Ahad, 8 Januari 2012

KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Syukur, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang benar. Dato sedah terkeluar daripada golongan mereka yang bertopengkan Islam demi memuaskan nafsu syaitan yang anti Islam. Nak cakap lebih tak pandai, tapi jika anti Himpunan elamtkan Akidah di tolak manakala Domontrasi Bersih dan Domontrasi 901 di sokong secara Akli ini sudah jelas jauh daripada perjuangan di landasan sebenar Islam...Saya sendiri rasa bersalah kerana selama ini menyokong perjuangan PAS, dan rasa tertipu dengan retorik Islamik yang dilaungkan. PAS sudah jauh daripada landasan sebenar, lari daripada Prinsip perjuangan, bergitu rapuh sebagai dalam pendirian sebenar, terlalu mudah tunduk pada MUSUH ISLAM YANG NYATA dan AMAT JELAS MENJADI BONEKA KAFIR GARBI YANG NYATA MUSUH ISLAM YANG WAJIB DIPERANGI....

    BalasPadam