Jumaat, 7 September 2012

Bintulu Daif?

Kerana dua perkataan sahaja Nurul Syuhada Nurul Ain pengacara comel Majalah TV3 meletakkan jawatan.

Beliau kini bertudung dan telah berkahwin berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Ain dilihat bertanggung jawab dan sanggup melepaskan jawatan yang menjadi idaman setiap wanita yang berkelulusan Mass Com.

Bintulu satu ketika dahulu hanya sebuah bandar kecil yang dibina menggunakan kayu sahaja. Kini telah menjadi bandar moden dan bandar ini dahulunya dikenali sebagai bandar pembalakan kini menjadi bandar gas asli dan baja urea.

Ia menjadi pemangkin kepada kemajuan bandar ini, ramai orang luar telah berhijarah dan menetap di bandar ini. Perumahan yang dahulunya amat terhad kini berlebih-lebihan.

Harga rumah juga melambung tinggi dan kini sebuah teres berkembar boleh mencecah setengah juta ringgit dan tetap laris.

Bagaimanapun terdapat beberapa lokasi yang benar-benar daif, iaitu beberapa kawasan setinggan terutama yang berada dihujung bandar, rata-rata adalah penduduk Melayu dan bumiputra.

Kebanyakan rumah mereka memang daif, rumah lama yang banyak sudah buruk dan rosak tidak dibaiki tetapi terdapat pemiliknya sudah berpindah ke kawasan perumahan baru dan rumah disewakan kepada orang lain termasuk kepada pekerja asing.

Satu lagi yang menyakitkan mata ialah kawasan setinggan yang dibina oleh bekas buruh yang bekerja dengan projek pembangunan Tanjung Kidurung. Setelah selesai semua projek mereka masih menetap di dalam pondok-pondok buruk dan enggan berpindah walaupun ditawarkan tanah atau perkampungan tersusun kepada mereka.

Mereka kebanyakan adalah dari kumpulan etnik Iban yang datang dari daerah lain.

Cuma satu sahaja sikap penduduk yang kurang menyenangkan dimata pelancong. Sikap buruk itu ialah terdapat segelintir penduduk yang suka kencing dimerata-rata tempat. Amalan ini tidak berubah sejak tahun 70an lagi.

Sebuah bandar lain yang masih ada penduduk bersikap begini ialah di Miri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. BINTULU DAIF ??Saya tidak yakin dua perkataan tersebut yang MENYEBABKAN Nurul Syuhada Nurul Ain meletak jawatan.Baca dalam blog Beautifulnara.

    BalasPadam