Rabu, 30 Mei 2012

Negara Kebajikan Pas Kelantan

Kena buat sendiri
Dalam satu ceramah Nik Aziz pada tahun 1999 selepas berjaya merampas Kelantan penduduk kampung telah merayu supaya jalan kampung mereka diturap dan dibersihkan.

Selepas termenung seketika , Nik Aziz panggung kepala dan menjawab. Apa salahnya kita pakat ramai-ramai bergotong royong dan beri sedikit sumbangan amal jariah untuk membaiki jalan tersebut. Tak payah nak minta kerajaan buat semua, kita ada kudrat dan rezeki lebih baik kita buat sendiri, selagi orang menggunakan jalan raya selama itu lah kita dapat pahala.

Kini idea yang sama digunakan oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk membina lebuh raya baru 73km, selepas siap nanti, Pas mungkin akan letakkan beberapa petugas daripada Unit Amal untuk menjaga dan membaiki kerosakan jalan tersebut.

Stadium bola sepak yang baru Stadium Darul Husam juga dijangka siap sebulan lagi. Bulan puasa nanti stadium tersebut akan dijadikan tempat solat terawikh oleh Tok Guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan