Ahad, 15 Julai 2012

JELAJAH JANJI DITEPATI BIKIN PEMBANGKANG KECUT

Pembangkang kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.

Dalam masa hampir empat bulan, Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak, Perak, Kedah dan Melaka.

Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, bak kata pepatah sambil berenang minum air.

Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.

Ketakutan pembangkang terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat.

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri sepertimana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.'

Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung, Anwar pula akan menyusul.

Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor, diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai, semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.

Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.

Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut.

Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi, Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.

Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pembangkang lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka.

Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pembangkang kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun.

Di Selangor, lebih dahsyat pula penagan pembangkang; negeri paling kaya itu kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit.

Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati, barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan, malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.

Ambil sahaja contoh Lembah Pantai, di mana anak Anwar, Nurul Izzah menjadi ahli parlimen.

Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.

Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai.

Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.

Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka, yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.


Hakikatnya, Anwar dan Pakatan Rakyat semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.

Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi, hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Demo Pas dan GMI



"Polis jangan jadi barua dan boneka kepada Umno yang zalim.

Hari ini ketua polis Slim River dan Datuk Fauzi telah insaf dan bersama-sama berjuang dengan Pas.

Kita pastikan bumi Perak ini menjadi milik rakyat dan saya kembali menjadi Menteri Besar.

Kali ini kita mendesak 45 tahanan dibebaskan sebelum hari raya, agar mereka dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri.

Polis diminta tidak bekerja sama dengan kerajaan zalim BN." kataNizar Jamaluddin

Perhimpunan hari ini disudahi dengan bacaan doa oleh Tantawi 100. Demo bersurai jam 12.10 tengah hari

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Selama ditimpa bala lagi

Pada 12 Julai lepas TPM Tan Seri Muhyiddin telah turun ke Sungai Seputeh untuk merasmikan mini RTC Zon Utara.

Sehari sebelum kedatangan TPM, Pas Selama telah membuat solat hajat dan memohon supaya Allah menurunkan bala pada hari lawatan tersebut.

Dua hari berturut-turut Pas membuat solat hajat dan berdoa, hari Khamis mereka buat lagi doa supaya diturunkan bala di surau SK Toh Ratna Sakti Sungai Bayor.

Padan muka orang Pas yang dengki khianat, Allah bayar tunai


Allah maha kaya, sebaik sahaja program selesai dan TPM menaiki helekopter ke Taiping untuk perasmian karnival koperasi, perasmian Hotel Taiping Perdana dan majlis pecah tanah bangunan Umno Taiping , kira-kira jam 4 petang bala Allah benar-benar turun di Selama .

Angin ribut dan hujan lebat telah merosakkan 172 buah rumah termasuk sekolah tempat mereka berdoa diturunkan bala. Kebanyakan rumah yang rosak dan diterbangkan bumbung ialah rumah orang-orang PAS yang telah meminta bala diturunkan . Kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Star dan Kampung Anak Sungai Rambutan Selama.

Ambik ko Pas ! Allah benci Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Lagi Demo Pas di Kemta Kamunting

Ketika ini seramai hampir 500 orang penyokong Pas turut sertai demo kali ke 3 di hadapan Kem Tahanan Kamunting.

Ketika ini Bob Lokman sedang memberi ceramah kepada penyokongnya.

GMI kali ini mengajak kesemua 45 keluaraga saki baki tahanan untuk sama-sama menyertai demo ketiga ini, saat ini cuma satu keluarga sahaja yang hadir.

Bob Lokman menuduh kerajaan tidak gentleman kerana enggan membebaskan 45 tahanan.

Bob berharap dalam PRU 13 kita angkat Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar dan mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri supaya kem tahananan ditutup.

Aisah Srikandi Pkr, berharap kerajaan bertukar tangan secepat mungkin. Marilah kita tumbangkan BN. Kepada polis diingatkan jangan tunduk dengan kerajaan zalim, bila kita menang nanti polis akan berkerja dengan kita.

Shih Lam Long adun Aulong turut hadir kali ke3 untuk menyokong peserta GMI untuk menumbangkan kerajaan zalim.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.