Selasa, 27 Disember 2011

Pertandingan Memancing Kelab Motor Selinsing Bagan Serai Perak


En Mohamad Noor Dawoo menyampai hadiah cabutan bertuah


Dato’ Zaili Cha menyampaikan hadiah pertandingan memancing


KELAB REKREASI SUKAN BERMOTOR SELINSING-KILAUAN BINTANG ,PEMENANG YANG MALANG DARIPADA 3000 PEMANCING

Dalam suasana mengisi masa cuti sambutan krismas , Ahli Kelab Rekreasi, Kelab Sukan Bermotor Selinsing yang mempunyai 500 ahli semuanya telah menganjurkan Pertandingan Memancing dan Anugerah Kilauan Bintang UPSR 2011 di Sungai Baru, Selinsing. Lebih kurang 3000 penduduk sekitar telah hadir mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Semasa perasmian, Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Perak) menyatakan” program ini cukup berjaya seolah-olah tahap peringkat negeri, apa yang penting program ini dapat menjalinkan silaturrahim dan salah satu alternatif aktiviti bagi penduduk-penduduk di sekitar DUN Selinsing.”

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi sehingga 9 pagi. Selepas perasmian pertandingan pada jam 9.30 sehingga jam 12.00 tengahari Upacara perasmian penutup disempurnakan oleh Y.Bhg.Dato’ Zaili Bin Cha Penyelaras Parlimen Bagan Serai.

Menurut YDP kelab tersebut, Mohamad Noor Bin Dawoo “Saya menganggap program tahunan kali kedua ini paling berjaya kerana 3000 kaki pancing telah mengambil bahagian dengan tawaran hadiah yang cukup lumayan serta cabutan sebuah motosikal”.

Pemenang tempat pertama Encik Shari Bin Shapie dengan tangkapan 690 gram ikan keli berjaya membawa pulang Rm1000.Manakala tangkapan pelik berjaya dimenangi bagi tangkapan katak dan kura-kura dengan mengondol hadiah baucer bermalam di Bukit Merah Laketown iaitu penginapan 2 hari satu malam serta sarapan percuma .

Bagi Anugerah Kilauan Bintang pula, Kelab Rekrasi Sukan Bermotor Selkinsing menanugerahkan pakej bernilai RM100 kepada 24 pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu di beberapa buah sekolah dalam DUN Selinsing. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Dato’ Allauddin Selinsing, SK.Kampug Dew. SK.Sungai Kepar, SK.Sri Pinang dan SK Sama Gagah

Manakala bagi cabutan bertuah dimenangi oleh En.Ahmad Bin Hj.Hasyim . “Saya sangat terkejut kerana Allah telah mengurniakan rezeki terpijak, Saya tidak akan menjual motorsikal ini walaupun saya tidak pandai menunggang nya dan tidak mempunyai lesen memandu pun.” Sebelum ini beliau hidup membujang dan beliau sangat suka membantu segala aktiviti yang telah dijalankan di kampungnya.”Beliau seorang pemenang yang malang” kata YDP Kelab tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan