Ahad, 18 November 2012

Kapir jadi murtad pulak dah

Nik Aziz pernah mengkafirkan Umno seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin Pas zaman dahulu sekitar tahun 50an hingga kini, tetapi bila diasak oleh wartawan Nik Aziz menafikannya

Kini Nik Aziz melabelkan Umno murtad, apa bezanya dengan kafir yang disebutnya dahulu?

Umno dituduh menolak Islam, sedangkan nama Umno itu sendiri menggunakan tulisan yang diambil dari bahasa al-Quran.

Pas satu pun tak guna huruf Quran dan Pas juga adalah ringkasa nama parti dalam bahasa inggeris.

Bila Umno bina masjid sebagai tanggungjawab terhadap rakyat, Pas kata kerajaan Rusia pun bina masjid.

Umno tolak Islam? Pas simpan duit pun dalam bank islam yang ditubuhkan oleh Umno. Pas akan kata kerajaan England pun buat bank Islam.

Apa yang Umno buat semua tak betul, palsu dan sesat oleh Pas.

Pas parti islam hanya pada nama, amalan Pas adakah bercirikan Islam? Islam kah Pas sehingga sanggup bersekutu dengan yahudi dan majusi.

Islam kah Pas sekiranya menyokong LGBT dan kebebasan memilih agama untuk orang Melayu.

Dahulu sebelum PRU 12 Pas menggunakan isu agama Islam kononnya perlembagaan persekutuan ciptaan Umno tidak menjaga Islam. Anak-anak boleh memilih agama sendiri setelah berusia 18 tahun. Habis surau dan masjid Tok Guru Pas menjaja cerita bab agama kepada pengikutnya.

Mereka buat-buat lupa perkara utama dalam perkara pertama telah tercacat bahawa orang melayu hendaklah beragama Islam.

Yang ini tok guru Pas tak sebut. Tetapi bila Nurul Izzah terang-terang mahukan Orang Melayu bebas memilih agama Pas diam . Pas juga diam bila Nurul menuntut hak bagi LGBT. Pas pada mulanya cuba mempertikai kenyataan Nurul Izzah tetapi kini ternyata majlis ular dalam semak Pas tidak berani mengkritik Nurul Izzah kerana ia melibatkan YB Dr Mujahid Yusoff MP Parit Buntar.

Pas juga engan menghukum Nurul kerana menjaga hati Dap dan takut hilang undi kafir.
Paling teruk dan memalukan dalam Muktamar Pas di Kota Bharu wujud satu petugas yang dipanggil Bilal atau pelaung takebeer. Setiap kali perwakilan habis bercakap pelaung akan memekik "Takebeer".
Walaupun perwakilan tersebut menghentam dan mengkritik kepimpinan Pas.

Takebeer!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas semakin sesat dan menyesatkan

Bila umat Islam sedang dimurtadkan di DUMC, PAS kata JAIS diarah oleh UMNO serbu gereja & ganggu ibadat org lain. Bila Nurul Izzah kata umat islam patut diberi kebebasan pilih agama, PAS kata sebenarnya Nurul Izzah sedang berdakwah di gereja & kenyataannya diputarbelit UMNO. Ketika rakyat Palestin sedang dibunuh, PAS doakan kemusnahan sesama islam.



Presiden Pribumi Perkasa Malaysia
Dato Paduka Ibrahim Ali
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Noh Persoal Rancangan Jual Saham Worldwide RM150 Juta Kepada Syarikat Bukan Bumiputera

TANJONG KARANG, 17 Nov — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Beliau berkata dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual syer itu antara dua syarikat berkenaan.

Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

"Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).

"Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang," katanya dalam sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada syer itu akan dijual atau sebaliknya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Husam Musa : Pas wajib menang 60 kerusi Parlimen

Pas, yang mengadakan muktamar tahunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu menurut beliau, kemenangan yang paling mustahak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti berusia lebih enam dekad ini.

"Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.

"Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang," kata beliau ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-50 di Pengkalan Chepa.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pada PRU12 empat tahun lalu, Pas memberi fokus ke atas 40 kerusi, tetapi ketika itu 10 kerusi tersasar daripada mencapai sasar kerana faktor undi pos.

Menurut Husam, terdapat 11 kawasan Parlimen yang majoriti undi membabitkan tentera.

Husam yang juga Pengerusi Bersama Manifesto Pakatan Rakyat melontarkan pesanan supaya jangan terlalu ghairah ketika melangkah untuk mencapai kemenangan.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.

Katanya, setiap ahli parti perlu bertindak bagi mengolah Pas untuk menang dan mudah diterima semua pihak.

