Rabu, 7 Mac 2012

JAP gantikan JPAM dan RELA





Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian melahirkan rasa penghargaan yang sangat tinggi dari PAS Perak kepada seluruh anggota Jabatan Amal khususnya di Perak yang telah banyak membantu PAS Perak dari segala sudut.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta Ipoh.

Menurut beliau, PAS sangat menghargai Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana hari ini Jabatan Amal semakin mengorak langkah megah sebagai sebuah pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

“ Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela”

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan”

Malah ramai diantara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarbangsa”

Dalam ucapannya juga, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa ahli Jabatan Amal sebagai golongan yang sedia memberikan khidmat secara ikhlas kepada masyarakat tanpa ada apa-apa ganjaran menarik.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat setempat yang hadir agar turut serta dalam Jabatan Amal ini agar jabatan ini dapat diperkuatkan lagi fungsinya.



TM_NOTE;


Wah ! Hebat sungguh Pas hari ini, cuma nak tanya lah beberapa soalan, Jabatan Amal Pas ini pertubuhan yang sah atau haram? 


Kalau sah boleh tunjukkan sijil pendaftaran ROS dan ia merupakan satu unit beruniform maka ia tertakluk di bawah pengawasan KDN, bagaimana dengan JAP?


Kalau ia berselindung dalam Pas, adakah akta atau perlembagaan Pas membenarkannya? Harap PDRM dan KDN dapat menyiasat kedudukan Jabatan Amal Pas ini. Kita tidak mahu peristiwa Memali dan Jenalik berulang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan