Isnin, 30 September 2013

Pelakon Hairie Othman pula minta belas kasihan selepas Taib Azamuddin

Sedih melihat bekas jejaka tampan Malaya yang menjadi pujaan ribuan wanita cantik termasuk aktress Nasha Aziz. Kini jejaka tampan sudah berusia 42 tahun dan ketampanan sudah mula hilang dimamah usia.

Dengan status bujang terlajak ternyata penyertaan beliau ke dalam parti Pas ibarat pepatah melayu, "habis madu sepah dibuang"

Kini Hairie sudah hilang sumber pendapatan kerana Pas sudah tidak memperdulikannya. Tiada ceramah bermakna tiada duit, tiada duit, 'soruu mis' lah.

Untunglah Wan Aishah dan Abby Abbady kerana mereka ada yang sayang. Wan Aisaah diangkat sebagai calon PRU 13 dan Abby berjaya membuka sebuah butik selepas menyertai Pas.

Yang rugi ialah Hairie dan Bob Lokman. Nak patah balik ke dunia lakonan rasanya mustahil sebab mereka sudah bakar jambatan.

Tak apalah En Hairie, kalau dah sengket sangat, isi lah borang Umno, isilah borang BR1M dan mengadaplah ke Tekun atau Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mohon bantuan.

Masih ada yang sayang broooo. Hehehehe ingat Taib Azamudin sahaja dilupakan oleh Pas!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik

SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulah, pemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit. Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihan corak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yang dilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihan DAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO. Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. Jika diselak sejak hari 'penamaan calon' baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen. Pihak yang menjadi pemantau pemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempen, bukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataan, ucapan oleh calon-calon yang bertanding. Timbul persoalan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.

Keadaan ini berbeza bagi mereka yang mempunyai jawatan sama ada dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin jika ini tidak ditangani akan timbul pelbagai isu yang boleh menjejaskan proses pemilihan. Bukan mudah untuk memantau corak kempen ini. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Seperti dibangkitkan dalam Selak sebelum ini, apa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen. Berdasarkan simulasi semalam, dijangkakan tidak timbul masalah dalam kaedah pemilihan kali ini.

Berbalik kepada pemilihan DAP, jumlah calon yang bertanding semalam berkurangan berbanding pemilihan yang diadakan pada Disember lalu. Jumlah kali ini berkurangan sebanyak 19 orang, iaitu 17 menarik diri dan dua lagi keluar parti. Menyelak kembali di sebalik pemilihan semula ini, kongres khas terpaksa diadakan semula atas permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana banyak persoalan timbul pada pemilihan lalu.

DAP terpaksa akur dengan 'kecuaian manusia' yang melibatkan keputusan terhadap tujuh orang calon. Dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini, beberapa fakta menarik perhatian banyak pihak. Pertamanya, lapan orang Melayu yang bertanding tersingkir menyebabkan parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum itu dikritik hebat. Keduanya berlaku 'pembetulan' keputusan selepas 19 hari pemilihan apabila parti itu tampil memperbetulkan kesilapan undi yang diterima oleh tujuh calon. Hasil 'pembetulan' itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 (terakhir dalam senarai) sekaligus meletakkannya sebagai seorang anggota CEC yang dipilih. Undi 'asalnya' 305 meningkat kepada 803 manakala Wu Him Ven yang menduduki tempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26 menyebabkannya terkeluar daripada senarai anggota CEC yang dipilih. Undi baru yang diperolehnya adalah 669 undi berbanding 1,202 undi. Beliau kemudiannya menganggotai CEC sebagai anggota yang dilantik. Lima lagi turut mengalami perubahan jumlah undi iaitu Wong Sai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).

Semalam, semua 20 anggota yang dipilih adalah anggota CEC yang terpilih selepas 'pembetulan' dilakukan pada pemilihan lalu. Jelaslah, perwakilan tetap memilih orang yang sama, cuma corak undi yang diterima berubah. Pada masa yang sama, perwakilan tetap menolak calon-calon Melayu yang turut menawarkan diri bertanding termasuklah Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai Naib Pengerusi selepas pemilihan lalu. Benarkah kenyataan seorang calon CEC Melayu, Zulkifli Mohd Noor bahawa nilai orang Melayu dalam DAP ibarat mata wang bernilai 'lima kupang' atau 50 sen?

KARPAL TETAP GAGAH

Walaupun pemilihan semula diadakan, Karpal Singh, 73 tetap 'gagah' sebagai Pengerusi DAP. Semalam, beliau menegaskan tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat. Karpal pernah jatuh dalam pilihan raya umum (PRU) apabila beliau kalah di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada 1999. Bagaimanapun beliau berikrar untuk bangkit semula dan kata-kata itu terbukti apabila beliau menang semula pada PRU 2004 diikuti 2008 dan 2012.

Begitulah keazaman veteran DAP itu yang tidak menolak kemungkinan akan terus kekal sebagai calon PRU akan datang. Beliau sememangnya berhasrat untuk menyerahkan kepemimpinan kepada generasi muda. Katanya: "Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti. Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda,''. Utusan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Milo suam dah jadi Milo Panas atau Milo Ais bila dapat bini baru

Sebastian Phiu: Gambar ini diambil dari akaun twitter Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar. Perkahwinan berlangsung tengah hari tadi Ahad 29.09.2013. Baru Kahwin rupanya. Patutlah asyik meroyan ke blogger khawarij sekor ni. Air asyik naik kepala rupanya. Puiihh..!! 

Daripada twitter tersebut tertera majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Melaka Tengah, Melaka. Orang Melaka jaga-jaga. Di negeri kamu sudah bertambah seorang khawarij sejati. Tengok muka Milo Suam ni. Kalau jumpa boleh la tegur-tegur. Jangan pukul, tak baik. Ludah takpa. Apa pun selamat pengantin baru kepada Milo Suam. Harap-harap lepas kahwin ni kuranglah sikit meroyan mangkuk blogger khawarij sekor ni ye. 

Read more: http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/09/gambar-milosuam-kahwin-tersebar.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jamawi Jaafar calon NKPUM tumbang dalam kempen di Pantai Timur

Terkejut apabila mendapat berita dan gambar Saaudara Jamawi tumbang dalam kempen mengejar kerusi NKPUM.

Awal-awal lagi TM sudah nyatakan jika terlalu kuat berkempen dan berkejar ke sana ke mari akan menjejaskan kesihatan. Ia di tulis dalam entry terdahulu.

Ternyata ianya benar-benar berlaku kepada Jamawi. Selepas itu timbul pula arahan daripada Dato Hafarizan dan Jawatan Kuasa Pemilih yang melarang calon berkempen, melarang membuat sidang media khas untuk berkempen, larangan menggunakan facebook dan sebagainya.

Namun segala larangan yang disuarakan rasanya tidak disampaikn kepada semu calon yang bertanding. Kata AJK lagi semua larangan berkuat kuasa sejak 15 Julai 2013 lagi.

Akan tetapi dilihat sudah ramai yang membuat sidang media di tv, atau ditemu bual oleh pemberita,

Semua larangan Jawatan kuasa dipandang sepi samada tidak sampai atau tidak jelas atau tiada hitam putih.

Jika diikutkan Jamawi telah melanggar arahan jawatan kuasa disiplin kerana telah melanggar arahan larangan berkempen.

Jawatan kuasa pemilihan diberitakan akan membuat road show bagi memperkenalkan calon ke setiap negeri jadi tak perlulah bersusah payah nak berkempen. Cuma tak jelas ialah larangan dan road show ini untuk 4 sayap atau untuk MT sahaja, jika untuk MT maka Jamawi akan terlepas dari larangan berkempen. Cuma kasihanlah kepada Cikgu Suhasni, Cikgu Rahimi dan beberapa penjawat awam yang lain kerana tidak berpeluang untuk berkempen road tour sebab sibuk dengan peperiksaan PMR, SPM, STPM dll.

Semalam Taiping Review menulis bahawa NGO telah diperkudakan untuk kempen umno kali ini. Ia berlaku kerana ramai calon yang bertanding adalah pemimpin NGO dan kerana tiada larangan maka NGO adalah flat foam terbaik untuk berkempen. Kena bijak cari loophole yang tidak menyalahi peraturan yang dibuat oleh jawatan kuasa.

Larangan berkempen dalam sosial media difaham tidak boleh tetapi jika larangan tersebut dikuat kuasakan ia sama sekali menyekat peluang muka baru yang tidak dikenali ramai untuk berkempen.

Apapun pemilihan kali ini lebih terbuka dan lebih baik dari sebelum sebelum nya. Cuma segala peraturan dan cara cara berkempen harus diperjelaskan 3 atau 4 bulan lebih awal.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 29 September 2013

Tongkat Tok Guru dilelong RM 15 ribu?

Terkejut bila baca berita Pas dah pandai main lelong belanda. Sebelum ni main cabut nombor bertuah bila ada program, laaaa main lelong pulak!

Nak tanya satu lah! Bila nak lelong spenda stopa? Mesti boleh cecah 50K.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taipingmali left you a message while you were away

Hi Max2,
Taipingmali left you a private message
View Private Message
Regards,
The Zorpia Team
Other Zorpians waiting to meet you...

MUKTHER RIZAM, 45
Taiping, Malaysia

Mohd Izam, 52
Malaysia

Kang, 50
Kuala Lumpur, Malaysia

Minaq, 51
Kuala Lumpur, Malaysia
This message is sent on behalf of Taipingmali.
Zorpia Co. Ltd. P.O. Box #28960, Gloucester Road Post Office, Hong Kong

Punca mengapa Dap dan Pkr tak ziarah kematian Dr Azizan

Oleh : RPM [Pena Minang]

Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berpewatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain. Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.

Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan '[ersetujuan bersama' diantara pemimpin PAS-DAP-PKR.

Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS. Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah. Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.

Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak disini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau dicerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jamaah sendiri' kepada orang ramai.

Natijahnya... Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid. Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.

Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara individu yang paling keras menentang Syiah di Kedah.

Rujukan disini :

http://www.malaysiakini.com/news/187755

http://dukeofumno.blogspot.com/2013/06/paling-panasss-jentera-pas-nak-ludah.html

http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html

http://darulehsantoday.blogspot.com/2012/07/kedah-negeri-pertama-tolak-buku-jingga.html

http://detikperubahan.com/2012/02/02/tindakan-azizan-bukti-pemimpin-pembangkang-tolak-buku-jingga/

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbpJh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 28 September 2013

PAKATAN KAFIR

Sedih bila mengenangkan perangai puak-puak pembangkang. Apabila TBH mampus ramai yang tunjuk muka, tetapi bila Dr Azizan Mantan MB Kedah meninggal dunia Khamis lalu, mana muka-muka lahabau gampang tu?

Lebih menyedihkan ada puak-puak Pas membuat fitnah dan membuat gambar Mukhriz MB Kedah sekarang seronok bila menerima berita kematian Azizan.

Seorang lagi pecacai Pas dengan bongkaknya menulis dalam facebook, menuduh Azizan meninggal disebabkan telah dibunuh oleh doktor Umno. Lihat betapa bodohnya otak pecacai Pas. Malangnya bila orang Pas sakit sikit kepada hospital dan klinik kerajaan lah yang mereka cari.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada Alasan Moral Untuk Nasihat Berkenaan Integriti:

Baru-baru ini, media tempatan dan media asing dengan sewenang-wenangnya menggelarkan negara-negara tertentu sebagai korup dengan menggunakan "kajian" yang dilaksanakan oleh Ernst & Young sepertimana yang mereka laporkan di "Asia-Pacific Fraud Survery Report Series 2013" (Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013). Yang paling mengecewakan ialah kebanyakkan media tempatan tidak menjalankan kajian menyeluruh terhadap laporan-laporan tersebut sebelum menulisnya di dalam portal atau suratkhabar mereka. Ada diantara tajuk yang digunakan oleh pihak media berkenaan report tersebut memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling korup. Ada juga menceritakan bagaimana Malaysia adalah sebuah negara yang paling lemah apabila berhadapan dengan penipuan korporat  dan juga perihal syarikat Malaysia yang bersedia untuk membuat kerja sambil lewa.
            Secara realistik, laporan yang dijadikan sebagai rujukan itu mengandungi terlalu banyak kesalahan dan ia mengejutkan kerajaan dan rakyat sesebuah negara yang dibicarakan didalam laporan tersebut. Kebanyakkan negara yang terkena tempias laporan kurang tepat ini mengambil langkah tidak mempedulikan laporan tersebut.
            Walaupun syarikat yang mengeluarkan report tersebut adalah syarikat perakaunan, ia tidak bermaksud bahawa keputusan yang diwar-warkan oleh mereka adalah sempurna dan tepat. Sayangnya, untuk kes ini, tiada maklumat tepat dapat diberikan oleh firma tersebut . Para pengkaji yang menjalankan kajian ini biasanya akan terpengaruh dengan dunia luar, faktor dalaman, kehendak agar "laporan" mereka akan dikeluarkan, menaikkan taraf karier mereka, menerima dana dan juga untuk memenangi sesuatu pemilihan parti politik.
Menggunakan Metodologi Kajian Yang boleh dipertikai.

Sampel Size.
Suruhanjaya yang diterajui oleh EY dan dilaksanakan oleh Asia Risk, dan projek Asia-Pacific Fraud hanya mendapat 681 undi dikalangan eksekutif, manager pengurusan, dan pekerja "call center" yang telah bermula dari March kepada May 2013 dan ini meliputi semua negara di Asia-Pasifik seperti Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, South Korea dan Vietnam.
Sampel Size untuk Malaysia adalah hanya 103 eksekutif. Bolehkah pemandangan 103 eksekutifmenjadi wakil tahap integriti persekitaran perniagaan? Bagaimana kuat, tepat, dan boleh dipercayai daripandangan ini 103 elit eksekutif untuk mengeluarkan laporan mengatakan bahawa:
 
 
... amalan rasuah dan korupsi  berleluasa di Malaysia. 39% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi berlaku secara terang-terangan dan meluas di Malaysia, ianya hampir dua kali ganda di Asia Pasifik dibawah kadar purata 21%. Tambahan pula, 29% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi telah meningkat disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sukar dan persaingan yang meningkat, ianya merupakannegara ketiga tertinggi di kalangan negara-negara yang dikaji.
103 orang yang membuat survey jika dibandingkan dengan 20.24 juta rakyat Malaysia hanyalah berkadaran 0.0003522571% sahaja dari populasi warganegara Malaysia. Adakah dengan menggunakan nisbah ini Ernst and Young mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa "fakta" mengenai kadar rasuah dan korupsi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kaedah Persampelan:
Laporan tersebut juga tidak menyatakan bagaimanakah kaedah persampelan digunakan untuk mengenalpasti 103 eksekutif yang diambil buah fikiran mereka untuk dizahirkan didalam laporan tersebut. 
Apa yang dinyatakan hanyalah "sample kajian telah direka untuk mengambil kira pandangan staf yang mempunyai tanggungjawab untuk menangani penipuan, rasuah dan hal-hal pematuhan korporat di syarikat multinasional, syarikat domestik dan GLC. Ini termasuk dari sektor Minyak dan Gas, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Ekuiti Persendirian, Peruncitan, Hospitaliti, Galian dan Mineral.
Ungkapan "sampel mengundi telah direka untuk mendapatkan pandangan staff" melemahkankebolehpercayaan kerana ia adalah pengakuan yang jelas bahawa kaedah persampelan tersebut telah gagal  dari awal. Ia kemungkinan besar dilaksanakan dengan bertujuan untuk mendapat sesuatu keputusan yang mereka sendiri telah jangkakan.
Sepatutnya, kajian dipercayai MESTI menggunakan sampel rawak, menggunakan saiz sampel yang sesuai, mengelakkan berat sebelah, dan mesti dijalankan oleh penyelidik yang kekalobjektif dan tidak terpengaruh oleh pembiayaan atau keinginan untuk mendapatkan keputusan yang tertentu. Kaedah rawak dalam persampelan adalah penting untuk memastikan kesahihanpenyelidikan. Ini tidak berlaku di dalam kajian ini kerana ianya terlalu berat sebelah.
Siapa peduli dengan apa yang dikatakan oleh Ernst and Young:
Lanjutan daripada laporan tersebut 21% daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan prosedur dalaman syarikat mereka sendiri untuk menangani masalah penipuan. Hanya sebahagian kecil mereka yang terlibat dengan kajian tersebut yang mengharapkan teknik atau kaedah lain untuk menangani masalah penipuan. Contohnya, hanya 12% daripada responden mengatakan penggunaan teknologi dan sains sepeti forensic adalah salah satu cara terbaik untuk menangani penyelewengan.
Who doesn't know a research finding is less likely to be true when the studies conducted in a field are smaller?
Telah terbukti bahawa Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013 penuh dengan bias, dari awal penyelidikan dijalankan sehinggalah ayatnya yang terakhir. Kita boleh melihat bagaimana gabungan reka bentuk pelbagai , data, analisis, dan faktor-faktor pembentangan telah dimanipulasi untuk menghasilkan hasil penyelidikan mengikut citarasa mereka apabila keputusan yang mereka mahukan tidak dapat dihasilkan . Lihatlah kaedah dan analisis atau laporan keputusan . Jelas sekali , laporan itu memaparkan laporan terpilih atau diputarbelitkan untuk meunjukkan bahawa ianya adalah hasil daripada sebuah kajian yang neutral.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laluan berliku Naib Presiden

JAWATAN Naib Presiden yang bakal diisi oleh tiga penyandang 19 Oktober depan adalah tiket laluan awal untuk parti, kerajaan dan rakyat mengukur potensi dan kewibawaan kepimpinan kanannya sebelum melangkah lebih jauh

Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tunku Abdul Rahman, beliau memilih Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu berada dalam kedudukan nombor tiga di barisan Naib Presiden, sebagai timbalannya. Apabila Dr. Ismail meninggal dunia, Tun Razak memilih Tun Hussein, juga Naib Presiden ketiga.

Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden. Begitu juga Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.

Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dua Naib Presiden yang paling kanan dan dua Naib Presiden nombor dua menjadi pilihannya untuk menyandang jawatan nombor dua. Ia meskipun sejarah sebelum itu membuktikan Naib Presiden nombor tiga termasuk Dr. Mahathir sendiri adalah mereka yang sentiasa bernasib baik.

Naib Presiden paling kanan yang dipilih Dr. Mahathir sebagai orang nombor dua ialah Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kedua-duanya tersadai di situ. Apabila Tun Ghafar Baba dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau adalah Naib Presiden nombor dua selepas Tengku Razaleigh Hamzah dan nombor tiga ketika itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu.

Dr. Mahathir, juga merupakan Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976 berikutan kematian mengejut Razak. Pada hal ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar, diikuti Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada 8 Januari 1999 pula, Dr Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga nombor dua selepas Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba giliran Abdullah pula, beliau memilih Najib, Naib Presiden paling kanan sebagai timbalannya.

Pada 2009 itulah buat julung kali dalam sejarah UMNO, perwakilan menentukan sendiri siapa yang mereka mahu untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti. Ini bukan lagi secara tradisi dalam sejarah 63 tahun kewujudannya, apabila Presiden memilih timbalannya dalam kalangan tiga Naib Presiden tanpa mengira sama ada Naib Presiden paling kanan, kedua atau yang ketiga.

Pada ketika itu, Muhyiddin dari kerusi Naib Presiden menang menewaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai sejarah tersendiri dan sepanjang kewujudan jawatan itu, ia sudah disandang oleh sembilan pemimpin iaitu Tun Razak, Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr Mahathir, Musa, Ghafar, Anwar, Abdullah dan Najib.

Namun, untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ghafar, Anwar, Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr. Mahathir, Abdullah dan Najib berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri.

Dr. Ismail yang dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada September 1970, bagaimanapun tidak sempat naik ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Laluan untuk Naib-naib Presiden sebelum ke puncak kuasa, penuh berliku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ibu Pejabat Imam Syiah di Malaysia telah diserbu

Memeranjatkan apabila sebuah bilik ditemui terdapat KY jelly dan sebuah tilam. Untuk apa?

Selaim itu berlambak batu lapik dahi yang datangnya dari tanah Karbala Iran.

Inilah Shiah sesat ciptaan Yahudi. Paling bangang apabila pejabat agama yang 99 % peratus pro PAS enggan bertindak kerana takut hilang sokongan terhadap parti PAS.

Alhamdulillah kerana hari ini terdapat segelintir orang Pas yang sudah sedar dan faham apa itu Syiah. Sebelum ini mereka menganggap Syiah sama seperti 4 mazhab dalam sunnah.

Ops, jangan lupa iaitu 8 Oktober 2013 hari Selasa, akan ada perbicaraan kali ke 3 kes Syiah di Taiping. Pembongkaran Syiah telah dibuat sebelum PRU lalu, dua akan dibicarakan ialah isteri Professor Dr Azmi tauke homeopathy terkenal di Kamunting dan seorang lagi pengikutnya yang menggerakkan satu markas sulit di sebuah kampung berhampiran Bukit Dramond Jalan Klian Pauh. Kini tempat tersebut sudah sepi tanpa sebarang aktiviti.

Takniah juga kepada jabatan agama Islam Perak kerana berjaya menggelidah pusat Syiah d Lubuk Syiah terbesar iaitu di Krian baru-baru ini dan berjaya menemui pelbagai bahan-bahan cetakan untuk mengembangkan ajaran tersebut kepada lebih ramai orang Melayu.

Bahkan dikalangan guru pun ada yang menjadi pengikut syiah dan ahli setia Pas.

Nak tengok muka-muka Syiah dan muka Pas jangan lupa pagi Selasa 8 Oktober nanti.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 27 September 2013

(Breaking news) Dap members quit party

Sabah's DAP assemblyman for Luyang, Hiew King Cheu, has quit the party and said he would serve as an independent.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No kempen untuk Pemilihan Umno

Mulai hari ini blog ini tidak lagi akan menyiarkan artikel mengenai pemilihan Umno, ini berikutan larangan yang dikeluarka oleh pihak jawatan kuasa disiplin parti yang ditubuhkan khas untuk pemilihan ini.

Larangan berkempen hanya dibolehkan dengan berita mulut ke mulut dan media lain seperti what up, we chat sma dan lain-lain.

Kita kena bijak melihat lompang-lompang yang tidak disebut oleh jawatankuasa, mana yang tak disebut bermakna bolehlah.

Kepada yang jadi pengerusi, presiden Ngo atau apa-apa pertubuhan boleh lah buat program persatuan, program kempen kerjaya, kempen MLM untuk mengajak orang ramai ceburi sesuatu bidang dll. Ini tak bercanggah dengan arahan lembaga disiplin.

Esok Dato Sohaimi Shahadan akan buat road tour di Taiping untuk program usahawan franchise. Pemuda BN pula buat Job fair esok.

Kepada ustaz pula buatlah kuliah magrib atau forum perdana, tak salah.

Dan lain-lain tu fikir2 lah sendiri bagaimana cara yang halal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila peguam bukan Islam menjadi peguambela di mahkamah syariah

Kes-kes dimahkamah syariah semakin banyak dan jumlah peguam tidak ramai. Ini kerana ramai lulusan syariah lebih minat mencari kerja senang, terutama makan gaji dengan kerajaan BN. Walaupun dalam hati mereka benci BN dan penyokong setia Pas totok.
Kerjaya yang mereka pilih ialah guru melalui pengambila KPLI dan J-Qaf.

Apabila berlaku kekurangan peguam syrie, maka dengan lompong sistem perundangan maka peguam bukan Islam kini giat untuk mendapatkan diploma atau degree syariah bagi membolehkan mereka mengambil kes di mahkamah syariah.

Bila mereka dibenarkan mempraktikkan amalan mereka di mahkamah syariah maka tidak mustahil satu hari nanti akan ada pelajar cemerlang dan memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang agama Islam akan dilantik menjadi mufti sesebuah negeri.

Ini tidak mustahil akan berlaku suatu hari nanti di negara kita, sekarang pun bukan Islam sudah dibenarkan masuk ke masjid untuk memberi tazkirah dan mereka hadir dengan berkopiah dan bersongkok, yang wanita pula ada yang sudah bertudung mengalahkan wanita melayu.

Sekian dan fikirkanlah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 26 September 2013

Ex- TKM P.Pinang digantung keahlian

Bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah digantung keahlian Umno untuk bertanding jawatan ketua bahagian Nibong Tebal dalam pemilihan yang berlangsung Oktober ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pulau Pinang, Datuk Daud Taha berkata, antara alasannya ialah Abdul Rashid didakwa belot dan mensabotaj parti pada masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
 
"Dengan ini, beliau tidak layak bertanding untuk apa-apa jawatan dalam Umno.
 
"Mengikut peraturan, ahli yang digantung tidak boleh memilih dan tidak boleh dipilih dalam pertandingan parti," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Pada 20 September lalu, jawatankuasa displin Umno telah mengeluarkan surat penggantungan keahlian dan diterima sehari selepas itu. 
 
Beliau turut berkata, ahli Umno Bahagian Tasek Gelugor termasuk timbalan ketuanya yang juga bekas Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed turut digantung atas alasan yang sama.
 
"Ini bermakna kesemuanya hilang kelayakan dan tidak boleh bertanding apa-apa jawatan dalam Umno," katanya.
 
Bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin untuk pertimbangan.
 
Beberapa ahli lain yang digantung ialah Dr Md Rozi Yusof yang bertanding jawatan timbalan ketua bahagian, Salmah Ahmad (naib ketua Wanita Umno), Asmidy Mohamad dan Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) serta Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).
 
Sementara itu, seramai 32 calon Umno Pulau Pinang menarik diri dalam permohonan mereka untuk bertanding pada pemilihan parti peringkat negeri pada bulan depan.  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salah laku di bawah Tataetika Pemilihan UMNO ( Utusan)

1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik :

i. Berjanji memberi pangkat, anugerah, gelaran atau peluang perniagaan

ii. Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain

iii. Menggunakan wang untuk mendapatkan undi

iv. Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma, kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan :

i. Terlibat dalam pergaduhan, bertumbuk atau membaling objek

ii. Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu

iii. Mengancam menarik balik perlantikan jawatan

3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti :

i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding

ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji

4. Memfitnah mana-mana ahli lain

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon.

7. Memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah Azizan Meninggal

Mantan MB Kedah YB Dr Azizan telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yunes (Pkr) guilty

Johor PKR's Yuneswaran fined RM6,000 for violating Peaceful Assembly Act; first person charged under the act; refuses to pay fine in protest
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dengar tu! Itu tak boleh, ini tak boleh

http://t.co/Pl1rTY5azo

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Senarai penuh untuk jawatan dalam PEMUDA UMNO PUSAT

Berikut senarai calon Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk pemilihan Umno bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan Umno, Rabu.

Pengerusi Tetap:

1. Datuk Zubir Zabidi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap:

1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal

Ketua Pemuda:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. AbdKarim Ali

Naib Ketua Pemuda:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco):

1. Ibdillah Ishak2. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi3. Rohsawal Nizam Abd Ghafar4. Arman Azha Abu Hanifah5. Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar6. Mohd Rafe Sidek7. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih)8. Mohamad Fazly Zainudin9. Mohd Zamri Mohd Idrus10. Armizan Mohd Ali11. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad12. Ahmad Faisal Abdul Karim13. Rozaidi Abdul Jamil14. Suhasni Hayani15. Mohd Najib Mohd Isa16. Fathulbari Mat Jahya17. Dazma Shah Daut @ Daud18. Muhammad Yusmizan Md Yunus19. Faez Ainstein Nordin20. Dr Mazlan Ismail21. Muhamad Muqharrabbin Mokhtaruddin22. Onn Hafiz Ghazi23. Awang Saleh Makmud24. Mohamad Suji Bilang Mohd Nordin25. Khairul Firdaus Akbar Khan26. Rahimi Abd Karim27. Mohd Rafiq Naizamohideen28. Ahmad Lutfi Ibrahim29. Maisham Ma'arof30. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz31. Azlan Abdullah32. Mohamad Faiz Yaacob33. Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman34. Abdul Aziz Ismail35. Ariffin Kassim36. Shahrizal Man Harun37. Kamarol Salleh38. Jeffri Salim39. Mohammad Nawar Ariffin40. Zaidel Baharuddin41. Mohamed Hazali Abu Hassan42. Mohd Safiee Salam43. Sallehudin Satar44. Erwin Mukhriz Zahari45. Mohd Amir Izwan @ Felix Abdullah46. Mohd Faizal Daud47. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Abdul Rahman48. Mua'amar Ghadafi Jamaludin49. Norhilman Mohd Noor50. Mohd Khairul Amri Amihamzah51. Mohd Shazril Mohd Khalid52. Syahrin Md Jamaludin53. Mohamed Noor Mohamed Amin54. Nurul Izham Nurul Anuar55. Mohd Fairuz Mohd Sakirin56. Mohd Idham Yasser Suleiman57. Azrinizam Ibrahim58. Hasniyusfee Abu Hassan59. Mohd Ikhmal Abu Bakar60. Zukhairi Md Osman61. Muhammad Faiz Hashim62. Ariff Hakimi Zulkifli63. Jefrizal Mohd Jaafar64. Mohamed Noor Affendy Ameerudeen65. Mohd Iskandar Jaafar66. Mohd Husaimi Hussin67. Anuar Abd Manap68. Azmi Md Yatim69. Manndzri Nasib70. Mohmad Asian Ahmad71. Khairul Azlan Shah Abd Aziz72. Mohd Saiful Mohd Sahak73. Shahriman Akma Md Shabudin74. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi75. Mohamad Nazari Ahmad76. Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi77. Muhammad Faiz Mahayudin-- BERNAMA

Puteri: Tak Ramai, Senang Nak Pilih

 

Pengerusi Tetap

1. Azlieza Azizan (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Salbiah Saari

2. Nurul Huda Nordin Ahmad

Ketua Puteri

1. Mas Ermieyati Samsudin

2. Jamilah Hanim Othman

Naib Ketua

1. Norsabrina Mohd Noor

2. Zahida Zarik Khan

3. Nazliah Ali

Ahli Jawatankuasa Puteri (Exco)

1. Azura Mohd Afandi

2. Norasimah Md Nowar

3. Norrulhuda Marsidin

4. Noormadiana Kamaruddin

5. Nasibah Ismail

6. June Artisha Mohamad Nazari

7. Asfalinda Anuar

8. Norwahida Patuan

9. Masmira Mohd Salleh

10. Noor Aeiza Hassan

11. Mimie Harianie Alias

12. Nurhuda Ab Karim

13. Nor Hazreena Mohamad Hashim

14. Suzanna Shahrom

15. Nurhidayah Mohamad Shahaimi

16. Isfarina Mohd Bali (Penyandang)

17. Mariana Ayob

18. Norhayati Ramli

19. Wan Izwany Abdul Malek

20. Junaida Mat Ishak

21. Nor Farhana Alham

22. Azlina Azma Mohd Azmi

23. Julie Sabran

24. Nor Azryna Mohd Jainuri

25. Syakima Nur Sabri

26. Normalah Rasik

27. Noley Harun

28. Razmalina Razali

29. Haziqah Nasirah Zol Bahari

30. Sry Noraerni Khairudin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 25 September 2013

Habislah Red Bean Army dan Askar Kacang Hijau bila Najib jumpa tauke facebook

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ketua Puteri UMNO:  Mas Ermiyanti DiJangka Menang Mudah

 
Dalam kemeriahan Pemilihan UMNO yang bakal menjelang, pertandingan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO dilihat tidak sehangat pertandingan bagi jawatan-jawatan lain, selaras dengan personaliti calon-calonnya yang tidak kontroversi.   Tidak timbul soal 'berebut' atau 'berdrama' tetapi hanya satu pertandingan yang matang antara bakal pemimpin masa depan. 
 
Pertandingan dua penjuru yang memperlihatkan ketertiban puteri-puteri UMNO ini, wajar dipuji dan dicontohi.   Dua calon tersebut ialah Mas Ermiyanti Shamsudin dan juga Jamilah Hanim Othman. 
 
Mas Ermiyanti dilihat mempunyai kelebihan besar berbanding lawannya memandangkan pengalamannya selama 12 tahun bersama Puteri.  Kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah turut memainkan peranan besar dalam melebar dan memperkukuhkan pengaruhnya.   Dengan pengalaman dan kedudukan tersebut, beliau tidak perlu lagi membuktikan sifat kepimpinannya kepada sesiapa.
 
Sebagai 'orang lama' juga, Mas turut mempunyai jaringan hubungan yang baik di berbagai peringkat termasuk wakil-wakil rakyat.  Ini  tentu saja meletakkan kedudukan Mas lebih jauh di atas berbanding lawannya. 
 
Apatah lagi dengan hakikat bahawa lawannya, iaitu Jamilah Hanim Othman merupakan personaliti yang belum dikenali ramai.  Jamilah adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. 
 
Jika Mas Ermiyanti berazam untuk memastikan Puteri terus relevan dan dihargai dengan berbekalkan pengalaman, Jamilah pula membawa bekal semangat yang kuat untuk memantapkan pergerakan itu. 
 
Jelas, kedua-dua mereka bertanding atas tujuan yang murni demi kesinambungan dan keteguhan pergerakan Puteri UMNO. 
 
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan, pengalaman adalah sesuatu yang paling berharga dalam sesebuah kepimpinan.  Semangat tanpa pengalaman mampu membuatkan kita tersasar tanpa sebarang panduan. 
 
Justeru, walaupun kita menghargai kedua-duanya, kita menjangkakan Mas Ermiyanti akan menang mudah mengatasi Jamilah.  
 
Jamilah pula wajar menjadikan pertandingan ini sebagai pengalaman dan pendedahan yang berharga bagi mengatur langkah yang lebih yakin dalam perjuangannya. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BlackBerry hadapi masalah keyakinan pengguna

BlackBerry pengeluar telefon pintar dari Kanada kini semakin kalah dengan pesaingnya iaitu iphone dan samsung.

Pengguna BB juga menjunam daripada 76 juta kepada 72 juta pengguna juga mengalami kerugian suku tahun semasa hampir 1 billion USD.

Punca utama BB kehilangan pelanggan ialah masalah peranti yang selalu tersangkut-sangkut atau hanged. Untuk memulihkan kembali peranti terpaksa di restart dan mengambil masa yang lama. Ia menyebabkan panggilan masuk terganggu.

Difahamkan samsung juga mengalami masalah ini tetapi samsung dengan pantas membaiki masalah dengan mengeluarkan model baru yang sama sekali melenyapkan masalah 'hanged.'

BB juga memperkenalkan model terbaru Z 10 ( teringat model kawasaki tahun 80an) Z 10 menurut rakan juga menghadapi masalah yang sama. Selain itu BB cepat makan bateri sekira Data sentiasa berada dalam situasi ON.

Untuk menulis atau membuat nota juga sering terganggu apabila naik timer hitam yang berputar-putar ditengahnya. Nak tulis artikal ini pun berkali-kali tersangkut-sangkut.

Namun BB ada kelebihannya berbanding jenama lain. Apa yang BB boleh buat, samsung tak boleh buat, Bb mampu melakukannya.

Alangkah bagusnya sekira ada syarikat besar Malaysia dapat membeli BB dan menjadi milik Malaysia.

Masih ingat Agusta yang dibeli oleh peroton? Agusta satu jenama yang baik tetapi menghadapi masalah pemasaran. Sayangnya apabila ada yang bodoh pergi jual Agusta kepada pihak luar dan buat duit dengan untung atas angin. Siapa orang itu?

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dua Individu Ditahan Polis Disyaki Seludup Abu Mayat Chin Peng????

Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai dikawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengkebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 24 September 2013

Tahniah kepada blogger GAP

GAP, House PK, RBF dan ramai lagi adalah blog politik yang lahir selepas kekalahan teruk BN dalam PRU 12 dimana 5 negeri menjadi milik pembangkang.

Kelantan yang hampir-hampir menjadi milik BN dalam PRU 11 boleh terbalik kuang menjadi milik Pas dengan jumlah kerusi yang besar dan sama sekali berbeza dari PRU 2004, banyak yang menyalahkan kepada ketua pemuda Umno ketika itu kerana terlalu ghairah dengan anak muda yang kononnya akan mengundi BN. Padahal segala tenaga dan wang ringgit ibarat air yang dicurahkan ke daun keladi.

Berbalik kepada blogger Gap yang hanya dikenali secara maya dan berbincang strategi menentang pihak lawan dengan menggunakan yahoo mesengger, chat roll dan sms sahaja.

Begitulah perjuangan kami dahulu yang menggunakan tag line blogger pembela negara.

Kini blogger semakin maju, segala bentuk aplikasi dan gajet telah dimanfaatkan semaksimanya untuk berdepan dengan musuh.

Syukur kerana dengan networking yang bagus telah menampakkan hasil yang baik.contoh ketara ialah PRK bermula di PRK Bukit Gantang BPN mengembleng tenaga bersatu hati menentang musuh sehingga pihak Pas mengajak TM dan Parpukari berdebat, cabaran dibuat oleh blogger Pas albanjari. Tak kurang juga report polis yang dibuat oleh Pas terhadap kami yang dianggap terlalu overshot memburuk-burukkan Pas terutamanya. Baru mereka tahu bahawa langit itu tinggi atau rendah.

Sebelum ini mereka bermaharaja lela menghentam kepimpinan Tun Mahathir yang dilabelkan sebagai Maha Firaun dan Maha Zalim. Kini orang yang menghasilkan istilah tersebut duduk semeja dan sama-sama berjuang menentang kemunafikan Pas dan Pkr.

RBF, MIK, GAP dan ramai lagi adalah ahli PKR tegar. Termasuklah Lokman Adam yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Hamdan Taha dll kini sudah berada dalam pasukan Pro BN.

Dahulu mereka menggunakan nama Pemuda Keadilan dan mengguna engine tripod dot com untuk berjuang menyokong Anwar.

Kini pengunjung atau pembaca blog GAP sudah mencapai angka 30 juta, blog GAP juga mempunyai ramai pembaca yang mengunjungi blog TM kedua ialah blog Parpu kari, setiap hari Link yang masuk dari dua blog ini cukup tinggi.

Tahniah GAP.

Kini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawatan Najib ke Pejabat Google dan twitter beri impak besar kepada Malaysia

Kita yakin dengan lawatan Najib ke ibu pejabat google dan twitter di Silicone Valley Amerika Syarakat akan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan sosial media di negara kita, hari ini jika kita lihat yahoo news ia lebih banyak kepada agenda pembangkang, begitu juga google lebih favor kepada agent yang anti kerajaan.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CEC DAP:  DAP Tak Percaya Ambiga atau pun PAS

Pemilihan CEC DAP yang penuh dengan kontroversi menyebabkan kredibiliti parti itu hancur sama sekali.   

Kini, ahli-ahlinya menumpukan sepenuh perhatian kepada pemilihan semula yang bakal diadakan pada 29 September ini. 

Bagaimanapun, umum terus merasa ragu-ragu yang pemilihan semula tersebut akan berjalan dengan telus.  

Keraguan ini adalah berpunca dari perkembangan semasa yang menyaksikan tindakan pemimpin DAP yang agak meragukan. 

Kesangsian semakin meningkat apabila beberapa perwakilan mendedahkan bahawa mereka telah dipinggirkan dari perjumpaan khas yang khabarnya diadakan sempena pemilihan semula. 

Perjumpaan seperti ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan memandangkan pemimpin DAP hanya memilih orang tertentu untuk ditemui, benar-benar mencabar kesabaran yang lain. 

Apa yang menghairankan ialah walaupun setelah isu ini menjadi besar sehingga memaksa DAP mengadakan pemilihan semula, parti itu langsung tidak melakukan siasatan dalaman tentang kenapa 753 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini.  Malah, pemimpin DAP terus mencari jalan untuk menjustifikasi peminggiran 753 perwakilan dalam pemilihan awal.  Dalam kata lain, pemimpin DAP tidak mengaku salah. 

Tetapi, mereka cuba menipu dengan membuat kenyataan kononnya 500 dari perwakilan tersebut telah menghantar surat pemberitahuan bahawa mereka tidak dapat hadir ke mesyuarat pemilihan tersebut.  Kita menyatakan ini satu penipuan kerana DAP tidak dapat mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini. 

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan penjelasan pemimpin DAP, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass, telah memohon injunksi mahkamah agar menghalang mesyuarat pemilihan semula diadakan semula.  

Jelas di sini, bahawa ahli-ahli DAP tidak lagi percaya yang DAP mampu menjalankan pemilihan secara adil. 

Justeru, ramai yang mencadangkan agar DAP mengambil khidmat BERSIH untuk memantau pemilihan kali ini.  Ambiga Sreevanesan yang 'obses' dengan pilihanraya bersih tentunya bersedia untuk mengetuai unit pemantauan, apatah lagi dengan hakikat majoriti para perwakilan yang terpinggir atau didiskriminasi adalah dari kaumnya sendiri, iaitu India. 

Maka, sewajarnyalah Ambiga prihatin dalam hal ini bagi memastikan tiada unsur-unsur rasis dalam proses pemilihan semula CEC DAP. 

Namun, mungkin atas dasar 'rasis' juga, maka DAP tidak berani menaruh kepercayaan kepada Ambiga.  Untuk itu, DAP sanggup mengupah sebuah syarikat audit antarabangsa iaitu PKF Accountants and Business Advisers untuk memantau pemilihan semula CEC.  Syarikat tersebut bertanggungjawab memastikan ketepatan kiraan keputusan undian oleh 2,576 perwakilan yang layak mengundi.  Kiraan akan dibuat melalui dua cara iaitu manual dan juga semakan silang melalui komputer. 

Tindakan menggunakan syarikat audit merupakan satu langkah drastik yang mungkin mampu mengembalikan keyakinan ahli-ahli kepada kepimpinan.  

Bagaimanapun, ia dilihat sebagai langkah terdesak dan amat memalukan sekali gus membuktikan betapa kredibiliti DAP sudah hancur sama sekali. 

Bayangkan, untuk mengira 2,576 undi sahaja, parti DAP perlu dipantau oleh syarikat audit antarabangsa.  Itupun masih tidak malu menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak adil. 

Dan lebih ironi lagi, pemimpin DAP juga tidak percaya kepada badan yang dijulangnya untuk memantau pilihanraya Malaysia iaitu BERSIH. 

Nampaknya, sesama sendiri juga sudah saling tidak mempercayai walaupun sering bekerjasama dan senada.  Maka, benarlah kata orang iaitu penipu lebih kenal siapa penipu dan tidak mungkin mengambil khidmat si penipu. 

Ada juga cadangan supaya Dap menjemput Pas sebagai pelaksana dan pemerhati termasuk mengira kertas undi tetapi ternyata Dap langsung tak percaya kepada Pas. Contoh ketidakpercayaan terhadap Pas ialah sewaktu PRU 13 yang lalu, Dap sendiri menjadi counting agent pada kerusi yang ditandingi oleh Pas. Mereka takut agent-agent Pas berpakat dengan Umno.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selepas RTM tidur kini Boss TV3 pula tidur

Penulis baru sahaja 'terserempak' dengan sebuah rakaman youtube program 3R yang memaparkan temubual eksklusif dengan pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar.   Seperti yang kita tahu, apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen - biar apa pun programnya dan topik perbincangannya, ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya. 
 
Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya, maka semakin tinggilah 'saham' ahli politik tersebut.  Dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah, termasuklah ibunya, Wan Azizah, sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh 'rakyat Malaysia'.   
 
Tidak kira apa alasan penerbit program ini, objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus. 
 
Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media.  Namun, inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan.  Oleh itu, TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.  
 
Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh?  Contohnya, apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik, atas alasan kebebasan dan keterbukaan?   Tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali. 
 
Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional, kalau pun bukan pengkhianatan, stesyen televisyen itu.   
 
Dengan itu, kita ingin bertanya, apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3?  Apakah tiada pemantauan? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi? 
 
Setakat ini penulis tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen, tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3. 
 
Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar 'naif'.  Jika benar naïf dan jujur, kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik  segala fitnah pembangkang?   Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar?  Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia?   
 
Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah.  Justeru, Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah. 
 
Lebih dari itu, boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara.  Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.  
 
Walaupun berpenampilan bertudung, Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi.  Dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut 'mesra' dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga 'rangkaian-rangkaian' agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi. 
 
Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah telah gagal.  Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya.  Malah, beliau lebih banyak merupakan 'masalah' dan bukan penyelesai masalah rakyat, sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi. 
 
Oleh itu, jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R, maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik, bermasalah moral serta hipokrit. 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawak terbaik keluarga LIM

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Datuk Hamzah Tidak Tanding Ketua Bahagian Larut

Menurut kenyataan beliau sendiri dalam Dewan Rakyat tadi, beliau menegaskan bahawa beliau tidak bertanding. Jelas ia dirujuk kepada pertandingan di Larut semasa membidas sindiran Mahfuz Omar.

Adakah yang dimaksudkan oleh YB Dato Hamzah ialah kerusi Majlis Tertinggi.

Sebelum ini difahamkan beliau akan bertanding sebagai Ketua Bahagian Larut dan mengikut maklumat beliau sudah mendapat sokongan dari 60 ketua cawangan yang baru.

Perebutan 3 penjuru di Larut ialah diantara penyandang Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin, Dato Hj Daid dan Dato Seri Hamzah Zainudin.

Kita tunggulah keputusan pihak negeri samada Dato Hamzah layak bertanding atau tidak kerana difahamkan ada bantahan terhadap Dato Hamzah.

Sebelum ini sewaktu Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib turun ke Larut untuk mengumumkan nama-nama calon PRU 13. Najib telah mengingatkan beberapa kali kepada Hamzah agar tidak mencabar jawatan Ketua Bahagian iaitu Raja Ahmad.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 23 September 2013

Pusat Latihan Reformasi PKR: Penipuan Anwar Tidak Laku Di Mata Anak Muda.

Pada 20hb September yang lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberi nama "Pusat Latihan Reformasi" bertempat di Damansara. Majlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadir. Dikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingti kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut "Reformasi" dalam kerajaan Malaysia.
                Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah, PKR semakin terdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia. Ini jelas apabila, pusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.  
                Ia juga secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.
                Untuk makluman pembaca, sebelum penubuhan institusi ini, terdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf faham anarki yang dianuti oleh mereka. Institusi seperti "sekolah politik" dan Institut Kajian Dasar yang  dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka dikalangan rakyat Malaysia.
                Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik rebranding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda. Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di mata rakyat Malaysia, adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka? Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba?
                Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknya. Ya, ramai dikalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu. Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalim, maka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebut, ini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atau ter"sedar" dari kesilapan dan keluar dari UMNO. Beliau dibuang dari UMNO! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan!
                Penipuan Anwar Ibrahim jelas, kini ramai anak muda sudah sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihat, pihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.
Mungkin kata-kata bait lagu Bunkface yang berjudul "Kita Perang Kita Menang" menceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia.


"Apa lagi kau mahu
Pantang dicabar
Engkau sebar
Cerita disongsangkan
Kau kan jatuh

Mana mereka
Yang dulu engkau percaya
Semua telah pun berubah
Makin ku tentang
Makin ku rasakan
Kemahuan mu dalam diam"
-Bunkface (Kita Perang Kita Menang)-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Busuk Sebusuk busuknya kata tak pernah tabur duit dalam PRU.

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.
 
Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 
 
Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 
 
Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  
 
PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 
 
Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 
 
Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 
 
Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 
 
Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa punca KJ dicabar 5 penjuru?  

Pemilihan UMNO kali ini diikuti dengan penuh 'prihatin' oleh seluruh rakyat kerana ia dikatakan sebagai pemilihan yang bakal menentukan hala tuju dan identiti negara di masa depan. Menafikan betapa gentingnya situasi bagi UMNO sekarang akan hanya mengundang pandangan sinis rakyat, sekali gus memberi isyarat bahawa UMNO masih enggan berubah. 

 

Justeru, mahu tidak mahu, UMNO wajib mengakui hakikat ini terlebih dahulu sebagai langkah pertama untuk menghapuskan keraguan rakyat. 

 

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO hari ini merasakan mereka lebih terbuka dari pemimpin terdahulu dan membawa 'gaya kepimpinan' yang berbeza yang sesuai dengan zaman tetapi, segala keterbukaan yang dilaungkan tidak akan memberi makna jika enggan berkata yang benar. 

 

Jika benar kita ingin menjadi 'Melayu Baru' iaitu lebih terbuka, lebih maju dan lebih moden, maka pertama sekali kita harus berani berkata benar sepertimana masyarakat di negara maju, moden dan terbuka juga. 

 

Namun, kebenarannya hari ini ialah pemimpin UMNO yang menyangka mereka membawa perwatakan Melayu baru  itu sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata.  Melayu baru seharusnya tiada perasaan dengki atau takutkan persaingan.  Melayu baru tidak wajar membawa sikap hipokrit, malu alah, takut pada pendatang dan menyembah penjajah. 

 

Melayu baru seharusnya berani berdiri atas keMelayuannya dengan yakin dan bukannya malu menjadi Melayu.  Dan Pemuda UMNO seharusnya menjadi pencetus kepada gaya pemikiran baru ini. 

 

UMNO tidak wajar mengharapkan orang Melayu melonggarkan 'keMelayuan' mereka di kala kaum lain tegar memperkasa dan mengasak identiti kaum mereka ke atas Malaysia.  Pemuda UMNO sepatutnya menjadi pendesak kepada agenda Melayu, ekonomi Melayu, serta menjadi penggerak utama dalam membentuk identiti Malaysia yang tepat, melalui BN. 

 

Malangnya, di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO dikatakan tersasar jauh dari landasan UMNO malah dalam banyak keadaan dilihat memasuki landasan bertentangan.  Bukan sekali, malah telah beberapa kali, beliau dikesan membuat kenyataan yang tidak menepati jangkaan dan harapan akar umbi UMNO dan orang Melayu keseluruhannya. 

 

Identiti 'Melayu baru' yang ingin ditonjolkan Khairy nampaknya tidak menepati definisi akar umbi UMNO mahupun rakyat yang menyokong UMNO.   

 

Justeru, tidak hairanlah jika beliau kini  menghadapi cabaran dari 5 penjuru.  Salah seorang pencabarnya ialah Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.  Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Kedah, membawa misi untuk menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu dalam sayap Pemuda.

 

Seorang lagi calon ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.  Syed Rosli mengundang perhatian ramai ketika menyerahkan borang pencalonan apabila menyampaikan ucapan dan melafazkan sumpah laknat tidak akan melakukan rasuah yang mana difahamkan sebagai provokasi terhadap Khairy.

Turut menjadi calon ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali dengan membawa agenda utama untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap pergerakan Pemuda UMNO. 

Manakala calon terakhir ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak yang tidak begitu dikenali ramai.

Jelas, agenda Melayu menjadi punca utama kenapa Khairy ditentang. 

Hakikat bahawa beliau memegang jawatan itu melalui pertandingan yang penuh misteri dan kontroversi turut tidak membantu imej beliau.  Khairy Jamaluddin menjadi sasaran keraguan akar umbi kerana dilihat sebagai anak muda yang rakus gara-gara mengakui ingin menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

 

Selain itu, skandal di dalam GLC yang dikaitkan dengan dirinya yang tidak pernah selesai sehinggalah ke hari ini, dilihat sebagai beban yang harus dipikulnya selama hayat politiknya. 

 

Lebih dari itu, Khairy dilihat sebagai pemimpin yang hanya tahu bercakap, beretorik, berdebat dan berhujah sahaja, tetapi tidak tahu bekerja.  

 

Buktinya, Pemuda UMNO/BN tidak mampu menambah ahli dengan jumlah yang signifikan di bahawa pimpinan Khairy.  Walaupun sering dijulang sebagai bijak kerana merupakan lulusan universiti luar negara yang terkemuka, Khairy tidak mampu mengutarakan walau satu pun idea bernas untuk anak-anak muda dalam konteks ekonomi, pendidikan mahupun pemerkasaan jatidiri. 

 

Pendek kata, setelah beberapa lama menerajui Pemuda, masih tiada hasil yang mampu dituai dari pergerakan itu di bawah Khairy setakat ini.  Apa yang dilihat hanyalah program-program menonjol diri dengan publisiti dan promosi yang mampu menimbulkan perasaan jelek di kalangan rakyat terhadap UMNO, sekiranya tersalah langkah atau keterlaluan. 

 

Inilah kebenarannya, dan kebenaran ini tentu sekali pahit untuk ditelan oleh Khairy mahupun UMNO.   Hanya pemimpin dengan sikap keterbukaan yang sebenar sahaja yang berani mengakui kebenaran dan menelan kepahitan ini.    

 

Namun begitu, segalanya mungkin dalam politik.  Apa yang diingini rakyat, tidak semestinya apa yang diingini oleh perwakilan UMNO yang bakal mengundi.  Maka, apapun, harapan kita agar para perwakilan membuat pilihan yang bijak agar UMNO terus kekal relevan selama-lamanya dan bukan sehingga PRU-14 sahaja. 

 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abang Nod dan Yusuff Qardawi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ada lagi kes tembak bunuh?

Sebelum ini banyak kes serang dan tembak mati berlaku dibandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Apabila PDRM mengambil tindakan berperang dengan gangsters dan mendedahkan identiti kumpulan kongsi gelap maka kes jenayah menurun mendadak. Tiada lagi dalam seminggu dua ini ada kes tembak dan bunuh.

Tahniah kepada PDRM kerana mengambil tindakan pantas dan efisien. Mewujudkan skuad ronda bermotosikal menunjukkan kesan dan impak yang baik

Penambahan atau penggunaan cctv juga menjadi tanggung jawab kerajaan negeri atau PBT. Jadi kepada negeri Pulau Pinang jangan lah mengharapkan kerajaan persekutuan sahaja untuk turun pasang cctv di Pulau Pinang, duit ada guna lah tak kan nak simpan dalam bank untuk show off seperti yang dilakukan di Selangor.

Hadi Awang pula bangang kerana sedih Ketua Polis Negara dan Negeri diugut bunuh. Hadi kata ia kesan media yang banyak memperlekehkan polis. Tambahnya lagi ialah beliau sedih kerana rakyat tidak hormat polis. Jawapannya mudah, kerana Pas mengajar anak didik mereka supaya tidak menghormati dan membenci polis. Pas cakap macam biawak lidah bercabang.

Isu dirujuk sidang parlimen hari ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 22 September 2013

P.Pinang bagi RM40K kepada BN , Fuyoooo.

Nga Komeng ahli parlimen Taiping dengan bongkak menghina dan mencela kerajaan BN kerana Kerajaan DAP bagi peruntukan RM 40 Ribu setahun kepada wakil rakyat BN yang menjadi pembangkang di sana.

Nga kata bila lagi BN nak bagi kepada Dap, Pkr dan Pas dinegeri yang ditadbir oleh BN.

Jelas menunjukkan kebodohan Nga, kerana tak study habis, cuba lihat balik peruntukan kerajan persekutuan yang diberi kepada kerajaan negeri setiap tahun tak kira negeri Kelantan atau Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, BN bagi RM 600 juta untuk menyelesaikan hutang negeri, tak tarima kasih pun. Kelantan menerima berbilion ringgit untuk membangunkan negeri, pun tak bunyi ucapan terima kasih.

Beberapa tahun lalu menteri pelancongan Ng Yen Yen bagi peruntukan lebih RM 300 juta kepada Kelantan unrtuk membangunkan frasarana pelancongan tetepi satu projek pun tak buat, duit entah ke mana hilang.

Kedah juga menerima peruntukan lebih RM 60 juta untuk membaik pulih jalanraya negeri tetapi jalan masih teruk dan berlubang tanpa penambah baikan.

Semalam TM ke Kg Pelet untuk makan daging kambing disebuah restoran kampung. Keluar sahaja dari lebuhraya Jalan Nenas menuju ke Kubang Semang, jalan rayanya cukup teruk. Rosak sana sini, sesampai saja di persimpangan masuk ke KubangSemang, jalan ditutup kerana jambatan runtuh, terpaksa pusing guna jalan lain. Kenapa runtuh? Sebab tidak diselenggara dengan baik.

Harapan TM ialah agar semua Adun pembangkang jangan terima peruntukan 40K tersebut. Ini semua jerat. Esok-esok kalau rakyat komplen kenapa jalanraya tidak dibaiki, Guan Eng akan jawab "itu bukan salah saya, itu salah Umno, Saya sudah bagi duit, tetapi mereka tak repair jalan."

So, jangan terima dan jangan percaya dengan umpan mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aziz Rempit bagi keistimewaan kepada keluarga jemaah haji yang meninggal di Mekah

Wah! YB Dato Aziz pengerusi Lembaga Tabung Haji bagi kouta tambahan kepada keluarga jemaah yang meninggal dunia di Mekah untuk menunaikan haji tahun hadapan.

Ini berikutan seorang jemaah yang meninggal dunia baru-baru ini sebelum wukuf di Arafah.

Ini satu sejarah sejak 50 tahun penubuhan LUTH. Takniah Aziz Putra.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID

JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013


1.  Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, saya dengan penuh takzim mengesahkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia didalam pemilihan parti kali ini.

2.  Saya yakin keputusan saya ini akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO. Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan  sayang serta cintakan UMNO, apa yang penting bagi saya ialah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul  bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya UMUM ke-14 nanti.

3.  UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

4.  Saya juga secara rasmi mengumumkan penawaran diri saya sabagai calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang.  Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada diri saya sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal sehingga hari ini dan pernah menjadi Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, saya mampu mencurah bakti dan berkhidmat kepada parti, ahli ahli UMNO, bangsa,  Negara dan Agama .

5.  Disini saya saya juga ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat  Abdul Jalil, dengan mengucapkan jutaan terimakasih kepada  beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Pergerakan Wanita UMNO kepada saya bagi merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi.


Sekian, terima kasih.
 Dato' Sri Azalina Dato'  Othman Said
 Ahli Parlimen Pengerang ( P157)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ini pula untuk Exco Pemuda Malaysia

Mua'amar Ghaddafi dari Perak, orang belia 4B dan calon parlimen Parit Buntar dalam PRU lalu menawarkan diri untuk Exco, mohon sokongan anda
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tun Faisal untuk MT?

Jika dilihat jumlah yang mendaftar untuk MT, maka Tun Faisal mempunyai peluang untuk menang.

Ada yang berpendapat, bahawa MT wajar dipenuhi atau di isi oleh mereka yang bukan wakil rakyat seperti Adun atau Ahli parlimen,

Ada juga kebenarannya kerana jika menteri atau ahli parlimen nak menguruskan Umno yang seramai 3 juta ahli ia merupakan satu beban yang besar. Jadi jika mereka yang veteran atau yang tidak berjawatan apa-apa dalam kabinet maka sesuailah mereka bekerja dalam memantapkan parti.

Lagi pun pemilihan untuk wakil rakyat seperti Adun dan Ahli parlimen bukan dirujuk kepada jawatan dalam MT.

Cuma untuk Naib Presiden, Timbalan dan Presiden bari lah diberikan kepada yang bertaraf menteri. Jika begitu Tun Faisal ada peluang lah, itu pun jika 146 ribu mengenali beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 21 September 2013

Pemilihan Umno Bahagian Taiping

Ketua Umno Bahagian Taiping Dato Shalimin akan ditentang oleh bekas ketua pemuda 1993 Dr Said Abu Fazal

Dr Said Abu Fasal kemudian pernah bertanding Tiimbalan Ketua Bahagian dan dua kali tewas. Kemudian beliau menghilangkan diri ke Kuala Lumpur.

Sebulan yang lalu, TM merisik khabar dan maklumat diperolehi ialah Dr Said tidak lagi berminat dalam politik selepas menyertai kumpulan tabligh.

Tiba-tiba pada saat akhir angin kencang bertiup menyatakan beliau akan bertanding melawan Ketua Bahagian.

Dengan pertandingan ini bermakna sejarah pemilihan Umno 1993 berulang sekali lagi.

1993 Dr Said Abu Fasal bertanding jawatan Ketua Pemuda Taiping dan menang, begitu juga Dato Said Hussin bertanding Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang dan menang.  Dr Said Abu adalah abang kepada Dato Said Hussin.

Kali ini dua tokoh ini muncul lagi untuk jawatan yang lebih tinggi iaitu Ketua Bahagian.

Jawatan timbalan ketua bahagian pula Saudara Ton Zailani ditentang oleh bekas ahli Pas seumur hidup Saudara Hj Shaiful Johari.

Kerusi Naib ketua bahagian pula ditandingi oleh YB Zahir, Mohd Nor Osman dan Saiful Hizam.

Ketua wanita Datin Yatimah ditentang oleh Puan Sharifah Jaafar pegawai Jasa.

Sementara Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda menang tanpa pertandingan.

Ketua Pemuda Umno Taiping ialah Saudara Sharil Shafie adik Ketua Bahagian dan Naib Ketua Pemuda ialah Saudara Fendy Dato Zailani.

Fendy sebelum ini disebut-sebut akan bertanding Ketua Pemuda tetapi akhirnya memberi laluan kepada yang lebih muda.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Calon Sayap Umno 2013-2016

Ketua Wanita 3,
Naib Ketua 3,
Exco 44;

Ketua Pemuda 5,
Naib Ketua 4,
Exco 77;

Ketua Puteri 2,
Naib Ketua 3,
Exco 30.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

(Breaking) UMNO 2013

PM dan TPM menang tanpa bertanding Presiden UMNO dan Timbalan.

Calon2 tanding Naib 6,
MT 64,
Ketua Wanita 3,
Ketua Pemuda 5,
Ketua Puteri 2-

Agenda news
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Awang kata lain, Nik Aziz kata lain!

PAS sedia berdialog dengan UMNO dalam isu membabitkan masa depan Islam dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan UMNO, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan kepentingan bersama.
"PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan UMNO sahaja, tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik.

"Kita sedia bincang dengan UMNO, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah tutup pintu dengan UMNO," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.

Sikit komen;

Bagus lah kalau macam tu, tetapi Nik Aziz tolak terus tak mahu langsung berbincang. Walaupun 4 syarat diletakkan oleh Hadi Awang, ia tidak menjadi masalah, cumanya sikap Pas yang selalu berdolak dalik. Nik Aziz kata Umno tolak Islam dan guna kebangsaan.

Ustaz-ustaz Pas di bawah pula kata kembali kepada Quran dan Sunnah, tetapi yang banyak diamalkan oleh Pas buka kembali kepada Quran dan Sunnah tetapi mereka lebih gemar kepada Politik dan Syiah Kawarij yang begitu mudah mengkafirkan orang lain. Pas juga gemar kepada istilah pelik seperti yang dihasilkan oleh syed Qutb dan Hassan Al Bana. Contohnya ialah Pas menyatakan orang yang tidak melaksanakan hukum hudud hukumnya kafir kerana menolak hukum Allah. Ia jelas menunjukkan Pas tidak merujuk kepada Quran dan Sunnah. Ia seolah-olah rukun Islam ada 6 perkara dan yang ke enam ialah Hudud.

.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO Bertambah Kukuh Tiada Pertandingan Jawatan Tertinggi

 
Jika pilihanraya yang lepas dikatakan sebagai 'ibu segala pilihanraya', maka pemilihan UMNO kali ini pula dikatakan sebagai 'ibu segala pemilihan UMNO'.    Ini kerana UMNO dikatakan berada dalam keadaan yang lemah dan kehilangan punca walaupun telah berjaya menambah kerusi pada PRU yang lalu. 
 
UMNO pada hari ini dikatakan berada dalam keadaan dilemma dalam mencari jati diri. Sebahagian dari kepimpinan di peringkat tinggi dilihat mempunyai 'idea' yang berbeza dengan penyokong-penyokong dan juga ahli dari akar umbi berkenaan hala tuju UMNO. 
 
Secara dasarnya, ahli-ahli dan penyokong UMNO berpegang teguh kepada semangat asal penubuhannya iaitu dengan berpasak kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.   Ini bermakna UMNO wajib memperjuangkan pemerkasaan Melayu, dengan berdiri teguh atas keperibadian Melayu dan agama Islam. 
 
Hanya kerana ingin memajukan diri, UMNO tidak harus menukar hala tujunya atau keperibadiannya.  Apa yang UMNO perlu lakukan adalah menukar cara pemikiran agar lebih berdaya saing dan berdaya maju dengan memperbetulkan apa yang salah serta memperbaiki segala kelemahan. 
 
Namun, kebanyakan pemimpin UMNO dikhuatiri tidak memahami hasrat akar umbi.  Lebih teruk lagi apabila mereka turut memandang rendah dan memperlekehkan semangat UMNO yang asal.  Kononnya 'kemelayuan' itu adalah kelemahan dan kerana itu UMNO tidak boleh terlalu Melayu lagi.  Apa yang pemimpin sebegini terlepas pandang ialah tatkala pemimpin UMNO menggadai Melayu, kaum lain terus berjuang memperkasakan jatidiri bangsa masing-masing.  Akibatnya, orang Melayu berada dalam kerugian serta mengalami ancaman 'hilang di dunia'. 
 
Justeru itu, pemilihan UMNO yang bakal menjelang ini dilihat sebagai pertembungan antara pemimpin yang membawa roh asal UMNO dengan pemimpin yang telah tersasar jauh dari perjuangan UMNO.  Biarpun semuanya memakai nama UMNO dan berpakaian UMNO tetapi beberapa tindakan dan kenyataan sebahagian mereka sebelum ini telah memperlihatkan suara liberalis yang lebih mirip kepada pembangkang. 
 
Mungkin sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, UMNO sedang merekah, meretak dan menunggu masa untuk pecah berkecai. 
 
Dalam keadaan ini, kepimpinan perlu berhati-hati dalam mengambil apa saja keputusan untuk memastikan UMNO kekal kuat.   Walaupun pertandingan bagi semua jawatan adalah perlu untuk memulihkan UMNO agar kembali menepati harapan dan jangkaan akar umbi tetapi hakikatnya, pertandingan juga mampu memecahbelahkan parti yang telah sedia retak ini. 
 
Mungkin menyedari hakikat ini, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, dikatakan tidak akan mencabar Presiden.  
 
Jika benar, ini mungkin merupakan satu keputusan yang amat bijak, sekali gus menggambarkan kematangan dan ketokohan Tan Sri Muhyiddin.  Biarlah semua jawatan lain dipertandingkan, tetapi bukan jawatan tertinggi bagi mengelakkan berlakunya taufan yang bukan saja mampu menyebabkan UMNO hancur tetapi juga mampu meletakkan negara dalam keadaan tidak menentu. 
 
Tan Sri Muhyiddin tentunya seorang tokoh UMNO tulin kerana sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk UMNO tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya.  Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana beliau bertindak tegas meminta Tun Abdullah melepaskan jawatan apabila bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai tidak lagi mampu memandu UMNO di atas landasannya yang betul. 
 
Walaupun Tan Sri Muhyiddin boleh saja 'mencuba nasib' mencabar Dato' Seri Najib tetapi beliau cukup faham bahawa dalam keadaan sekarang, tindakan 'cuba-cuba' bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan. 
 
Sesungguhnya, walaupun sokongan kepada Dato' Seri Najib dikatakan cukup kukuh dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan jawatan walaupun ia dipertandingkan, tetapi UMNO dan negara tidak mampu mengambil sebarang risiko. 
 
Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih mempunyai pemimpin yang tidak tergila-gilakan jawatan serta sanggup melepaskan peluang demi memastikan parti dan negara berada dalam keadaan terkawal.   Kita percaya sebahagian besar ahli-ahli UMNO menghargai pengorbanan Tan Sri Muhyiddin dan turut berkongsi semangat yang sama dengan beliau.  Bagi memastikan pengorbanannya tidak sia-sia, UMNO wajib membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan nanti. 
 
Sekiranya ini berjaya dilakukan, maka kita semakin optimis yang UMNO bakal menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi dalam PRU-14 nanti. 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.