Selasa, 27 Ogos 2013

P 146 kekal milik BN

Parlimen Muar (P.146) di Johor kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen difailkan oleh PKR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan Pemuda Umno Bukit Gantang Pun Tak Kurang Hebatnya

Saudara Ten atau nama penuhnya Shamsul bin Alias tidak lagi mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda kerana faktor usia.

Kini terdapat dua nama yang disebut-sebut untuk merebut jawatan tersebut. Mereka ialah Saudara Ahmad Kamil bin Arshad (38) dan seorang lagi ialah Saudara Hazrul Afendy bin Rozali (38).

Ahmad Kamil ketika ini merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian manakala Hazrul Razali adalah AJK Bahagian.

Hazrul pada tahun 2009 pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda tetapi kalah kepada Saudara Ten.

Hazrul adalah AJK Umno Bahagian secara lantikan.

Ten berharap agar pemuda bertanding secara sihat, secara adik beradik.

Dengan cara itu pemuda akan dapat meyatukan tenaga demi kelangsungan politik alaf baru untuk mempertahankan maruah negara daripada ancaman musuh yang dilihat semakin berani mencabar kedaulatan negara.

Kepada anak mudalah kita bersandarkan harapan yang tinggi untuk mengekal pentadbiran dan keharmonian negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Usul tergempar persidangan cawangan Umno.

Kepada cawangan Umno yang belum bersidang lagi, diharapkan dapat membawa satu usul yang sangat penting.

Usul tersebut ialah mendesak P. Watharya Moorthy Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatan segera.

Tarikh akhir persidangan cawangan ialah 15 September 2013.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puteri Umno Bukit Gantang: 3 puteri bertanding?

Setakat hari ini 3 puteri disebut-sebut untuk pertandingan Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Gantang Perak.

Penyandang kerusi tersebut ialah Puan Jamilah bt Zakaria seorang guru yang berkhidmat dengan jabatan pendidikan.

Manakala AJK Puteri Umno Bahagian, yang disebut-sebut akan bertanding ialah Cik Hajjah Hajar Hanim bt Hj Miskon dan seorang lagi masih samar-samar dan belum memberi hint atau buka mulut untuk bertanding.

Segalanya mungkin terjawab sebelum 28 September nanti.

Sama-samalah kita mengharapkan agar Umno Bukit Gantang kembali gagah seperti sebelum-sebelumnya.

Dahulu Umno Bukit Gantang merupakan kubu kuat Umno tetapi kini lemah dan hilang 3 kerusi penting iaitu Parlimen, Dun Changkat Jering dan Dun Sepetang.

BN kalah bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana kurang kordinasi dalam BN dan Umno itu sendiri.

Harapan TM, ialah dengan perunahan dan tranformasi baru akan mengembalikan sinar yang hilang.

Next ialah Pemuda Umno Bukit Gantang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 Akan Rebut Kerusi Ketua Wanita Umno Bkt Gantang

Tiga ahli wanita Umno Bahagian Bukit Gantang Perak akan bertanding jawatan tersebut.

Pertama penyandangnya iaitu Pn Zananat bt Abd Samad, kedua ialah Pn Norizam bt Saleh dan Pn Salbiah bt Awang.

Pn Salbiah Awang menjadi calon favorite ketika ini adalah seorang penyelia KEMAS kawasan Parlimen Bkt Gantang memberi kelebihan kepada beliau.

Beliau juga adalah AJK Bahagian, berpengelaman lebih 20 tahun dalam politik dan dikenali ramai serta di senangi dan mudah didekati oleh semua ahli wanita bahagian tersebut.

Beliau diharapkan agar dapat membawa satu perubahan politik kearah yang lebih baik kepada sayap wanita Umno Bukit Gantang untuk merampas kembali kerusi parlimen yang terlepaas kepada Pas sejak 2 PRU lepas.

Dengan usaha aggresif, wanita Umno akan lebih mantap sejajar dengan transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Diharapkan agar wanita mampu berhadapan dengan muslimat Pas untuk merampas kerusi Dun Changkat Jering dan Kuala Sepetang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.