Selasa, 18 Jun 2013

Kes hina mahkamah satu kesalahan berat

Dari blog Kedahan69ner

18 June 2013   ISU HANGAT, KEDAH HARI INI
Kewujudan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas tanah rezab Melayu di Sungai Kob, Karangan kekal menjadi perkara yang cukup menyakitkan hati. Pada zaman pentadbiran PAS lalu, syarikat pemaju tersebut yang turut mencerobohi tanah orang kampung bagi pembinaan jalan ke tanah perkuburan berkenaan selain menghalang pemiliknya daripada mengambil tindakan terhadap mereka, begitu besar kepala dan begitu kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. 

Sudah ada kes pertumpahan darah membabitkan tanah perkuburan swasta berkenaan. Orang kampung yang berusaha mempertahankan hak mereka, akhirnya dipersalahkan, terutama apabila terdapat konco-konco syarikat pemaju tersebut yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan terutama dengan kepiah putih di atas kepala dan keahlian mereka dalam PAS.

Wakil rakyat kawasan berkenaan, Aisyah Ghazali tidak pernah turun menjenguk ke kawasan berkenaan. Sebaliknya dari kejauhan, dia memberikan sokongan sepenuhnya kepada syarikat pemaju tanah perkuburan swasta tersebut.

Penduduk tempatan telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah menghalang syarikat tanah perkuburan tersebut daripada meneruskan operasi mereka. Bagaimanapun, arahan mahkamah tidak dihiraukan oleh syarikat tersebut, sebaliknya dengan megah, angkuh dan penuh biadap, mereka mula mengangkut mayat-mayat untuk disemadikan di atas tanah yang masih berstatus pertanian.

Mukhriz Mahathir, pada hari pertama dia menjadi Menteri Besar, turut mengeluarkan arahan agar syarikat berkenaan menangguhkan operasi mereka di kawasan berkenaan agar siasatan dan kajian terperinci dijalankan. Namun nampaknya ada pihak yang lebih berkuasa di Kulim, yang telah membenarkan syarikat berkenaan untuk membawa mayat dan dikebumikan di situ.

Sedangkan menurut undang-undang, sebarang pengkebumian memerlukan kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Siapakah pihak berkuasa yang cuba menunjukkan mereka sangat berkuasa itu?

Bagaimana pula dengan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Kulim yang telah meluluskan kewujudan tanah perkuburan swasta tersebut di atas Tanah Rezab Melayu?

Apakah kerana kerajaan negeri Kedah sekarang merupakan Kerajaan Melayu, maka syarikat yang dimiliki oleh chinabeng itu boleh berbuat sekehendak hati mereka dan tidak menghiraukan segala undang-undang selain tidak menghormati keputusan dan engkar arahan mahkamah?

Melihat kepada senario tersebut, kewujudan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan dan tanah rezab Melayu itu secara jelas, menunjukkan wujudnya RASUAH dan PENYELEWENGAN besar-besaran pada zaman pentadbiran PAS membabitkan pelbagai agensi termasuklah PBT.

Perubahan status tanah tidak sahaja melibatkan tanah perkuburan swasta Sungai Kob itu, bahkan turut melibatkan beberapa tapak projek yang lain, termasuklah Madrasah Salihiah yang telah diruntuhkan dan dimusnahkan oleh pihak pemaju dengan bantuan Kerajaan Negeri yang terdahulu.

Laporan kepada SPRM juga telah dilakukan tetapi sehingga sekarang, masih belum ada sebarang tindakan yang benar-benar aktif daripada SPRM berhubung masalah tanah perkuburan Sungai Kob.

Rakyat terutama sekali di Selatan Kedah sudah lama memperkatakan tentang hal ini.

Kerajaan Mukhriz Mahathir mempunyai tanggungjawab yang amat berat bagi membersihkan segala salahlaku dan penyelewengan yang membabitkan PBT dan pihak berkuasa lain. Kalau arahan dari Kerajaan Negeri tidak dipedulikan oleh syarikat berkenaan, bermakna perlu ada tindakan undang-undang yang menyusul terhadap mereka!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Mabuk

Ada orang mabuk todi, ada orang mabuk laut, naik kapal atau feri wajib muntah. Ada orang mabuk cinta dan rindu awek bagai nak rak. Ada orang mabuk janda. Ada orang mabuk sebab tak dapat jadi MP Putrajaya. Ada orang mabuk tak dapat jadi Perdana Menteri pergi Indon kutuk negara sendiri.

Pas pun mabuk, tetapi mabuk Pas lain sikit, mabuk talak dari Dap dan Pkr, tetapi digantung tak bertali, itulah mabuk Pas kini dan selamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemalangan maut ragut 6 nyawa di Taiping

Berita yang mengejutkan diterima awal pagi tadi.

Satu kemalangan maut yang melibat seorang Benggali pasir yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh beberapa orang penunggang motosikal di atas jejantas keretapi Taiping Simpang berhampiran Taman Larut Tin.

Sepasang suami isteri turut terlibat dan isteri meninggal dunia sementara suami kritikal. Lain-lain yang meninggal dunia ialah melayu dan juga Benggali.

Waktu ini suasana pilu di bilik mayat sementara menunggu selesainya bedah siasat dijalankan.

Takziah dan alfatihah kepada keluarga mangsa.

Setelah siasatan dibuat mangsa yang terkorban ialah 2 orang sahaja.