Oleh itu kata beliau, kunci kepada kejayaan itu ialah merakyatkan perjuangan dengan bekalannya "Negara Berkebajikan."

"Jangan terlalu hendak menang tanpa menyemak kedudukan kita sebenarnya. Pengkritik telah mengkritik kononnya kita telah meninggalkan perundangan Islam sehingga diperkenalkan pula konsep Negara Berkebajikan.

"Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al-Malik dan menerimalah apa yang ditentukan ALLAH," kata Husam.

Katanya: "Jangan dilihat kita terlalu gelojoh, jangan pula kita menunduk sehingga terhantuk. Kita hendak kaji apakah punca kita kalah sebelum ini dan bagaimana pula cara hendak menang."

"Selepas muktamar ini kita balik dan semak di kawasan masing-masing," kata Husam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cepat! Hari terakhir Job fair di PWTC

BN Youth Job Fair Bermula 16hb - 18hb Nov, 10am-8pm Di PWTC, KL. Ada Lebih 30,000 Peluang Perkerjaan Pelbagai Sektor Ditawarkan Dan Ada Sebanyak 350 Majikan. BN Youth Terus Membela Rakyat, Selesaikan Masalah Itu Amanah Dan Tanggungjawab Pemuda BN.({})

BN YOUTH WE WALK THE TALK
(Sharing Is Caring) :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas mahu tawan Putrajaya

Muktamar Pas mahukan Pas menjuarai pakatan haram. Perwakilan Pas mahu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim dan bukan Lim Kit Siang.

Pas sendiri mengakui bahawa calon mereka untuk peringkat negeri dan pusat ( parlimen) telah pun dikenal pasti. Maknanya Pas telah membuat ketetapan untuk bertanding 60 kerusi dan Dap 100 kerusi dan selebihnya 62 kerusi ialah milik PKR.

Menang semua 60 kerusi Pas kata mereka boleh lantik Hadi Awang jadi PM.

Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim nak letak tang mana?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi kata tak salah doakan kehancuran kepada kerajaan zalim

"K.O Umno, K.O BN" sambil menjerit kuat-kuat.

Begitulah doa terbaru yang terdapat dalam doa solat hajat Pas.

Hadi pula kata doa tersebut boleh untuk kerajaan zalim.

Pas hanya pandai sebut perkataan zalim tanpa sebarang definasi.

Zalim macam mana?

Adakah kerajaan BN melarang orang Pas bersolat di masjid yang dibina oleh kerajaan?

Adakah BN menghalang anak-anak Pas belajar di sekolah yang dibina oleh Umno?

Adakah anak-anak Pas dihalang daripada menjawat jawatan dalam kerajaan?

Adakah kerajaan pusat tidak menghulurkan bantuan kepada kerajaan negeri yang diperintah Pas?

Adakah orang Pas yang sakit tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital kerajaan?

Apa kah kerana Petronas tidak menunaikan tuntutan Royalti Minyak maka Kerajaan dianggap zalim?

Banyak lagi persoalan yang boleh ditujukan kepada Pas berkenaan istilah kerajaan zalim .

Cuma yang baghal pada Pas ialah bila kita sebut semua pembangunan dibuat oleh kerajaan Umno dan BN , Pas akan menyatakan duit kerajaan bukan duit Umno BN tetapi duit rakyat.

Bila kita sebut kerajaan membina masjid Pas akan kata kerajaan Siam pun bina masjid.

Bab duit pula, duit kerajaan ialah duit rakyat bukan duit Umno.

Kalau macam tu tak ada lah kezaliman Umno, kenapa sampai sanggup menyesatkan pengikut mazhab Pas sampai sanggup buat doa dan solat hajat sedemikian rupa.

Oleh itu kesimpulannya ialah Pas adalah ajaran sesat yang tidak boleh diikut. Imam Pas pun imam fasik dan tidak sah solat kalau berimamkan mereka ini.

Tidak hairanlah hari ini ramai anak-anak orang Pas yang jadi penagih dadah, bohsia dan sebagainya semuanya bala yang mereka terima akibat dosa yang mereka lakukan.

Pemimpin sesat, pengikutnya turut sesat juga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemuda PAS Sahkan Harakah Tersasar

Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan. Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang 'lolos' untuk menjadi sasaran kritik. Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan. Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya. Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR. Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh. Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan. Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS. Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini. Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat 'tersirat' iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu. Umum sedia maklum bahawa KJ merupakan orang kuat Anwar Ibrahim. Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

"Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar, disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang….."

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.

Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta. Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan. Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata. Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang. Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.