Khamis, 1 Disember 2011

Pas Larut memancing undi kaum India dan mencela BN





Jangan bersikap munafik wahai Ustaz Mohd Akmal. Kalau kerajaan tak adil, kamu tidak akan hidup senang, emak bapa kamu pun makan gaji dengan kerajaan. Darah yang mengalir dalam tubuh kamu pun ada duit yang diperolehi daripada kerajaan.
Kalau nak memancing undi kaum India pun pancing lah, bagi lah beras, gula, kopi dan sebagainya tetapi jangan ambil kesempatan untuk menfitnah kerajaan.
54 tahun kaum India terbela di bawah kerajaan Barisan Nasional, kalau tidak ada BN siapa yang nak iktiraf mereka sebagai rakyat negara ini. Harap PAS nak bela kaum India dan Cina? Maaf lah. 
Dahulu Pas mengkritik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC kononnya Umno menerima kaum asing untuk menjadi rakyat negera ini. Pas mahukan semua kaum asing balik ke negara asal. Umno dituduh sebagai pengkhianat dan menjual negara.
Selama : Pengagihan hasil sumber Negara yang tidak adil menyebabkan rakyat tidak menikmatinya secara optimum, demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan  PAS Kawasan Larut, Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin ketika menyampaikan sumbangan kepada 66 orang fakir miskin dikalangan masyarakat India di Markaz PAS Kawasan Larut dekat sini, baru-baru ini.
“Pengagihan yang tidak terurus ini mengakibatkan semua rakyat Malaysia tidak menikmatinya secara optimum, ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala bebanan yang ditanggung oleh kerajaan”. Ujar beliau.
Sehubungan itu tegas beliau sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, pengagihan hasil bumi Malaysia ini akan diagihkan secara adil. Oleh itu beliau menyeru kepada kaum India agar membuat perubahan dengan memilih calon-calon Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.[ Pas Larut]

Pas memang kluk klek. Tuduh kerajaan zalim dan mengabaikan rakyat tetapi baru-baru ini orang Pas lah yang paling awal datang ke sekolah untuk mengambil wang bantuan RM 100 setiap murid, seorang ibu daripada penyokong kuat Pas datang sekolah dan sapu RM 600 untuk 6 anak dan RM 400 baucer buku teks yang bakal diterima dua anaknya di IPT. Bapa orang kuat Pas malu nak tunjuk muka takut orang kenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan