Rabu, 30 Mei 2012

Lagi, ceramah Pas jadi kecoh

Ceramah Pas yang diadakan pada Isnin lepas di Taman Berkat Simpang Parlimen Bukit Gantang menjadi kecoh.

Penduduk taman marah dan tidak membenarkan kereta penyokong Pas yang masuk dan menghalang laluan penduduk keluar masuk.  Begitu lah setiap kali ceramah Pas diadakan, penyokong Pas datang dari jauh untuk menunjukkan  bahawa ceramah mereka berjaya.

Selain kereta menghalang laluan, penduduk taman juga marah kerana Pas menggunakan pembesar suara yang terlalu kuat dan ia mengganggu anak-anak kecil, orang tua yang sedang sakit.  Pas mungkin berbangga dengan ceramah mereka kerana dapat didengar dari jauh tetapi ia juga telah mengganggu keselesaan penduduk .

Sudah lah pembesar suara kuat dan dihalakan ke empat penjuru,  Penceramah Pas juga menjerit-jerit dan membingitkan telinga penduduk taman yang mahu berehat di malam hari selepas penat bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan