Selasa, 12 Mac 2013

Korban Suluk akan tiba di Kota Bharu esok pagi

Salam kpd semua pagi tadi seorang lagi wira negara terkorban dlm pentempuran di sungai nyamok_tandua,lahad datu pagi ni 12 mac jam 10 pagi..nama wira 1163461 pbt Ahmad Huraira bin ismail Pl 1 A coy 7RAMD Lot 506 kg bayu lalang 17000 pasir mas Kelantan....JENAZAH WIRA DI JANGKA TIBA JAM 8PAGI ESOK 13HB MAC DI AIRPOT SULTAN ISMAIL P.CHEPA,KB.SUDILAH DATANG BERAMAI MENYAMBUT JENAZAH WIRA KITA..ALFATIHAH...POKKU HAFIEZ ,PENGARAH PUSAT KHIDMAT MEMBELA RAKYAT DUN CHETOK PARLIMEN PASIR MAS

Apakah Nik Aziz akan menyambut jenazah anak negeri ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seorang lagi gugur syahid

Seorang anggota tentera terbunuh dalam Ops Daulat pagi ini.Dipercayai kena serang hendap.3 penceroboh dikatakan maut dalam insiden itu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Sumpah Laknat Buat Pencacai Pembangkang Meroyan Gila

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=3vqmF-4_ZzA


Mungkin kerana berang dengan soalan yang ditanya, seorang blogger pembangkang bertindak memaki hamun sekumpulan wartawan yang ingin meminta penjelasan lanjut dari bapa kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim. Ia ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Azlan minggu lalu, kononnya anaknya Saiful Bukhari telah dijadikan 'alat' orang-orang tertentu untuk menfitnah Anwar.


Melalui maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan, blogger pembangkang itu dikenali sebagai Rahman Talib @ Tulang Besi yang juga merupakan pengendali portal MalaysiaWaves bagi membela puak-puak 'Anwarinas' @ kumpulan Endorgan di dalam Pas.


Ekoran marah dengan tindakan wartawan yang membangkitkan isu sumpah laknat kepada Azlan itu, dia telah berjumpa dengan kumpulan wartawan terbabit sambil menjerit-menjerit memanggil petugas media tersebut sebagai 'Melayu Bodoh'.


Yang menariknya, tindakan kurang matangnya itu, turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan petugas media yang cenderung kepada pembangkang. Maklumlah isu sumpah laknat ini sering menghantui Anwar, kerana sehingga kini dia masih gagal bersumpah untuk membersihkan dirinya dari pelbagai isu.


Jadi sudah pasti tindakan sekumpulan wartawan yang meminta Azlan membuat perkara yang sama mengundang kemarahaan mereka. Lebih mengelikan hati ialah, hujah yang digunakan kononnya sumpah laknat tidak ada di dalam Islam sedangkan sebelum ini dia juga turut mengunakan pendekatan untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah.


Penulis tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai blogger upahan pakatan pembangkang ini, kerana sudah menjadi lumrah untuk pencacai mempertahankan 'makluk' yang bernama Anwar Ibrahim. Namun yang menariknya ialah, blogger tersebut sebelum ini pernah dikatakan antara 12 kumpulan bloggers 'belaan' yang menerima bayaran bulanan dari salah seorang pimpinan di dalam PKR. Tugas mereka mudah, fitnah dan maki semua pimpinan BN/Umno dan di masa yang sama 'bela dan angkat' Anwar setinggi mungkin.


Cuma apa yang menjadi tanda tanya ialah, mengapa dia begitu takut dengan persoalan untuk meminta Azlan agar bersumpah laknat? Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan berani kerana benar, atau mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat?


Bukan apa, sebab ramai orang di luar sana yang masih tertanya-tanya dan sangsi dengan kenyataan bapa Saiful yang cuba 'korner baring'. Tambahan pula sidang akhbar tersebut telah di atur oleh ahli parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul. Jadi semua persoalan ini semakin menimbulkan keraguan dan tanda tanya yang perlu dijawab.


Sudahlah sidang akhbar tersebut diadakan dalam keadaan tergesa-gesa, dan yang peliknya Johari selaku penganjur pada hari itu, hanya menjemput sebilangan kecil media-media yang terpilih (pro pakatan pembangkang) sahaja. Sedangkan umum mengetahui pimpinan dalam pakatan pembangkang terlalu 'gila glamour' terutama dalam hal berkaitan media kerana kemaruk untuk mendapatkan publisiti.


Tambahan pula, mereka sedar dengan perangai Anwar yang sering tidak menentu dalam banyak perkara terutamanya dalam memilih calon PKR. Mana-mana pemimpin PKR yang dilihat tidak banyak membantu serta kurang membela Anwar, dikatakan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.


Ini kerana Anwar sedar mereka yang kurang memperlihatkan sifat fanatik terhadapnya, bakal menjadi liabiliti di dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri. Tambahan pula, sejarah telah membuktikan ramai dikalangan pimpinan dan wakil rakyat PKR yang telah melompat, kerana hilang kepercayaan kepada dirinya.


Jom sama-sama kita saksikan pencacai pembangkang yang meroyan berhubung isu sumpah laknat….
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.