Ahad, 23 Disember 2012

Bila PM Italy letak jawatan

Media Pas Perak dengan PM Italy dan menyindir Najib. Mereka mahu Najib letak jawatan seperti PM Italy.

Apa kes, nak suruh Najib letak jawatan. Suruhlah Si Tua Nyanyuk Nik Aziz letak jawatan.

Dah tuan bangka pun nak jadi bertanding lagi dalam PRU 13.

Jom baca berita haprak Pas di bawah

Kedudukan semasa yang tidak menyebelahinya menyebabkan perdana menteri mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam semua portfolio yang disandangnya.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya nun jauh di Itali!

Perdana menterinya, Mario Monti yang cuma memegang jawatan selepas 13 bulan mengangkat sumpah, akhirnya membuat keputusan tersebut malam tadi sambil disaksikan Canselor Austria, Werner Faymann di Istana Chigi di Rome sebentar tadi.

Presiden Itali, Gorgio Napolitano dijangka akan memanggil pilihanraya umum pada 24 Februari 2013 setelah membayangkan akan membubarkan parlimen beberapa hari selepas spekulasi mengenai perletakkan jawatan Monti tersebar ke seluruh negara itu.

Sekutu kuat Monti di Eropah, Canselor Jerman dan presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Jose Manuel Barroso yang menyokong kuat agenda reformasi ekonomi turut terkejut dengan berita perletakan jawatannya yang berkuat kuasa malam tadi.

Monti dijadual akan menjelaskan sebab-sebabnya pada satu sidang media esok di ibu negara Itali itu.

Dipercayai sokongan lemah ke atas sekutu politik bekas perdana menteri penuh spekulasi, Silvio Berlusconi merupakan antara sebab utama parti gabungan dalam kerajaan menarik diri dan parti pemerintah, Parti Demokrat seterusnya hilang majoriti dalam parlimen negara itu.

Belum pasti siapakah perdana menteri sementara yang akan menggantikan tempat Monti tetapi dipercayai beberapa nama sedang disenarai pendek untuk dimaklumkan kepada presiden selaku ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif memecat atau melantik perdana menteri, dan begitu juga sebaliknya.

Pelan pembaharuan ekonomi yang dicadangkannya mendapat sokongan rakyat sebanyak 62 peratus tetapi atas desakan parti pembangkang yang tidak setuju dengan cadangannya memaksa beliau berbuat demikian.

Sementara itu indeks saham di negara itu susut 0.37 peratus kepada 17,235.71 mata susulan daripada berita perletakan jawatan Monti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.