Selasa, 4 Disember 2012

Tiada tempat buang sampah?

TAIPING – "Kami tiada tempat pembuangan sampah khusus menyebabkan majoriti penduduk bertindak membuangnya di tepi jalan utama yang menjadi lalu masuk ke sini," katanya Ketua Cawangan Umno Kampung Aulong Lama, Mohd Azmi Babajee, di sini.

Mohd Azmi berkata, masalah tersebut bukan satu perkara baru kerana sudah berlarutan hampir 20 tahun lalu.

Menurutnya, masalah itu sebenarnya bukan sahaja mencemarkan pemandangan ketika masuk ke kawasan kampung ini malah turut mengundang bau busuk.

"Selain itu, bersebelahan tempat pembuangan sampah berkenaan telah didirikan sebuah dewan orang ramai, jadi ia akan mengganggu aktiviti penduduk di sana.

"Apabila adanya bau busuk ia akan menyebabkan gangguan kepada penduduk setempat," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Selain itu, kata beliau, laluan utama untuk masuk ke Kampung Aulong Lama itu sehingga kini tidak mempunyai lampu jalan.

Jelasnya, keadaan itu membahayakan orang ramai pada waktu malam kerana laluan gelap dan terdapat longgokkan sampah.

"Ketika ini sampah yang dibuang semakin banyak dan sepanjang kira-kira 200 meter laluan utama itu dipenuhi bahan tersebut," katanya.

Mohd Azmi berkata, oleh itu, beliau berharap pihak berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah itu kerana difahamkan kawasan ini bukan berada dalam kawasan seliaan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Kepada mana-mana pihak berkenaan, mungkin boleh lakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini kerana jumlah longgokkan sampah di kawasan tersebut semakin bertambah," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Samad nak bina kilang penapis air pulak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keningau bergegar

Gempa bumi lemah bermagnitud 1.9 pada skala Richter melanda Keningau, Sabah pada 8.45 malam, Jabatan Meteorologi pantau perkembangan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.