Sabtu, 8 Jun 2013

Harun Din kata demo Blackout seperti perhimpunan di Mekah!

Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyifatkan rakyat di negara ini layak untuk keluar berhimpun secara aman membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum bulan lalu.
 
Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.
 
Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.
 
"Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," kata beliau.
 
Pakatan pembangkang enggan mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen lalu mengajak rakyat seluruh negara untuk turun berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Beberapa siri perhimpunan yang diberi nama 'Blackout505' diadakan di seluruh negara berjaya mengumpul jumlah besar rakyat yang majoritinya berbangsa Cina mendakwa berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan PRU13.
 
Antara dakwaan-dakwaan termasuk dakwat kekal yang mudah ditanggalkan, mengimport pengundi hantu, jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi pengundi dan gambar insiden 'lampu padam' yang masih gagal dibuktikan kesahihannya.
 
Sehubungan dengan itu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil inisiatif meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas Parlimen dwi-partisan untuk tujuan pemantauan.
 
Namun setakat ini pembangkang enggan menyatakan sebarang komitmen terhadap cadangan tersebut malah berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini.
 
SPR menipu pengundi 
 
Haron dalam pada itu mendakwa SPR telah 'menipu' pengundi berhubung kredibiliti dakwat kekal yang digunapakai pada pilihan raya umum lalu.
 
Katanya istilah dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan untuk tempoh tertentu bagaimanapun gagal dibuktikan oleh SPR. Justeru membangkitkan persoalan sama ada wujud unsur penipuan.
 
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. 
 
"Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi," katanya.
 
Pada hari mengundi 5 Mei lalu, Haron yang merupakan calon PAS kawasan Parlimen Arau antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditangannya tidak kekal selepas membuang undi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rajagopal salah lagi

Pasukan Kebangsaan Bola Sepak Malaysia dimalukan di Australia.

Begitulah bunyi berita radio petang tadi. Bekas pemain handalan negara tahun 70 dan 80an Khalid Ali juga mengkritik perlawanan persahabatan dengan kelab yang diwakili oleh pemain bertaraf hobi yang diwakili pekerja ladang, penjual insurance, dan lain-lain.

Tindakan Rajagopal memalukan dan membazirkan wang rakyat kerana tidak tahu memilih lawan untuk menguji pasukan negara.

Atas tindakan yang memakan diri sendiri dan menjatuhkan maruah pasukan negara, maka wajarlah Rajagopal meninggalkan pasukan kebangsaan. FAM perlu lah mencari pengganti baru.

FAM juga patut dipersalahkan kerana membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan membazirkan wang dengan cara salah dan merugikan negara. Apabila media tempatan mereka memalukan kita.

Tunggu apa reaksi FAM selepas ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.