Jumaat, 20 September 2013

Kasihan Si Jenglot tua

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ku Li Elok Bertanding Majlis Tertinggi

 
Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li secara terbuka mengakui bahawa beliau masih mempunyai hasrat untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO kali ini.  Sebagai seorang veteran dan berjasa pula, ramai yang melihat satu-satunya jawatan yang sesuai wajar ditandinginya ialah jawatan tertinggi. 
 
Namun, begitu Ku Li menafikan ingin bertanding jawatan tertinggi tetapi tidak keberatan bertanding jawatan yang lebih rendah. 
 
Kenyataan Ku Li ini dilihat sebagai cerminan kematangan orang lama yang tidak terbawa-bawa dengan kerakusan untuk berkuasa tetapi berpijak di bumi nyata.  Dengan usia yang mencecah 76 tahun, pastinya berebut kuasa bukanlah perkara mengujakan bagi Ku Li.  Lagipun, UMNO tidak memerlukan pertandingan sengit yang mampu memecahbelahkan parti pada dan ketika ini. Apatah lagi dalam keadaan UMNO amat memerlukan tenaga muda dan segar untuk kekal relevan dalam arus politik semasa.   
 
Walaupun tenaga muda itu penting bagi UMNO, parti ini turut memerlukan semangat dan kematangan orang-orang lama.  Pengalaman orang-orang lama terlalu berharga untuk diketepikan seratus peratus.  Justeru, minat Ku Li untuk terus berkhidmat di dalam UMNO dan bertanding dalam pemilihan tidak harus dipandang sinis. 
 
Memandangkan penggal ini dilihat sebagai penggal terakhir untuk Ku Li bertanding, maka inilah disarankan agar Ku Li bertanding Majlis Tertinggi UMNO yang mana dilihat lebih sesuai untuknya. Dengan cara ini, UMNO akan berpeluang mendengar pendapat dan nasihat orang lama yang pastinya berguna untuk dijadikan panduan. 
 
Kekuatan Ku Li bukanlah calang-calang.  Beliau telah menyandang jawatan Ketua Bahagian Gua Musang sejak 1962 iaitu selama 51 tahun.  Ini sekali gus menunjukkan bahawa beliau semestinya seorang pemimpin yang berkesan bagi rakyat kawasannya.  Sekiranya beliau berada dalam MT UMNO, maka kekuatan dan keberkesanan kepimpinan beliau tentu sekali boleh dimanfaatkan oleh semua. 
 
Bagaimanapun, terpulanglah kepada Ku Li untuk menentukan langkah seterusnya.  Apa yang pasti, barisan kepimpinan UMNO cukup terbuka untuk menerima cabaran dari sesiapa sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rahimi Abdul Karim untuk Exco Pemuda Umno Malaysia (Kenyataan Media)

Kuala Lumpur, 23 September 2013 – Rahimi Abdul Karim mungkin dianggap sebagai muka baru di dalam arena politik tanah air. Namun hakikatnya beliau bukanlah asing di dalam gerakerja politik Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan di peringkat Pemuda UMNO dan BN pusat.

Beliau yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Subang Jaya Utama menawarkan diri untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan Exco Pemuda UMNO Malaysia berhasrat untuk membawa suara akar umbi ke peringkat nasional dengan motto "dari akar umbi untuk akar umbi".

Rahimi Abdul Karim, 32, yang kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Eletrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang bukanlah baru di dalam era politik tanah air. Beliau yang bergerak secara aktif di akar umbi melalu pergerakan pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya juga turut melibatkan diri di dalam beberapa program pemuda UMNO dan BN di peringkat pusat.

Keputusan untuk bertanding di peringkat pusat diambil setelah menerima pandangan dan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada 'orang lama' UMNO dan rakan-rakan Pemuda di peringkat bahagian dan pusat. Sambutan yang menggalakkan terhadap idea beliau mengenai agenda pendidikan Melayu dan miskin bandar selain membawa suara akar umbi Pemuda ke pusat mengukuhkan lagi hasrat beliau untuk menawarkan diri sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia.

Berlatar belakangkan seorang pendidik, beliau melihat perjuangan pembangunan pendidikan anak bangsa Melayu terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan dan diberikan lebih perhatian. Terdapat sesetengah anggapan bahawa pelajar melayu yang berada di bandar mempunyai akses pendidikan yang lebih baik, namun begitu kemiskinan di bandar juga wujud dan pelajar melayu tidak terkecuali berada dalam kelompok tersebut.

"Sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah yang berada di bandar, saya melihat sendiri ada pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kemudahan asas seperti pakaian, alat tulis dan kemudahan pengangkutan untuk ke sekolah. Mereka juga tidak mampu untuk mendapatkan kelas tambahan seperti pelajar lain malah ada yang terpaksa bekerja sambilan selepas sekolah bagi membantu keluarga".

Pendidikan menurut beliau lagi merupakan asas paling penting di dalam pembangunan bangsa Melayu terutamanya dari segi ekonomi. "Pendidikan sebenarnya merupakan perkara yang paling asas di dalam pembangunan sosio ekonomi bangsa Melayu. Tanpa ilmu, agenda transformasi ekonomi Melayu tidak akan dapat dicapai".

"Insyaallah dengan berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik dan gerakkerja Pemuda UMNO sejak di peringkat akar umbi, saya akan membawa agenda perjuangan pendidikan Melayu dan miskin bandar sebagai salah satu teras di dalam transformasi pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selain membuka ruang seluas-luasnya kepada akar umbi untuk mendengar denyut nadi mereka".

-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Rahimi Abdul Karim untuk Exco Pemuda Umno Malaysia

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Saya mewakili saudara Rahimi Abdul Karim dengan rendah hati memohon pertimbangan pihak tuan/puan bagi siaran media mengenai tawaran beliau untuk bertanding sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia.

Dilampirkan siaran akhbar bagi rujukan tuan/puan. Sila hubungi saya di nombor tertera di bawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. 

Segala jasa baik dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO : Perlukah road tour untuk calon bertanding?

Hari ini seperti lazimnya calon-calon yang bertanding pada pemilihan 4 peringkat akan membuat kempen atau road tour sebanyak mungkin.

Tujuan road tour ialah untuk memperkenalkan diri kepada peringkat bahagian-bahagian seluruh negara kecuali Sarawak. Ini bagi pertandingan peringkat MT dan Exco peringkat pemuda, puteri dan wanita.

Bagi mereka yang berjawatan menteri pun terpaksa turun untuk bertemu perwakilan cawangan ke bahagian. Jika dahulu hanya perlu berjumpa G7 tetapi kini ruangnya semakin besar. Jika satu bahagian ada 100 cawangan mungkin perwakilan yang akan bersidang akan mencecah 1 atau 2 ribu orang. Mampukah calon bertemu mereka?

Bagi peringkat pemuda, puteri jumlah kecil tetapi kena jumpa semua, tak jumpa maka tak dapat undi. Ini budaya yang diamalkan sejak dahulu.

Mereka yang sudah ada nama seperti Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid, Mukhriz dan ramai lagi tak perlu berkempen teruk sangat sebab bila mereka buka mulut untuk bertanding, surat khabar radio dan televisyen sudah siap untuk menyebarkan berita, tetapi jika setakat wakil rakyat atau adun biasa orang pun tak kenal. Lain lah pula dengan Tun Faisal, Fathul Bari, Aziz Desa yang bukan wakil rakyat, tetapi ramai yang mengenai mereka kerana sering muncul di tv

Turun ke bahagian-bahagian dan mengadakan perjumpaan di hotel dan berbelanja makan malam kepada pengundi boleh disalah tafsirkan oleh pihak jawatan kuasa disiplin parti, takut pula tiba-tiba jawatan kuasa tiba-tiba mengumumkan si polan bin si polan gugur atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana kesalahan menyogok atau merasuah pengundi. Jadi seperti tahun 2009 di mana ada orang hilang hak untuk bertanding.
Oleh itu TM mencadangkan supaya Dato Raof Yusof SUK dapat membuat satu garis panduan tatacara berkempen untuk mereka yang bertanding, langgar tatacara barulah dikenakan hukuman.

TM juga mencadangkan agar Umno Online menyediakan laman khas untuk calon-calon berkempen secara online dengan rakaman video semua calon atau profil calon semua peringkat yang akan bertanding. Jadi calon tak perlu turun ke padang untuk berkempen.
Fikirkan lah jika asyik turun berkempen siang malam, ia akan menjejaskan banyak perkara, pertamanya ialah kesihatan, kerja terabai, wang ringgit yang besar. Ia tidak menjadi masalah jika calon seorang usahawan koperat yang bertaraf jutawan atau anak jutawan, bagaimana pula jika seorang guru DGA 44 yang akan bertanding Exco pemuda atau puteri, mana dia nak cekau duit nak berkempen sampai ke Sabah? Mana ada masa dia nak berkempen, sedangkan tugas hakikinya di sekolah atau di kolej?

Pemilihan kali ini juga menyebabkan borang pertandingan perlu dicetak dalam jumlah banyak atau senang cakap infiniti. Ini pun dilihat kurang tepat dan menyusahkan.
Ia lebih mudah dan menjimatkan kos sekiranya borang di muat turun sahaja secara online dan borang yang siap hanya perlu diemail sahaja. Lihat betapa susahnya Jamawi Jaafar terpaksa turun ke KL dari Sabah semata-mata untuk mendapatkan borang dan terpaksa menyiapkan borang pada hari yang sama bagi menjimatkan masa. Apabila buat secara online maka mesti ada prasyarat jika tidak akan ada yang main-main. Syarat yang dicadangkan ialah calon perlu meletakkan deposit dan wang akan di kembalikan setelah selesai pemilihan. Ini bagi mengelakkan ahli yang saja gatal tangan isi borang saja-saja seronok nak cabar Presiden, Timbalan Presiden nampaknya sudah ada lawan.
Bersambung.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.