Isnin, 25 Jun 2012

Rampasan Masjid Al Muttaqin oleh PAS dengan Konspirasi terancang bersama...

ARKIB : 22/06/2012 More Sharing Services 6 JAIS dan Pas dituduh bersekongkol rampas masjid Oleh BORHAN ABU SAMAH


KUALA LUMPUR 22 Jun - Sekumpulan penduduk Taman Equine, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pemimpin Pas telah melakukan konspirasi bagi merampas Masjid Al-Muttaqin Taman Equine.

Bekas Nazir Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Zainal Abidin Manaf berkata, ini adalah kerana jawatankuasa baru masjid berkenaan dilantik tanpa mesyuarat membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

“Lebih mengecewakan apabila mereka yang dilantik merupakan bukan penduduk kawasan ini dan sebahagian besar pula merupakan pemimpin sebuah parti," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di masjid berkenaan.

Sedangkan kata Zainal Abidin, beliau yang telah sembilan tahun memegang jawatan di masjid berkenaan, juga telah mengadakan mesyuarat serta melantik jawatankuasa baru dan senarai itu telah diserahkan kepada JAIS.

Bagaimanapun, katanya, JAIS tidak memberi sebarang jawapan kepada mereka, tetapi sebaliknya melantik jawatan kuasa baru yang hanya diumumkan di masjid itu hari ini.

Seorang pemimpin masyarakat, Nor Mohamad Zin Mohamad Naim pula berkata, beliau mempunyai bukti bahawa sebahagian besar jawatankuasa baru itu terdiri daripada pemimpin Pas dan mereka yang tidak bermoral kerana terlibat dengan perhimpunan haram Bersih.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sedang mengumpul tandatangan penduduk dan satu surat akan dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan pandangan penduduk berkenaan. “Kita akan akur apa juga keputusan yang dibuat oleh Sultan," ujar beliau. - UTUSAN

1 ulasan:

  1. ini isu jawatankuasa sebelum ni dah di cemari dengan fahaman wahaby.... bidaah sana bidaah sini..

    BalasPadam