Ahad, 8 Januari 2012

Laporan Media dari Hospital Seberang Jaya mengenai bodyguard Anwar

Pada 8/1/2012 jam l/kurang 1645 hingga 1715, satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Dato KP di Hospital Seberang Jaya berhubung kejadian yang menimpa pengiring keselamatan DSWan Azizah. Antara intipati kenyataan akhbar adalah seperti berikut:-
- menyatakan luka calar yang terkena pada tangan mangsa akibat terkena objek tajam yg tidak diketahui.
- menyatakan mangsa hanya mengalami luka calar l/kurang 0.4cm dan bukan luka dalam
- menyatakan menurut laporan awal doktor tiada kesan morphin yg wujud didalam darah mangsa
- mengikut keterangan drp mangsa, mangsa tidak mengesyaki sesiapa di atas kejadian tersebut
- menyatakan mangsa tidak koma dan pengsan seperti yg digembar gemburkan dlm laman web
- menyatakan bahawa mangsa telah kembali stabil dan masih ditahan di wad 5 untuk rawatan susulan
- menyatakan keputusan analisa sampel darah mangsa akan diketahui pada keesokkan harinya dimana 1 pasukan pakar telah ditubuhkan untuk membuat analisa sampel darah berkenaan di mana diketuai oleh Pengarah
Hospital

P/s : sampai bilalah rakyat Malaysia akan terus diperdaya dik sandiwara Anwar ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 ribu ahli Pas keluar parti

Berita yang belum sahih dari Shah Alam dan Klang memaklumkan seramai 10 ribu ahli Pas anak Selangor akan keluar parti kerana tidak puas hati dengan tindakan memecat Datuk Dr Hasan Ali tanpa diberi sebarang peluang membela diri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malam panas di rumah Hasan Ali dan suram di rumah Anwar

Berita terkini dari rakan yang berada di dua lokasi.

Di rumah Anwar, kira-kira 200 penyokong tegar Pas berada di sana untuk majlis solat hajat dan bacaan yassin bagi mengucapkan selamat jalan kepada Anwar.

Manakala lebih dari 1000 penyokong Pas yang setia kepada Datuk Dr Hasan Ali berada dirumah beliau untuk menyatakan sokongan mereka terhadap beliau yang dipecat tanpa ada sebarang hak untuk membela diri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Belum masuk penjara sudah buat cerita baru, ( suntik racun)

Pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

"Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

"Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Hasan Ali dipecat

2 Spetember 1998 Dato Sri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno kerana salah laku seks luar tabie dan skandel seks dengan 26 wanita.

Sebaik sahaja dipecat, Anwar bagaikan gajah turun minyak lalu mengamuk satu Malaya.

Banyak harta benda awam rosak akibat amukan penyokong Pas, bekas parti Semangat 46 dan puak-puak rebellion

Akibat daripada itu, tertubuhlah parti PKR yang mana ahlinya adalah terdiri dari pengikut setia Anwar dan bekas ahli S46 yang kehilangan tuan akibat parti dibubarkan .

Yang pelik bin ajaib ialah pendirian Pas terhadap Anwar selepas dipecat. Pas yang sebelum itu mengutuk Anwar dalam isu liwat telah undur gear gostan dan menyokong Anwar kembali.

Tujuan Pas menyokong Anwar hanyalah untuk menghuru harakan keadaan dan mengambil kesempatan untuk menumbangkan BN.

Hari ini 8 Januari 2012, YB Dato Dr Hassan Ali pula dipecat bukan kerana salah laku seks seperti Anwar tetapi dipecat kerana kenyataan beliau yang tidak menyokong gerakan bebaskan Anwar 901 dan tindakan Hasan dalam isu DUMC serta serbuan tahun baru di hotel murah dan premis arak.

Tak kala pemimpin Pas yang lain bergembira merayakan sambutan tahun baru di dataran kemerdekaan Shah Alam bersama Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak, Dr Hasan menunaikan tanggungjawab beliau mencegah maksiat di sekitar bandar utama Selangor.

Persoalan hari ini ialah, apakah pengikut Pas akan menentang kepimpinan Pas kerana memecat Hasan Ali seperti yang mereka lakukan terhadap Anwar?

Rasanya senario kali ini berbeza dengan isu Anwar. Pas kini Pas sekular yang menyokong Dap Komunis dan Anwar Plurality. Pas menolak Islam, Pas yang menyambut Tahun baru masehi 2012 dengan petikan gitar oleh 'ustaz' Azhar Idrus

Bersambung/......

Mahfuz Omar senyum besar

Harakah mengumumkan YB Dato Dr Hasan Ali dipecat dari Pas berdasarkan Fasal 82(9) undang-undang Pas.

Kini Mahfuz dan konco-konco Anwar berasa lega dengan tindakan Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.