Jumaat, 10 Mei 2013

Sidang Media yang penuh kelentong

PC Azmin Ali mula 12 tgh tadi, lambat start kerana dia masih negotiate dengan Anwar hingga saat akhir. Seperti dijangkakan, isu nak letak jawatan hanya utk ugut Anwar.

Yang menyedihkan, dia dakwa UMNO/BN yang cetus desas desus dia nak tubuh pakatan mesra BN, Azmin nafi gila nak jawatan MB Selangor dia dakwa Anwar pernah bagi hint nak lantik dia tapi dia tak mau.

Dia kata kalau nak,dah jadi MB 2008 dulu. Memang tepat sangkaan saya. Cuma saya harap penyokong PR yg ada otak, kamu nilai sendirilah.

Keinginan Azmin utk jadi MB semua penyokong PR tahu. Sampai bila nak kena tipu dgn Azmin dan Anwar ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kos penghantaran gas naik RM 2 jangan salahkan kerajaan.

Kenaikan kos penghantaran tong gas memasak sebanyak RM2 menyebabkan , Anwar suruh rakyat lawan kerajaan

Anwar Ibrahim dalam Twitter semalam telah berkata kenaikan harga gas memasak adalah "hadiah kemenangan BN kepada rakyat."

Sebenarnya harga gas memasak tidak naik, yang naik hanya kos penghantaran & perkhidmatan yang naik sekitar RM2.

Kenaikan kos penghantaran adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal kerana ia ditentukan oleh pasaran semasa.

Tindakan Anwar mengapi-apikan rakyat dengan isu-isu kecil begini kerana itu saja yang beliau pandai lakukan.

Kalau nak bantah pergi bantah kepada persatuan lori, persatuan pengedar gas yang ramai dari bukan melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hala Tuju Kaum Cina Pasca PRU-13: Akhbar Cina Salahkan DAP

PRU-13 memperlihatkan kesumat kaum Cina yang tidak pernah padam kerana terpaksa menerima pemerintahan kerajaan Melayu. Jelas, mereka berada di sini bukan atas kehendak mereka tetapi 'terpaksa' kerana nenek moyang mereka telah mengambil keputusan untuk terus tinggal di negara bertuah ini. Semua orang sedia maklum bahawa kaum Cina secara azalinya adalah kaum yang mempunyai sifat perkauman tegar selain kiasu atau chauvinis iaitu tidak mungkin mengaku salah, atau mengaku kalah.

Di sinilah letaknya perbezaan antara sifat nasionalis dengan sifat assobiyah iaitu dalam mengakui kesalahan yang dilakukan oleh pihaknya.

Seorang nasionalis akan mempertahan dan membela kaumnya tetapi tetap bersikap adil dan tidak menindas atau membenci kaum lain. Tetapi, seorang yang mepunyai sifat assobiyah atau perkauman akan mendiamkan kesalahan rakan-rakan sendiri serta membenci sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka.

Secara dasarnya, tiada siapa dapat menafikan yang kaum Cina merupakan kaum yang paling berjaya di Malaysia. Oleh itu, laungan bahawa mereka tertindas dan kerajaan Melayu rasis, dengan sendirinya tidak masuk akal. Bagaimana mereka boleh menyatakan diri mereka tertindas jika di masa yang sama mendabik dada bongkak sebagai kaum yang paling kaya? Adakah orang kaya, mewah malah mampu mengugut dan menekan orang lain, dikatakan sebagai golongan yang tertindas?

Justeru, perjuangan kaum Cina untuk 'keluar dari penindasan' melalui PR merupakan satu penipuan terhadap semua termasuk diri sendiri.

'Idea' bahawa mereka ditindas dicetuskan oleh puak-puak ekstremis Cina seperti Dong Zong dan juga DAP. Kedua-dua pihak ini tidak boleh menafikannya kerana ia sudah jelas terbukti dari ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan mereka di mana-mana yang sering menuduh 'kaum Cina dianaktirikan' kerajaan.

Idea ini kemudian disebar dan disemarakkan oleh akhbar-akhbar Cina. Melalui sekolah-sekolah vernakular, kaum ini kini berjaya membentuk generasi yang berpegang kuat kepada 'idea' ini. Oleh itu, generasi inilah yang kita lihat memegang bendera Malaysia secara terbalik dan yang berhimpun di Stadium Kelana Jaya malam semalam.

Nampaknya, apa yang kaum Cina inginkan iaitu menunjuk kekuatan dan memberi tekanan kepada kerajaan melalui PRU-13 telah pun berjaya. Harapan mereka, ia akan menakutkan kerajaan dan orang Melayu serta semua pihak akan semakin menghormati mereka. Harapan mereka juga agar kerajaan akan semakin tunduk kepada mereka.

Namun, sepertimana Lim Kit Siang tersilap hitung akan tindak-balas kaum Melayu dalam Tragedi 13 Mei, begitu jugalah dalam PRU-13 ini. Kaum Melayu tidak tunduk, tetapi kembali bangkit mencabar mereka. Kit Siang gagal mengingatkan kaumnya bahawa sabar Melayu ada hadnya, baik Melayu juga ada hadnya walaupun secara luaran, ia kelihatan seperti tidak terhad.

Kaum Cina adalah minoriti, itu hakikat yang tidak boleh dinafi.

Sebagai pendokong demokrasi, seperti yang dilaungkan, maka kaum Cina wajib menerima hakikat bahawa suara majoriti adalah lebih utama dari suara mereka. Oleh itu, mereka seharusnya bersyukur kerana walaupun hanya minoriti, suara kaum mereka cukup luas, malah terlalu luas sehingga tidak terkawal.

Bagaimanapun, dengan penolakan padu dari kaum mereka terhadap kerajaan dalam PRU ini, iaitu sehingga 97%, ia sebenarnya hanya melemahkan lagi kaum Cina, dan bukannya menguatkan lagi suara mereka.

Namun, mereka bernasib baik kerana sifat Melayu itu bukanlah kejam dan bukanlah bodoh seperti kaum Cina yang berpegang kepada sifat perkauman membuta tuli. Menafikan terus suara kaum Cina hanya mengundang bencana, tetapi dalam pada itu, kita tidak boleh menafikan bahawa suara mereka kini hanya tinggal 3% sahaja.

Apa yang kerajaan amat terkilan dengan keputusan PRU kali ialah hakikat bahawa kaum Cina tidak pernah setia kepada negara ini. Mereka juga tidak pernah ikhlas kepada Barisan Nasional. Semua yang mereka lakukan, kebaikan yang mereka tunjukkan hanyalah untuk kepentingan diri. Mereka menipu, memanipulasi serta menikam belakang kerajaan yang begitu banyak bertolak ansur dan mengalah dengan mereka selama ini. Mereka tidak langsung berkongsi aspirasi muhibbah, 1Malaysia, dengan sebenar-benarnya walaupun sering memaksa orang lain berbuat demikian.

Malangnya, sehingga ke hari ini juga, kaum Cina masih lagi tidak melihat masalah ini sebagai masalah 'keikhlasan' dan 'pengkhianatan' mereka kepada BN, kerajaan atau negara. Oleh itu, masih ada suara-suara Cina yang menyuruh kerajaan terus mengalah dan mendengar kata mereka konon untuk mendapatkan kembali sokongan mereka.

Masalahnya, mereka sudah menerima lebih dari sepatutnya yang diterima oleh minoriti negara lain. Dan kerajaan tidak boleh terus menerus tunduk semata-mata untuk menjaga sensitiviti mereka. Selama ini, akhbar Utusan Melayu sering diserang sebagai rasis. UMNO dituduh rasis. Perkasa dicop sebagai rasis. Semuanya hanya kerana sering mengingatkan mereka bahawa mereka sudah cukup segala-galanya.

Yang rasis adalah mereka yang berdegil ingin memisahkan dan melebarkan jurang antara kaum melalui sekolah vernakular, UEC dan macam-macam lagi. Dan mereka itu tidak lain tidak bukan adalah akhbar-akhbar Cina, Dong Zong dan juga DAP.

Kini, setelah menyedari bahawa 'tsunami' PRU-13 mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan Melayu, malah melemahkan lagi suara kaum Cina, maka mereka mula berpandang-pandang sesama sendiri dan tertanya-tanya, "apa seterusnya?"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jika Pakatan Tak Terima Keputusan PRU13, Kenapa Guan Eng & Ahmad Yaakob Angkat Sumpah?

Anwar nampaknya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang diidamkan beliau selama ini. Beliau akan bertindak dengan apa cara sekalipun bagi memastikan rancangan dan agendanya untuk menjadi PM tercapai.

PRU13 ini, Anwar sekali lagi mengambil bahagian dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan bersara sekiranya gagal dalam percaturannya kali ini. Namun, apabila terbukti dia gagal dalam meluaskan empayarnya untuk menguasai Putrajaya, sekali lagi makhluk munafik ini mungkir. Tidak cukup dengan itu dia turut mengugut untuk mendesak agar diadakan pilihanraya semula semata-mata untuk memuaskan nafsu hatinya.

Namun apa yang pasti, beliau telah gagal untuk menambah bilangan negeri untuk dikuasai malah telah hilang kerajaan negeri Kedah apabila majoriti rakyatnya mengundi untuk kembali kepada BN. Seperti kebiasaannya, salah sendiri akan ditunding kepada orang lain, dalam kes yang melibatkan pilihan raya, sudah tentu SPR yang akan menjadi kambing hitamnnya.

Beliau menuduh kononnya SPR tidak adil dan tidak telus malah menipu ketika melaksanakan proses pengiraan undi dan juga beberapa proses lain yang melibat penggunaan dakwat kekal, senarai daftar pengundi dan banyak lagi.

Ini semua bagi menunjukkan protes Anwar ynag sekali lagi gagal membuktikan bahawa sistem pilihan raya negara ini tidak bersih dan tidak adil dengan mereka cerita dan tuduhan pelbagai kepada SPR. Tindakan Anwar menganjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat malam tadi antara bukti, cita-citanya yang kemaruk untuk menjadi PM.

Sebagai contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

Mereka cuba untuk nampakkan kononnya SPR ini tidak ada integriti, tidak 'credible', suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Ini adalah satu satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji.

Persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Walaupun Anwar tidak menerima keputusan pilihan raya, nampaknya KM P Pinang dan MB Kelantan sudah pun mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13? Kenapa mereka tidak bersetuju dengan Ketua Umum mereka dan turun bersama untuk memperjuangkan kononya hak Pakatan Rakyat yang lain?

Selain daripada itu, tindakan Anwar menulis tweet, kononnya PR telah menang sebelum sebarang keputusan diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya. Ini bagi memastikan rakyat tertipu dengan taktik kotor beliau dan secara tidak langsung menggembirakan penyokongnya.

Namun, setelah pengiraan secara teliti dibuat, ternyata mereka kalah dalam undi sehingga membuatkan penyokong PR yang sebelum ini rasa kecewa dengan keputusan yang rasmi. Inilah taktik Anwar Ibrahim, segala penipuan dan politik kotot digunakan bagi mengejar cita-citanya selama ini.

Rakyat yang menyokong beliau nampaknya masih belum sedar bahawa mereka sekarang sedang ditipu dan dikaburkan pandangan mereka oleh Ketua Pembangkang ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pakatan haram tidak popular

PR tak boleh kata popular vote krn PR bukan didaftar sah x boleh kira yg undi yg digabungkan

Reality popular vote
Pas:14.5
DAP:15.4
PKR:20
BN:47

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kumpulan BLACKOUT akan serang Putrajaya

Kawan-kawan, sesiap ade kenalan atau sedara mara yg bekerja di Kompleks C pejabat kerajaan Putrajaya diingatkan hari ini selepas sembahyang jumaat kumpulan dari perhimpunan BLACKOUT akan menyerbu pejabat SPR di Kompleks C Putrajaya. Diminta ambil langkah berjaga-jaga (10 May 2013).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.