Rabu, 7 Mac 2012

Wartawan M'Kini menang Wartawan Online Terbaik





9:23AM Jul 5, 2011




Wartawan Malaysiakini, Aidila Razak menerima Anugerah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) bagi kategori Wartawan Online Terbaik.

Beliau menerima RM5,000 dan sebuah plak daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Malam Anugerah NPC-Naza 2011 di Kuala Lumpur, malam semalam.

Aidila , 27 menyertai Malaysiakini pada Oktober 2009 selepas tamat pengajiannya dari Univerisiti Queensland, Australia dalam bidang ekonomi dan kewartawanan.

"Saya berterima kasih atas penghormatan dinamakan sebagai wartawan online bagi tahun ini, lebih-lebih lagi ini tahun pertama anugerah itu diperkenalkan.

"Saya berharap bagi tahun-tahun mendatang, lebih ramai penyertaan akan diterima dan lebih banyak hasil usaha wartawan online akan diiktiraf, khususnya dalam tugas membekalkan kepelbagaian berita dan pendapat dalam lanskap berita Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, Aidila memakai baju hitam yang bermotif bunga serta sekuntum mawar kuning terselit di rambutnya sebagai tanda bantahan terhadap kekangan kebebasan bersuara berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

"Anugerah ini bukan sahaja pengiktirafan terhadap kerja-kerja Malaysiakini tetapi peringatan kepada kami untuk terus melaporkan dengan penuh tanggungjawab secara bebas dan jujur.

"Peranan Malaysiakini sebagai pertubuhan bebas kini semakin mencabar apabila rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai maklumat yang bercanggah mengenai perhimpunan 9 Julai,” katanya.

Pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan, yang hadir bersama berkata Aidila memang calon yang tepat bagi mendapat pengiktirafan itu.

Tanda protes

"Aidila menyertai Malaysiakini kurang dua tahun lalu. Beliau antara wartawan rookie kami yang bijak. Beliau menpunyai potensi untuk menjadi wartawan cemerlang dalam tahun-tahun akan datang,” katanya.

Menurut Gan, wartawan Malaysiakini yang menghadri majlis itu berpakaian tali leher dan bunga kuning sebagai tanpa protes senyap mereka tehadap tindakan kerajaan mengekang kebebasan media di negara ini.

Najib turut menyampaikan Anugerah NPC-Tan Sri Nasimuddin SM Amin 1Malaysia kepada pelumba basikal negara Azizulhasni Awang di atas sumbangan beliau terhadap sukan negara.

Anugerah Pencapaian Seumur Hidup NPC-TM diberikan kepada bekas Pengarang Berita Bernama, Musa Scully yang telah berkecimpung selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan dan 16 tahun dalam bidang perhubungan awam.

Khalidah Adibah Amin, 74, atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin menerima Anugerah Legenda Media NPC-AmBank.

Musa dan Adibah Amin masing-masing menerima RM10,000 dan plak.

Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai menerima Anugerah Personaliti Media NPC-Celcom sementara Presiden NPC, Datuk Ahiruddin Atan atau Rocky Bru menerima Anugerah Ikon Media NPC-Maxis.

Anugerah lain.

Wartawan The Star, Shahanaz Habib (Wartawan Terbaik NPC-SCOMI (RM10,000 dan plak)

Melissa Ong dari NTV7 (Wartawan Muda Terbaik NPC-Celcom) (RM5,000 dan plak)

www.paultan.org (Penulis Blok Terbaik NPC-Sime Darby (RM3,000 dan plak)

Apa yang menarik mengenai wanita ini ? Untuk jawapan sila masuk ke link di bawah

 http://mymassa.blogspot.com/2012/01/ini-ke-taraf-wartawan-terbaik.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan