Rabu, 21 Disember 2011

Datuk Dr Hassan Ali

Siapa tak kenal Dr Hasan Ali, seorang motivator yang sangat terkenal sebelum munculnya Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan lain-lain lagi. TM banyak kali dah menulis tentang Dr Hasan Ali.

Siapa musuh nombor 1dan pembunuh Dr Hasan Ali? Jawapannya ialah Anwar Ibrahim.

Ingat apabila Dr Hasan dah masuk Pas dan bersama Pakatan Rakyat segala dengki khianat Anwar terhadap Hasan Ali akan selesai begitu sahaja. Rupa-rupanya dendam Anwar tidak pernah berakhir. Samalah dengan dendam beliau terhadap Tun Dr Mahathir.

Jika sewaktu Dr Hasan menjadi motivator dan semasa membuka Summer Camp di Hulu Langat, Anwar telah menggunakan Pusat Islam [kini Jakim] untuk memerangi Dr Hasan. Anwar sanggup buat program sampai ke Langkawi semata-mata untuk membunuh Dr Hasan Ali.

Akhirnya satu Malaya, pemimpin-pemimpin masyarakat tidak lagi menjemput Dr Hasan Ali untuk hadir dalam ceramah dan majlis forum perdana. Anwar juga sabotaj kem motivasi melalui pejabat tanah dan galian Selangor.

Kasihan melihat Dr Hasan Ali ketika itu. Seperti biasa kejatuhan Dr Hasan adalah peluang yang baik buat PAS. Akhirnya Dr Hasan menyertai Pas dan beliau dijadikan ikon atau giant killer oleh Pas ketika itu.

Dr Hasan berjaya menjadi Ahli Parlimen Pas Parit Buntar dan selepas itu beliau ditendang ke Selangor untuk bertanding dibeberapa kawasan yang Pas tidak yakin menang, dengan meletakkan Dr Hasan Ali kerusi itu menjadi milik Pas.

Yang dikatakan sebagai bola ialah kerusi yang dimenangi oleh Dr Hasan Ali akan diambil alih oleh orang yang pure Pas.

Kali ini Dr Hasan Ali dilihat cukup tegas dengan Islam dan ini menjadi ancaman buat Pas dan Dap serta Anwar Ibrahim.

Otai Pas lebih sayang kepada Dap berbanding Dr Hasan Ali. Pas juga sayang kepada Anwar Ibrahim. Apa lah sangat yang ada pada Dr Hasan Ali. Pas perlu lebih sayang kepada Dap dan Anwar Ibrahim.


Pas terpaksa menolak Islam dan memilih politik dan dengan itu Dr Hasan Ali  yang terlalu Islam perlu diketepikan demi kelangsungan masa depan politik Pas. Hari ini Dr Hasan ditunjukkan jalan keluar dalam bahasa yang lembut dan halus.

Kelmarin kita lihat di tv, Khalid Gereja dan Dr Rani buat sidang media tetapi hanya setakat menegakkan benang basah dan cuba untuk menyelamatkan Dr Hasan. Hey ! Khalid dan Dr Rani. " Lu sapa mahu cakap fasal Dr Hasan Ali, siapa dulu yang makan garam dalam Pas ?" 

Akhir kata elok lah jika Datuk Dr Hasan Ali meninggal Pas kerana perjuangan Pas hari ini bukan lagi berkhiblatkan Islam. Pas hari ini sanggup berkawan dengan setan, sanggup menjual agama, sanggup menghina nabi, sanggup mempermainkan Quran dan Hadis, Pas sebenarnya adalah sesat  dan terkeluar daripada Islam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan