Jumaat, 7 September 2012

Pengajaran dari dua remaja yang memijak gambar PM


















Insiden memijak dan menghina gambar Perdana Menteri boleh dikatakan selesai dalam tempoh kurang seminggu. Dua remaja telah berjaya ditahan oleh pihak polis, remaja lelaki pelajar IPTS ditahan di Cheras dan gadis cina telah menyerah diri di balai polis Johor Bahru. Kedua-dua remaja ini adalah berasal dari negeri Johor.

Ada beberapa pengajaran yang kita perolehi daripada insiden tersebut.

Ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang sayangkan pemimpin negara dan menurut polis, hampir 200 laporan telah dibuat oleh orang awam dalam tempoh 5 hari terhadap isu tindakan biadab peserta demo Janji Bersih pada malam merdeka.

Kedua ialah ia menunjukkan betapa rasisnya sikap Dap yang hanya membela gadis cina sewaktu beliau menyerah diri di Balai Polis Sentral Johor Bahru, gadis 19 tahun yang mengaku seorang model sambilan hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru ditemani pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez

Sikap rasis Dap yang hanya membela kaum Cina jelas dilihat dalam kes Muhamad Amar remaja dari Batu Pahat pelajar kolej IT di Hulu Selangor, tidak ada langsung kelibat pemimpin Dap untuk membela atau memberi sokongan moral seperti yang dilakukan mereka terhadap gadis cina tersebut. Bahkan tidak ada muka pemimpin Pas atau Pkr yang tampil memberi sokongan moral kepada Amar.

Ketiga ialah pengaruh negatif yang bersarang dalam jiwa kedua-dua remaja tersebut, kedua-duanya berusia 19 tahun dan dilahirkan pada 1993. Ia menunjukkan kedua-dua anak ini lahir di zaman kemewahan, zaman negara sedang bergerak maju menuju wawasan 2020, zaman IT dan juga mereka membesar di zaman reformasi anjuran Anwar Ibrahim yang bermula dari tahun 1998[ ketika itu remaja ini berusia 5 tahun, masih naive ].

Tahun 2010, kedua-dua remaja ini berada dalam alam persekolahan di tingkatan 5. Jadi sejak usia 5 tahun dan sehingga 19 tahun, remaja ini disogok dengan segala macam info yang memburuk-burukkan kerajaan dan puncaknya ialah mereka hilang pertimbangan dan sanggup bertindak diluar batasan.

Apakah faktor pengaruh kawan-kawan yang hanya seronok bersuka ria di malam ambang merdeka sehingga mereka lupa diri atau mereka sememangnya mempunyai niat untuk keluar pada malam itu kerana bencinya mereka terhadap pemerintah dan menunjukkan sokongan kepada pihak pembangkang.

Jika di dalam jiwa remaja ini tertanam satu kebencian terhadap kerajaan ianya bermula dari mana, dari tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah atau diperingkat IPT, atau melalui pembacaan mereka di alam cyber. Kesemua elemen ini boleh mempengaruhi minda kedua-dua remaja ini kerana dalam institusi tersebut terdapat ramai mereka yang anti kerajaan atau anti establisment.

Oleh itu wajarlah jika dikatakan dasar pendidikan sebelum ini dilihat gagal mendidik remaja atau lebih kerap disebut generasi Y. Hari ini satu dasar pendidikan baru sedang di peringkat pendengaran awam dan selepas ini satu dasar pendidikan baru akan mengambil tempat dalam membentuk semua generasi atau rakyat Malaysia.

Dasar baru hendaklah berpusat kan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan tetapi melahirkan seorang insan yang tahu bersyukur, tahu dan mengenal sejarah negara, tahu akan disiplin, nilai moral, akhlak yang baik dan lebih utama bebas diri dari pengaruh Syiah, komunis dan segala macam ancaman dalam bentuk baru hari ini termasuk LGBT dan sebagainya.

Tun Mahathir semasa pentadbirannya telah memperkenal kan pelbagai pendekatan untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai nilai-nilai yang baik tetapi semuanya telah digagalkan dan dirosakkan oleh pengkhianat negara yang bermula dari zaman Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, kini usaha mereka disambung oleh Tian Chua, Rafiz Ramli, Mat Sabu dan ramai lagi termasuk juga dari generasi Y seperti Adam Adli dari kumpulan mahasewel.

Kini wujud satu fenomena terbaru dimana anak-anak bangsa [Gen Y] tidak berminat untuk bekerja dengan kerajaan atau swasta sebagai bidang profesion mereka dalam dunia pekerjaan. Mereka dikesan lebih berminat untuk menyertai badan-badan NGO yang lebih berhaluan kiri atau anti-establishment.

Kita tahu bahawa NGO yang banyak di negara kita telah mendapat bantuan dan sokongan luar dan pendedahan telah dibuat satu ketika dahulu bahawa gaji dan upah yang tinggi menyebabkan mereka lebih berminat ke arah itu. Apa tidaknya, jika seorang graduan bekerja dengan kerajaan atau swasta mereka akan menerima kasih sekitar dua ribu ringgit sebulan tetapi dengan menyertai NGO mereka menerima gaji atau upah dua ribu dolar. Justeru demi wang dan kemewahan hidup mereka sanggup menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan