Sabtu, 25 Ogos 2012

Info Trafic

Trafik perlahan dari Genting Sempah-Plaza Tol Gombak, susur Tol Bukit Besi,Plaza Tol Juru, Sungai Perak-Terowong Menora dan Bidor-Sungkai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masjid Jamek Kamunting dan isu van jenazah

BSN turut membantu kairiah masjid yang memerlukan van

Isu pembelian van jenazah untuk Masjid Jamek Kamunting telah lama dilancarkan. TM pun tak ingat lagi bila tarikhnya. Setakat hari ini tabung pembelian van sudah berjumlah RM25 ribu dan pada solat sunat raya puasa yang lepas , pengerusi masjid mengumumkan sekali lagi usaha menambah dana agar menjadi RM100 ribu.

TM ingin mencadangkan kepada jawatan kuasa masjid, tak perlulah nak menunggu RM 75 ribu, kalau nak tunggu jumlah sebanyak itu mungkin 20 tahun akan datang pun belum tercapai target tersebut, sebab jumlah RM25 ribu itu pun rasanya sudah hampir 8 atau 10 tahun.  TM juga pernah menyumbang sedikit wang dan wang diserahkan kepada bendahari ketika itu yang dipegang oleh Cikgu Yusuf.

TM juga menyeru supaya pihak pengurusan masjid memohon bantuan dari mana-mana bank yang banyak di negara kita, seperti Bank BSN, Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB, Maybank dan lain-lain. TM banyak kali melihat van jenazah yang diberikan oleh bank dan terpampang nama bank pada van jenazah tersebut. Bank tidak akan lokek untuk memberi sumbangan mereka, minta lah , jangan takut, jangan malu dan jangan segan.

Tak perlulah membeli Toyota Hiace, dapat Kia Pregio pun sudah memadai.