Isnin, 2 Januari 2012

Bakal Juara Kilauan Emas ialah Ustaz Azhar Idrus Rangge


bakal peserta maharaja lawak
Dalil Mengharamkan muzik:
  1. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam alat-alat muzik yang melalaikan.
  2. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif– lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.
  3. Daripada Abu’ Umamah, sabda Nabi SAW[ix]: “.... sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada sekalian alam. Allah SWT memerintahkan aku menghapuskan alat-alat muzik dan serunai. Oleh itu tidak harus membeli hamba-hamba wanita pemain alat-alat tersebut dan tidak harus menjual, mengajar dan meniagakan mereka. Begitu juga, harga mereka adalah haram.”
  4. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW[x]: Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.
  5. Dalil Aqli: Alat-alat tersebut menghiburkan dan melalaikan daripada zikrullah, solat dan membaca A-Qur’an. Di samping itu berlaku juga pembaziran wang dan masa. Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq dan maksiat. Islam melarang meniru cara hidup golongan-golongan ini. Kelazatan yang dihasilkan dengan mendengar alat-alat ini boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.
By: Yb Eli Wonggei

Tiada ulasan:

Catat Ulasan