Sabtu, 31 Mac 2012

#Bicararakyat: Anwar mengaji tinggi dalam bahasa Inggeris dan lulus sarjana Tesco.

Malam tadi dalam rancangan #Bicararakyat yang dihoskan oleh Sayed Munawar cukup menarik perhatian penonton.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Shamsul Iskandar, bakal Menteri KDN dan musuh ketat bagi boss Shamsul iaitu Zahid Mat Arip.

Kehadiran Dr Ridhuan Tee juga tidak kurang panasnya kerana beliau mempunyai cukup kekuatan untuk berhujah dan melontarkan pandangan yang cukup bernas sebagai seorang ilmuan Islam.

Rakan saya dari Nilai Negeri Sembilan bertanyakan apa komen TM mengenai hujah Shamsul sewaktu mematahkan cakap Zahid Mat Arip apabila mempertikaikan sokongan Anwar terhadap Yahudi atau Israel.

Shamsul pengampu Anwar mengatakan penggunaan ayat bahasa Inggeris Anwar Ibrahim terlalu tinggi dalam isu sokongan terhadap Israel.

Waduh! Waduh! Waduh!. Rasanya ratusan ribu rakyat Malaysia yang menonton malam tadi akan terperanjat dengan kata-kata Shamsul AMK.

Bahasa Inggeris mana ada ayat tinggi dan ayat rendah. Ayat yang Anwar guna ialah ayat standard sahaja, William Shakespeare pun bahasa dia mudah orang faham walaupun menggunakan ayat-ayat klasik apa tah lagi ayat Anwar yang hanya lulus Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

“All the world's a stage, And all the men and women merely players; They have their exits and their entrances; And one man in his time plays many parts, His acts being seven ages.” Ini ayat popular William Shakespeare, susah kaa nak faham?
Sungguh melucukan Si ketua AMK malam tadi, macam lah Anwar tu lulusan  TESL [teaching English as a second language].  Menurut rakan TM, kemungkinan Anwar lulusan TESCO dari Johns Hopkins University Amerika Syarikat.

Yang pasti malam tadi Shamsul pasti pakai lampin tebal sebab tu perut beliau nampak boroi bahagian bawah. Apa tidaknya Shamsul hanya gagah dan handal bila berceramah di pentas tanpa diganggu atau ada orang mencelah.

Kehadiran dua panel lain yang cukup hebat sudah tentu membuatkan Sham AMK terkencing.

Ini kerana beliau tidak matang bila mana diberi peluang muncul di media nasional, media milik kerajaan sudah memberi beliau peluang untuk bercakap tetapi beliau masih menafikan hak untuk bersuara. Nampak sangat serabutnya kepala otak tukang fitnah Anwar terkantoi malam tadi oleh Zahid Mat Arip.

Prof Dr Ridhuan Tee pun sempat mengambil peluang belasah Shamsul apabila membangkitkan isu Selangor negeri berkebajikan. Kata Shamsul, siapa nak beranak datang lah ke Selangor, nak mati datanglah Selangor.

Lalu Dr Tee menempelak beliau bahawa ibunya telah meninggal dunia sebulan yang lalu, tetapi tak tahu lah dah terima ke belum 2500 itu....Lagi sekali Shamsul terkencing dalam lampin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan