Khamis, 16 Mei 2013

KARPAL SINGH MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS TUN HS LEE

Kuala Lumpur Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan pr,walau pun sata sendiri dari ppembangkang.negara ada undang2,yg kita berani tentang kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yg melibat kan manusia yg jd mangsa,saya berundur diri..saya tidak mahu masuk campur..sekarang rakyat semua sudah boleh lihat,siapa yg turut sama dengan anwar buat himpun hitam 505..mana pemimpin2 pas?..dorang pun tak nak terlibat sama dengan anwar..Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. saya minta kerajaan bertindak dengan segera..terhadap pemimpin pembangkang yg keras kepala ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Janji Munafik Anwar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar tak hormat Agong

Anwar menghasut rakyat supaya menentang Rukun Negara. 5 Prinsip Rukun Negara cuba dicabar oleh Anwar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ketua Pembangkang Diminta Reda Ketentuan Allah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Antara Jangkaan dan Harapan Rakyat Terhadap Barisan Kabinet Baru

Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan semalam dan malangnya, ia disambut dengan keluhan.

Dunia seolah-olah terhenti seketika, sunyi, seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini.

Kadangkala apabila keadaan terlalu senyap, kita menjadi gelisah.

Apatah lagi apabila melihat musuh kita turut senyap seolah-olah 'merestui' kabinet baru yang dilantik.

Sedangkan musuh yang kita kenal itu tidak pernah merestui apa-apa yang kita lakukan sebelum ini.

Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi Barisan Nasional dalam PRU-13 kerana terlalu takut jika Pakatan Rakyat menang, kini tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu BN menang, atau sekadar membantu BN menunda kekalahan?

Entah kenapa, majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba 'memberi muka' dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet ini adalah yang terbaik.

Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru.

Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kepimpinan. Ini tidak menghairankan kerana kita semua sudah 'terbiasa' dengan pemerintahan dinamik dan tegas Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima apa-apa yang berbeza dari cara itu.

Tun Mahathir telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar, berani mencabar Zionis, lantang menghentam Soros, pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara, bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia.

Biarpun beliau dihentam dan dicemuh, tetapi beliau konsisten dan fokus dengan perancangannya sehingga akhirnya satu demi satu yang mereka yang mencemuh dan menghentamnya terpaksa akur bahawa beliau benar. Kaum Cina yang sebelum itu menggelar beliau Ultra-Melayu juga akhirnya akur bahawa beliau bukan rasis lalu memberi sokongan padu kepadanya.

Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia di zaman Tun Mahathir adalah jelas iaitu 'ketegasan' adalah penting, dan bukannya 'populariti'. Dari situ, Malaysia muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah.

Jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan. Kenapa?

Tidak lain tidak bukan ialah kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus 'terbalik' dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas.

Justeru, rakyat yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari menaruh harapan yang tinggi agar keadaan 'diterbalikkan' semula sepertimana zaman kegemilangan Malaysia. Tidak cukup sekadar ekonomi yang teguh dan kukuh jika soal maruah bangsa dan negara tidak diambilkira.

Ancaman keganasan serta penjajahan alaf baru kini bukan lagi sesuatu yang dibaca di akhbar dan ditonton diTV. Tetapi ia sudah begitu dekat dengan kehidupan kita. Oleh kerana itulah semua yang sebelum ini 'malas' mengundi, telah turun memberi kemenangan kepada BN supaya ancaman itu dapat dikekang dan dihapuskan supaya kita boleh fokus ke arah membina negara.

Di saat ini, rakyat berada dalam keadaan resah dan gelisah melihat musuh-musuh negara bebas ke sana ke mari membuat onar dan melakukan kerosakan tanpa apa-apa tindakan.

Jika persoalan awal di kalangan rakyat berbunyi 'apakah yang ditunggu oleh kerajaan?', soalan selepasnya kini berbunyi 'apakah yang kerajaan takutkan?'

Dan semua persoalan ini perlu dijawab secepat mungkin oleh barisan kabinet baru.

Rakyat hanya mampu berharap agar keresahan dan kegelisahan mereka dapat dihilangkan dengan segera. Kini, terpulanglah kepada mereka yang dilantik untuk memastikan resah dan gelisah rakyat itu tidak bertukar menjadi menyampah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Tak Mainkan Politik Perkauman????

Sungguh mengarut!!!! Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC), Zairil Khir Johari semalam ketika Wacana Sinar Harian mengatakan parti DAP tidak pernah memainkan atau mengamalkan politik perkauman. Inilah antara kenyataan yang paling kelakar kerana umum mengetahui parti dokongan beliau itu merupakan gerakan politik 'ultra kiasu'. Yang paling menarik, Zairil tidak dapat menafikan mengenai dominasi kaum Cina di dalam DAP.

"Ya, memang kebanyakan ahli DAP dari masyarakat Cina. Itu memang tidak dinafikan" katanya.

Ternyata Zairil cuba memperbodohkan rakyat dengan satu kenyataan dangkal masyarakat tahu DAP adalah merupakan sebab utama kepada Tsunami Cina dan pakatan pembangkang (PR). Malah mereka juga yang antara pengerak kepada idea untuk mengharamkan Utusan Malaysia atas alasan laporan yang dikeluarkan berbaur perkauman.

Malah DAP juga sebelum ini adalah merupakan dalang dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sehingga menyebabkan penyokong Cina, terpedaya untuk percaya jika PR menang, kuasa Melayu akan dihapuskan dan Malaysia bakal menjadi sebuah negara republik.

Mereka juga kemudiannya berjanji seolah-olah kuasa Melayu di Malaysia tidak akan hilang, sedangkan masyarakat sedar dan melihat sendiri bagaimana Melayu Pulau Pinang, kini ibarat merempat di tanah air sendiri tanpa rumah dan kehidupan yang terurus. Mereka telah dianak-tirikan di sebalik kemajuan Pulau Pinang dengan diasingkan ke kawasan-kawasan yang terpencil.

Politik idea dan bukan bernilaikan perkauman jelas Zairil menjadi tunjang DAP adalah satu penipuan terang-terangan pembangkang yang jelas tidak menghormati hak media, malah menggunakan media mereka untuk melemparkan tuduhan jahat dan tidak berasas.

Lihat juga bagaimana cybertroppers tajaan DAP yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara yang menyerang masyarakat dengan propaganda berbaur perkauman sehingga sanggup bermain dan menyentuh sensitiviti rakyat khusus mereka yang beragama Islam.

Malah, mereka juga antara pihak yang melaksanakan pengharaman kepada media dengan kenyataan ugutan dan ancaman saman dan sebegainya. Mereka cuba menggunakan undang-undang bagi menyekat kebebasan media sekiranya gagal mengikut acuan dan rentak mereka.

Malah ketika seisi soal jawab di salh satu forum yang diadakan, seorang hadirin nyata tidak dapat mengawal perasaan apabila bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil yang cuba membersihkan imej DAP.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dua (2) Cina Dalam Kabinet, Bukti PM Hargai Masyarakat Cina

Walaupun sebahagian masyarakat Cina di negara ini telah berpaling tadah dengan kerajaan dan memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap tidak melupakan komuniti tersebut dengan melantik dua wakil Cina untuk mengisi barisan Kabinet baru yang dibentuknya.

Tindakan itu secara langsung membuktikan Najib tidak pernah sekalipun meminggirkan komuniti tersebut walaupun telah menikam kepercayaan BN terhadap mereka dari belakang.

Ia juga menunjukkan penghargaan perdana menteri terhadap sumbangan kaum itu dalam pembinaan negara berbilang kaum yang memerlukan penyertaan setiap bangsa dalam pentadbiran negara bagi membolehkan kemajuan negara diteruskan tanpa sebarang sekatan.

Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataannya berkata menerusi pelantikan itu, Najib sebenarnya menghulurkan salam muhibah kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka tidak mengundi BN.

Beliau berpendapat suara kaum Cina dalam kerajaan adalah amat penting. Ia bukan sahaja mencerminkan asas pelbagai kaum dalam Barisan Nasional tetapi juga suara kaum Cina hanya efektif jika diwakili kaum itu sendiri.

Dua wakil Cina yang dilantik Najib adalah Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan dilantik sebagai Senator dan Anggota Parlimen Tawau, Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi wakil parti bagi PBS.

Berbeza dengan pembangkang, Najib tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai PM untuk semua bangsa walaupun komuniti Cina menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat selepas dihasut dakyah jahat DAP.

PR pula sebaliknya hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa tanpa sebarang perkhidnatan untuk rakyat. Mereka juga lebih gemar beretorik dan fitnah-fitnah yang memutar belit fakta sehingga memporak perandakan hubungan sesama kaum di dalam negara ini.

Ia dibuktikan dengan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman ketika berkempen di kawasan Cina seolah-olah mereka akan menghapuskan hak istimewa Melayu sekiranya memerintah di hadapan penyokong Cina mereka.

Apa yang dilakukan DAP itu jelas menunjukkan mereka bakal mencetuskan tragedi yang tidak diingini sekiranya penyokong-penyokong parti berbalah dengan keadaan yang kritikal.

Najib pula dilihat mengambil jalan kesederhanaan dengan tidak berdendam dengan masyarakat Cina, sebaliknya mengutamakan sikap profesionalisme dalam menguruskan situasi tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.