Rabu, 1 Mei 2013

Calon Pas Larut Dato Fauzi akan dedahkan kenapa dia bertanding menentang kerajaan melalui Pas

Jumaat atau Sabtu ini, Dato Fauzi Shaari bekas pegawai tinggi polis akan mendedahkan satu kisah mengapa dia menyertai Pas dan menentang kerajaan.

Ia berkaitan dengan perjawatan beliau dalam kerajaan. Hari ini beliau telah dikesan mencetak risalah penting disebuah syarikat percetakan dan akan diedarkan sebaik sahaja risalah tersebut siap.

Ia akan merupakan satu senjata penting Pas untuk meraih simpati pengundi Parlimen Larut.

Kelmarin sewaktu Taipingmali berkunjung ke Batu Kurau, seorang penduduk telah menceritakan bagaiman angkuhnya isteri beliau bercakap dengan orang ramai dengan membahasakan dirinya Datin.

Batu Kurau bukan ketandusan Datin, Ramai orang kampung yang bergelar Datin tetapi bila berbual atau berbicara mereka membahasakan diri mereka sebagai saya atau kakak atau mak cik saja.

Bila isteri Fauzi menggunakan perkataan Datin ia mengejutkan penduduk Batu Kurau.

Apa pun tunggulah apa kah rahsia yang akan didedahkan beliau Jumaat nanti.

Serangan akhir ini merupakan agenda Pas seluruh negara dan ia merupakan fitnah yang besar akan dilakukan oleh Pas.

Taipingmali sudah biasa dengan serangan seperti ini dan tindakkan pantas akan mematahkan serangan jahat tersebut.

Pun begitu senjata akhir mereka sejak dahulu agak berjaya menipu pengundi dan memperdaya ahli-ahli Umno sendiri.

Sebagai contoh gambar Tun Mahathir bersama Perdana Menteri Jepun di Bali dalam sidang APEX. Pas mendedahkan gambar Tun bersama PM jepun yang sedang memegang gelas cocktail.

PRK P59 2009 calon BN Dato Ismail Saffian diaibkan dengan teknih photo shop bersama wanita Thai.

Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan