Isnin, 25 Jun 2012

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Selepas solat Jumaat petang tadi, eXception segera bergegas ke Taman Equine, Seri Kembangan dari Masjid Sultan Mizan, di Putrajaya.

Tujuan eXception ialah Masjid Al-Muttaqin, di mana satu sidang media diadakan oleh ahli kariah Masjid Al-Muttaqin bagi membantah campur tangan parti politik dalam jawatan kuasa masjid…

Ketika eXception tiba di sana, sidang media sudah pun bermula… eXception ambil kesempatan untuk mengambil beberapa gambar semasa sidang media berlangsung… Kelihatan wartawan TV3, Sinar Harian berada di sana… Wartawan lain eXception tidak dapat mengecam mereka, kerana eXception mengecam berdasarkan kenderaan media berkenaan.

Apa sebenarnya yang berlaku??

Sebenarnya Ahli Jawatan kuasa Masjid yang lama, telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu dalam parti kemudian, hari ini Masjid mereka ‘dirampas’. Ahli Jawatan kuasa Masjid yang baru dilantik tidak mengikut prosedur malah kalangan Ahli Jawatan kuasa Masjid baru bukan dari ahli kariah masjid tersebut. Mereka adalah dari ahli kariah luar yang di bawa masuk secara HARAM.
Tujuan sidang media ini dilakukan ialah untuk menerangkan kepada media tentang perkara sebenar yang berlaku di dalam masjid tersebut. Satu memorandum telah dibuat dan akan dihantar terus kepada Sultan Selangor nanti tanpa melalui mana-mana badan atau organisasi dalam Kerajaan Negeri Selangor hatta JAIS sekalipun…



Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar semasa sidang media sedang berlangsung…





 Surat Pelantikan Pegawai Masjid Dan Jawatan kuasa Kariah
Dokumen ini menyatakan ada ahli jawatan kuasa yang dilantik adalah dari luar kariah dan ada yang jarang kelihatan di masjid. Malah ada juga ahli jawatan kuasa yang dilantik tanpa persetujuannya dan membantah pelantikannya. Kebanyakan yang dilantik merupakan ahli PAS dan bukan dari kariah tersebut.









penglibatan Imam 1, Setiausaha, AJK masjid dalam Perhimpunan Bersih serta majlis anjuran PAS…


 ahli kariah yang hadir untuk turut membantah rampasan Masjid Al-Muttaqin…

 http://www.cywarputrajaya.com/ahli-kariah-mengamuk-masjid-dirampas-di-seri-kembangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan