Khamis, 8 Disember 2011

BN desak jawatankuasa hisbah siasat ADUN Kelantan

Tidur lebih sampai lupa semua janji, orang yang mungkir janji ialah Mu********

Selasa November 20, 2007

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan didesak supaya segera menubuhkan satu jawatankuasa hisbah bagi memantau dan menyiasat penyelewengan yang mungkin dilakukan sama ada oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau kerajaan negeri.

Ketua pembangkang Datuk Seri Annuar Musa (BN-Kok Lanas) berkata bahawa sebaik sahaja membentuk kerajaan negeri pada 1990, PAS berjanji akan menubuhkan jawatankuasa itu yang turut berfungsi sebagai badan bagi mengawasi pemilikan harta yang diisytihar oleh anggota dewan.

"Tetapi, walaupun sudah 17 tahun memerintah Kelantan, PAS masih lagi gagal menunaikan janji itu," katanya pada persidangan dewan itu ketika berucap menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan perasmian Sultan Kelantan.

Annuar berkata beliau hairan kenapa sehingga sekarang PAS takut untuk menubuhkan jawatankuasa itu dan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya.

Beliau berkata penubuhan jawatakuasa itu sangat diperlukan agar setiap anggota dewan perlu mengisytiharkan harta pemilikan masing-masing.

Datuk Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) turut menyokong saranan Annuar itu kerana, katanya, ini akan membolehkan kerajaan negeri menyiasat dan membentangkan hasil siasatannya kepada dewan untuk dibahaskan.

Jawatankuasa itu, katanya, boleh menyiasat dakwaan termasuk oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini bahawa terdapat pihak tertentu cuba menyogoknya dengan wang berjuta ringgit untuk mendapatkan tender kawasan balak.

"Kalau perkara yang kecil PAS tidak boleh buat macam mana nak perintah Kelantan dengan baik dan bagaimana nak buat benda yang lebih besar," kata Mustapa, yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau berkata PAS sepatutnya mencontohi kerajaan pusat yang menubuhkan suruhanjaya penyiasat apabila timbul isu-isu besar bagi kepentingan negara. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan