Khamis, 22 Mac 2012

Jambatan Utama Kamunting rosak perlu tindakan segera



Gambar A
Gambar B
Minggu lepas sewaktu cuti persekolahan pertengahan semester pertama, jambatan yang bertanda bulat [ rujuk gambar A]  telah musnah sama sekali akibat hujan lebat dan pihak JKR telah menutup terus jambatan tersebut kepada semua jenis kenderaan berat atau pun ringan,

Jambatan tersebut adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan bandar Taiping dengan Batu Kurau dan taman-taman perumahan serta 3 buah sekolah.

3 buah sekolah ialah Sekolah Menengah Teknik Taiping, Sekolah Kebangsaan Bukit Jana dan Sekolah Menengah Bukit Jana. 

Sebagai langkah sementara pihak PBT telah membuat lencongan melalui taman perumahan yang mempunyai sebuah jambatan. Jambatan itu pula tidaklah segagah jambatan yang rosak. Jambatan tersebut telah dibina oleh pemaju projek perumahan untuk kenderaan ringan sahaja.

Sewaktu cuti sekolah selama seminggu ia tidak menampakkan masalah.  Kini setelah 3 hari persekolah TM menerima banyak rungutan dari penduduk sekitar yang berharap satu tindakan segera diambil oleh kerajaan.

Apa yang merisaukan penduduk ialah keselamatan kanak-kanak yang menunggang basikal ke sekolah kini terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya. Kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya ialah mereka yang menunggang basikal ke sekolah yang disebut di atas dan juga kanak-kanak yang berjalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Taman Jana yang tidak jauh dari laluan sementara.

Seperkara lagi ialah keadaan jambatan yang dibina oleh pemaju adalah tidak mampu menanggung kenderaan besar seperi bas dan lori. Sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini satu tindakan perlu segera dilakukan .

Cadangan TM ialah meminta pihak tentera membina jambatan sementara bagi menggantikan jambatan yang rosak sebelum pihak kerajaan membina jambatan yang baru.  Lencongan yang ada perlu ditutup kerana ia membahayakan.

Terdapat satu bulatan kecil yang dibina oleh pemaju kini sudah musnah oleh lori dan bas yang membuat pusingan di kawasan yang sempit.

Harapan TM ialah YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor menteri di Kementerian Kerja Raya dapat turun dan melihat keadaan ini segera dan berbuat sesuatu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan