam pembinaan, bangunan sekolah yang telah dibina pun, akan dirobohkan kerajaan negeri kalau tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam undang-undang tempatan berkaitan.

Anjing ini, Abdullah Saamah, telah lama menjadi duri dalam daging kepada kecemerlangan sekolah pondok yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kemajuan institusi tersebut, terutama di Kelantan setelah dia mula bergiat aktif di dalam politik UMNO.

Baru-baru ini, dalam Persidangan Pondok Ulama Pondok di Kedah, anjing berserban ini telah memimpin sekumpulan pengusaha sekolah pondok yang lain, mengharamkan umat Islam dari mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Satu pernyataan paling bodoh yang kami pernah dengar, malangnya pula tu keluar dari perkumpulan alim ulamak (konon) pondok di negara ini.

Nasib baik kelayakan Abdullah Saamah dan kuncu-kuncunya untuk mengeluarkan arahan sedemikian tidak diiktiraf oleh sesiapa, lantaran ilmu yang tidak begitu tinggi dan diiktiraf.

Maka itulah tindakan-tindakan seumpama ini wajar diambil untuk memberi peringatkan kepada kelompok sekolah pondok ini agar sedar diri dan menghormati kerajaan negeri yang telah banyak membantu perkembangan mereka selama ini.

Kami percaya kerajaan negeri Kelantan telah banyak bertolak ansur dengan pengusaha-pengusaha sekolah pondok selama ini dan tibalah saat dan ketikanya kerajaan negeri berhenti memberi muka kepada kelompok ini lagi.

Jelas, mereka adalah golongan yang tidak sepatutnya dibantu dan disisihkan dari masyarakat kalau perlu.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=75259

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Info terkini dalam negara

Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas ditahan di Beluran, pagi tadi dan semalam: Hamza

Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan bertanding di Parlimen Pasir Mas tetapi tidak menyatakan bertanding atas tiket Bebas atau parti mana.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRU 13 di Lahad Datu

PRU13 akan berlangsung seperti biasa di kawasan Lahad Datu dan Semporna/ Pengerusi SPR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Info penting PRU 13

Tarikh Penting PRU 13

Menurut Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan
SPR melantik 222 Pengurus Pilihanraya

379 Pegawai Penguatkuasa

8879 Pusat Mengundi

RM400 Juta diperuntukkan utk PRU13

Daftar Pemilih Induk 2011 sehingga Suku Tahun 2012
yg mgandungi 13,268,002 Juta Pengundi

11/4 writ
20/04 - Penamaan Calon
30/04 - Pengundian Awal 554 Pusat Mengundi
05/05 - Pengundian Awam
20/04/2013 - 04/05/2013 - Tempoh Bkempen

Website - www.pru13.gov.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penamaan Calon dan Tarikh Mengundi

PENGERUSI SPR TS Aziz umum hari PENAMAAN CALON ialah pada 20 APRIL (Sabtu) manakala hari MENGUNDI pada 5 MEI (Ahad)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Act Fast Against Nik Aziz, National Fatwa Council Told

The National Fatwa Council is urged to act fast against PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who has been making controversial statements which could lead Muslims astray and divide the community.

Dr Fathul Bari Mat Jahaya, chairman of the Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), a group of young ulama, said the issue involving the faith of Muslims, especially deliberately sowing hatred among them should not be allowed to go on as it could tear Muslims apart.

He said Nik Aziz should not be behaving as though he was a "malaikat" (angel), and be so busy and quick to judge the religious faith or devotion of Umno members as only Allah could determine all that.

He was asked to comment on the statement by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today, asking the National Fatwa Councl to study all the statements made by Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar.

Muhyiddin had said that Nik Aziz's controversial statements like Umno members' prayers would not get "pahala" (divine merit) while the Barisan Nasional government was only thinking of project contracts when building mosques, must stop.

While describing Nik Aziz's action as a public punishment syndrome, Fathul Bari said the PAS leader should not be using religion for politics.

Meanwhile, Pertubuhan Ilmuan Malaysia chairman, Dr Fadlan Mohd Othman who agreed with Muhyiddin's suggestion, said the PAS Ulama Syura Council should discuss the issue and state their stand on Nik Aziz's every controversial statement that touched on religion.

"They should treat this issue like how they did with the issue on the use of the word 'Allah' in the Malay language version of the Bible," he said.

Jalur Tiga (Jati) deputy president Datuk Aidit Ghazali said Nik Aziz's image as an influential Islamic leader in this country had been tarnished with his statements that did not reflect true Islamic values.

"PAS has lost its credibility as an Islamist party, while Nik Aziz appears to be going senile by making crazy statements.

"The National Fatwa Council must do something, regardless of who had made such statements, as this had not happened twice but many times," he said.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Arkib : Haram Mengundi PKR, PAS & DAP

Sejak dulu lagi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok menyuarakan sokongan masing-masing dan turut berkempen untuk parti politik tertentu.

Biasanya PAS yang sering menjadi pilihan mereka disebabkan tarikan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh parti berlabel Islam itu.

Tapi suasana sudah berubah, apabila golongan ini yang pernah dekat dengan PAS dulu, kini berubah arah apabila buat pertama kalinya bersatu suara dan senada pandangannya dalam gerakan besar-besaran bagi menghalang pakatan DAP, PKR dan PAS.

Gerakan ini dapat dilihat jelas apabila Persidangan Ulama-Ulama Bersama Kepimpinan Pondok-Pondok / Sekolah Agama Rakyat / Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari berakhir 8 April 2013, telah membuat satu deklarasi bahawa adalah haram mengundi PKR, PAS dan DAP.

Persidangan yang di adakan di Gurun, Kedah itu dihadiri seramai 150 orang tokoh ulama dan tok guru pondok dari seluruh negara itu sependapat bahawa ketiga-tiga parti dalam PR itu telah dengan sengaja menyokong pluralisme agama dengan menyekutukan Allah S.W.T.

Mereka juga mengecam kenyataan pemimpin-pemimpin PR yang terus menerus menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh agama lain khususnya untuk dinukilkan dalam kitab Bible, yang dianggap umpama satu perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam.

Membenarkan kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible samalah seperti menyamatarafkan Keesaan Allah S.W.T dengan konsep triniti Kristian dan ia seolah-olah meletakkan agama lain juga tidak ada bezanya dengan kesucian agama Islam.

Perjuangan PKR, PAS dan DAP ternyata bukan sahaja telah menyalahi nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar malahan bertentangan dengan ajaran Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Bersandarkan hujah-hujah tersebut, para ulama dan tok guru pondok seluruh negara sepakat dan berkongsi pandangan bahawa adalah haram bagi umat Islam bersekongkol atau menyokong mana-mana parti dalam gabungan PR.

Dengan wujudnya deklarasi bersejarah ini bermakna buat pertama kalinya PAS selaku sebahagian dari PR secara rasminya hilang satu lagi akar kekuatannya apabila golongan ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok semakin menjauhkan diri dari PAS.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taman Mewah : Khutbah Jumaat Politik

Jumaat lepas di surau Istiqlal Taman Mewah sepatutnya Ust.Ibrahim Yaakob baca khutbah tetapi telah di ptg oleh Ust.Zainal Abidin Saad dibenarkan oleh pengerusi surau En.Najmi yg pro Pas,dlm khutbah si Zainal celaka ni telah menghasut jemaah dgn berkata -

"KALAU KITA NAK MEMILIH PEMIMPIN PILIH LAH YG BERJUANG UTK ISLAM SEPERTI CALON PAS, APA AKAN JADI PD MASA 5 THN AKAN DTG JIKA KITA MEMILIH PEMIMPIN YG TIDAK BEJUANG KE JLN ISLAM.."

Bab demonstrasi - DIA KATA ITU BUKAN TUNTUTAN ISLAM.

Walaupun khatib maksudkan pilih dan mengund calon Pas yang berjuang untuk Islam tetapi Islam apa yang dibawa oleh Pas?

Islam Pas ialah kawarij, syiah dan membenarkan serta menghalalkan kafir harbi menggunakan kalimah Allah.

Pas membenarkan pluralism yang dibawa oleh Anwar.

Pas Taiping menerima wang dari Dap. Baru-baru ini YDP Pas Taiping sendiri menerima mock check bernilai RM 10 ribu. Walaupun Nga berkata ia dari wang elaun wakil rakyat beliau tetapi ia wang kafir harbi.

Isu Allah, guru-guru pondok bersetuju bahawa mengundi Pas hukumnya haram kerana menyekutukan Allah.

Sekian/...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bandar Baru Sentul, KL: ceramah politik

Ceramah isu isu Semasa oleh. Dato' Dr Hassan Ali menrungkai kebenaran ! Di Dataran Fasa 3 Bandar Baru Sentul !

Hari ini 10 April (rabu) Jam 9 malam !

SEMUA DIJEMPUT HADIR !

Sebarkan !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yusmadi Jadi Mangsa Diktator Lim Guan Eng

Pengumuman calon baru PKR, untuk kerusi Balik Pulau yang dibuat oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim baru-baru ini bukanlah merupakan satu perkara yang memeranjatkan. Ini kerana rata-rata pencacai dan penyokong PKR di Pulau Pinang telah lama merasai bahawa penyandang bagi kerusi tersebut Yusmadi Yusoff akan digugurkan.

Ia ekoran dari 'perang dingin' di antara Yusmadi dengan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah berlarutan sejak sekian lama, kerana sering mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan oleh diktator yang bernama Lim Guan Eng.

Kelantangan anak muda yang juga merupakan seorang peguam itu yang kerap melemparkan kritikan terhadapan kepimpinan Guan Eng sebelum ini dikatakan sebagai punca utama tidak dipilih semula sebagai calon.

Namun secara dasarnya, tiada apa yang perlu dihairankan, kerana Setiausaha DAP itu sebelum ini memang diakui sebagai pemerintah kuku besi ala diktator. Inilah demokrasi ala Pakatan Rakyat, dipimpin oleh diktator!

Disebabkan itu, DAP dikatakan telah mendesak Anwar agar menggugurkan Yusmadi dari terus mempertahankan kerusi tersebut atas alasan sekiranya pakatan mahu mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan. Lebih malang lagi, kegagalan Yusmadi untuk mendapatkan lesen memandu, dikatakan turut dijadikan alasan dalam menyakinkan Anwar. Kah Kah Kah!

Malah ketika menjawab soalan pengikutnya di laman sosial Twitter mengenai alasan beliau tidak bertanding, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Tidak cukup dengan itu, ada desas-desus yang mengatakan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang juga MP Kuantan antara orang yang kuat berbisik kat telinga Anwar untuk menggugurkan anak jati Balik Pulau itu. Kesian Yusmadi jadi mangsa.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Maka untuk mengambil hati Yusmadi yang terguris, Anwar memaklumkan Yusmadi akan beralih tugas di bahagian sekretariat parti itu agar dapat memainkan peranan yang lebih besar, 'Coffee Boy' yang baru barangkali.

Muka baru yang mendapat perkenan Anwar dan DAP ialah Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang berasal dari Teluk Kumbar @ orang luar, merupakan seorang Ahli Majlis MPPP dari PKR. Baktiar yang juga merupakan Pengurus Sumber Manusia di Linear Semiconductor Sdn Bhd sebuah kilang di Bayan Baru adalah merupakan aktivis JIM (Pertubuhan Jemaah Islahdan) PKR sejak zaman era reformasi.

Kesimpulannya PKR ini hanya merupakan parti sampah bagi DAP, kerana mereka percaya parti ultra kiasu itu adalah dominan dan berhak untuk menentukan siapa naik dan siapa turun walaupun melibatkan parti sekutu. Hakikatnya Anwar tidaklah sehebat seperti yang digambarkan oleh geng pencacai, kerana realitinya dia tidak ubah seperti 'lembu yang dicucuk hidungnya .

Kalau tak percaya, cuba tanya Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh yang juga merupakan penasihat dan peguam bela Anwar dalam kes-kes yang melibatkan salah laku moralnya. Kegagalan menurut semua kehendak DAP boleh menyebabkan rahsia peribadinya terlepas untuk pengetahuan umum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.