Khamis, 1 Disember 2011

Benci tetapi ikuti ucapan Najib

Kebanyakan pemimpin Pas suruh pengikut depa boikot TV1 dan TV3. Utusan pun jangan baca tetapi itu semua cerita munapek Pas. Boleh dikatakan semua orang Pas akan mengikuti ucapan pembukan dan penutupan persidangan Umno.

TM tahu sangat perangai orang Pas. Ramai jiran-jiran ialah orang Pas. Sejak zaman Tun Mahathir lagi, setiap persidangan orang Pas akan tonton, pengarang Harakah Dato Mizi sudah tentu menonton dengan penuh teliti setiap baris, setiap ayat yang keluar daripada mulut Presiden.

Sama lah juga halnya dengan bajet atau perbentangan perbelanjaan negara setiap September atau Oktober, orang Paslah yang terngaga depan tv untuk mengikuti setiap hujah yang dilontarkan oleh menteri kewangan.

Hari ini sikap buruk dan sikap munapek Pas terserlah, mereka berbangga dengan perbuatan mereka. Lain kali kalau benci, ambil tv buang ke dalam sungai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan