Khamis, 15 Disember 2011

Ketua Umno Cheras kena belajar cara-cara berkomunikasi yang baik

Berikut adalah petikan dari blog BroJinggo.

Seramai lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO telah hari ini menyerbu Pejabat Dato' Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras di pejabat beliau di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Dato' Sri Shahrizat Jalil dan keluarganya 'Biawak Hidup".

Pada mulanya, beliau menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan tersebut secepat mungkin menggunakan blog beliau umnobahagiancheras.blogspot.com.

Sepanjang pemerhatian TM. Ketua Bahagiaan ini kemaruk untuk menjadi Senator atau wakil rakyat. Akan tetapi sayang seribu kali sayang, beliau gagal mentadbir bahagian beliau dengan sempurna.

Terdapat beberapa kritikan dari jiran-jirannya mengenai masalah dalaman bahagian sendiri.

Ku Nan pernah menegur bahagian ini dalam satu sesi dialog dan SUK bahagian ada bersama dalam majlis itu.

Nak jadi Ketua Bahagian, cakap mesti baik, kena jaga hati orang. Jangan main lepas cakap seperti bloggers atau seperti pembangkang.

Cakap kena berhemah, lembut dan menyenangkan semua pihak. Nak kritik orang kaw-kaw kena cermin diri dahulu. Contohilah perdana menteri kita yang tak pernah mencela apalagi menghina orang lain.

Orang Melayu, kalau marah pun masih boleh berpantun. Cakapnya penuh berlapik.

Oleh itu boleh lah datok ketua bahagian pergi berkursus dengan Karam Singh Wallia bagaimana berkomunikasi secara positif dan efektif.

Kalau tidak samalah dengan David Nga Kor Ming. Tak kan orang Umno nak terikut-ikut seperti DAP , PKR dan PAS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan