Selasa, 6 Disember 2011

MB on Nga Kor Ming

Link blog anda ke sini.

Setakat hari ini sudah banyak blog rakan-rakan yang di letakkan sebagai link...Kepada blog yang belum tersenarai, sila maklumkan melalui komen di bawah.

Blogger Pas sudah meracau

Kesian dengan blogger sengkek Pas yang berhenti gitu-gitu dari TLDM,  hari ini meracau minta pencen. Puak Pas akan kata, pencen tu duit kerajaan, bukan duit Umno. Duit kerajaan , duit rakyat..

Kalau budak universiti pulak kata, menyediakan pelajar ke universiti adalah taggungjawab kerajaan. semua kerajaan akan buat.

20 tahun Pas perintah Kelantan berapa buah sekolah , berapa kolej dan berapa universiti yang dibangunkan?

Sekolah agama rakyat yang dikuasai oleh Pas berapa orang yang dapat masuk universiti setiap tahun? Jawapannya 001% , yang lain datangnya daripada sekolah kerajaan Umno.

Bila dah masuk universiti, Pas pergi kacau. Sampai luar negera pun depa kacau. Jadilah anak-anak derhaka seperti Tenggang. Mereka ada dalam Pas dan Pkr.

Blogger manjungmari hari ini letak gambar TM semasa kemalangan jalanraya dulu. Hehehe.. Memang aku aksiden, kereta exora aku total lost. semua gara-gara Dap celaka tuang minyak atas jalan.  Hari ini aku dah beli kereta baru, hybrid engine lagi.. Lu apa hal sakit hati sama gua.....lu langsi lu mampus....hehehe./

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

Nik Anis Soraya wrote:

1.Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2.Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;

Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan

Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4.Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5.Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6.Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7.Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

Kementerian Kewangan Malaysia
30 November 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nizar 'the sex maniac'


Kesian mamat ini, dia hanya tahu mengkritik dan mencela orang lain tetapi diri sendiri hina dan jijik.

Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid mula tunjuk taring

Blogger Koperal Manjungmari

Mohd Imran Abd Hamid
Hj Imran Abdul Hamid merupakan bekas laksamana pertama yang bacul. Dahulu semasa dalam tugas berpura-pura jadi orang baik dan patuh segala perintah yang diamanahkan oleh kerajaan lebih-lebih lagi YDP Agong.

Sekarang sudah jadi ahli Pas dan lebih buruk lagi adalah bersifat munafik. Munafik kerana menuduh Menteri Pertahanan YB Dato Seri Dr Zahid Hamidi berhohong tentang pencen terhadap kakitangan yang berkhidmat dalam tempoh 10 hingga 18 tahun.


Ya, mungkin ada permintaan daripada bekas-bekas laskar yang berkhidmat dalam jangkamasa yang pendek.TM tahu blogger Pas iaitu Manjungmari salah seorang yang terlibat dengan isu ini. Manjungmari bekas  tentera laut yang berpangkat koperal yang berhenti begitu sahaja dan tidak mendapat pencen.

Tidak semestinya permintaan wajib ditunaikan. Zahid berkata beliau tidak pernah berjanji pun tetapi suara dan permintaan didengar dan dibawa untuk dicadangkan kepada JPA. Kalaulah permintaan ini diluluskan bagaimana pula dengan mereka yang sudah lama berhenti dan sudah tentu kerajaan terpaksa menanggung kos yang terlalu besar. Bila TLDM dapat laba ini, kementerian lain pun turut menuntut hak yang sama.

Perlaksanaan  yang dirangka dan dilaksanakan oleh kementerian pertahanan hari ini sudah cukup cantik, ramai tentera yang memilih untuk tidak berkhidmat untuk 21 tahun, bila berhenti dapat imbuhan yang cukup lumayan. Mereka yang memilih untuk berkhidmat 21 tahun pun lagi beruntung kerana mendapat pencen bulanan dan lain-lain imbuhan yang membolehkan mereka makan tidur sahaja kalau malas nak cari kerja lain.

Di Taiping ramai pesara-pesara tentera yang hidupnya senang lenang selepas bersara dan mereka yang berhenti tanpa pencen pun hidup senang kerana masih mampu bekerja dan mempunyai pendapatan yang tinggi.

Anak buah TM sendiri yang pernah berjawatan pegawai kadet dalam TDLM hari ini mempunyai pendapatan tinggi kerana pengalaman beliau yang diperolehi dari TLDM.

Hanya mereka yang pemalas sahaja yang hidup susah. Dahulu TM pernah menulis bahawa pupu papat TM yang bersara dari tentera pangkat biasa sahaja tetapi berkat gaji, pencen dan imbuhan semasa persaraan beliau kini bergelar usahawan berjaya dan mampu memiliki Hilux dan Alphard.
Lumut: Seorang Bekas Pegawai Tinggi TLDM melahirkan rasa kekesalan dengan sikap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana tidak menunaikan janjinya.
Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata, menteri tersebut telah berjanji akan memberi pencen kepada bekas tentera tidak berpencen, yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada 10 hingga 18 tahun.
Tetapi, janji tersebut hanya 'omong kosong', sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.
Katanya, dengan menutup janji palsunya, beliau bersama Timbalannya telah meminda Rang Undang-Undang Veteran dengan mewujudkan Akta Veteran 2011 yang diluluskan di Parlimen Oktober lalu.
"Melalui akta ini, hak bersuara bekas tentera disekat sepenuhnya mengakibatkan kira-kira 250 000 bekas tentera di Negara ini dalam dilema," katanya ketika dihubungi harakah.
Tambahnya, dalam akta tersebut langsung tidak menyentuh tentang kebajikan dan hak bekas tentera.
Beliau yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Akta Veteran 2011 ini secara jelas bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang member kebebasan hak bersuara, berhimpun dan berpesatuan.
Beliau menggesa kepada semua bekas tentera agar tidak memberi undi kepada BN kerana hak dan kebajikan mereka tidak terbela.

Kepada Manjung mari dan Imran jangan lah dok memburuk-buruk pihak yang pernah memberi kamu makan. Kepada Imran juga, janganlah jadikan kematian 4 anak kamu sebagai penyebab kamu membenci orang yang memberi kamu makan sepanjang hidup kamu. Kalau betul kamu tak suka kerajaan, sila tulis surat kepada JPA untuk menghentikan bayaran pencen kamu.