Isnin, 5 Disember 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 terhebat

Media dihimpun dalam satu tempat yang luas dan selesa
Ini tahun-tahun yang lalu

Bekerja kuat untuk memastikan semua berjalan dengan baik

Orang kuat perhimpunan

Artis menjual produk beg tangan wanita
TM ingin tabek spring terutama kepada Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak, SU Umno Ku Nan , SUK Umno Dato Raof  dan lain-lain lagi. Tabik spring kerana berjaya mengadakan satu perhimpunan yang sangat kemas, hebat dan yang terbaik yang pernah TM hadir.

Satu ketika dahulu perhimpunan memang dibuat pada hujung tahun tetapi jadualnya bertukar kepada bulan-bulan September dan Oktober ada yang pernah awal dari itu. Ia sikit sebanyak mengganggu konsentrasi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Ini kerana pada ketika ibu bapa mereka sedang bersidang atau pun sebagai pemerhati anak-anak mereka sedang bertarung dengan peperiksaan besar seperti peperikasan akhir tahun, PMR dan sebagainya.

Di kampung-kampung juga ramai warga guru yang tidak senang duduk kerana tak dapat hadir ke perhimpunan ini, kepada guru-guru yang menjadi perwakilan pun tidak mempunyai masalah kerana boleh memohon cuti CTR.

 Penyertaan beberapa kementerian dalam membuat pameran dan info cukup baik, begitu juga dengan penyertaan beberapa syarikat besar yang mempamerkan produk mereka seperti Al Jabbar, Welly Bike, Next Bike, Proton, Naza yang membawa kereta dan motosikal seperti Harley, Vespa, Ducati berjaya memeriahkan lagi suasana perhimpunan kali ini.

Tahun hadapan harap-harap dapat pula menjemput produk Radix, HPA, Jus Tok Guru yang berkait dengan Pas agar dapat hadir membuat promosi mereka. Ada berani?

Paling menarik apabila media dihimpunkan dalam satu kawasan yang besar dan disediakan bilik sidang media[PC] yang bersebalahan dengan laman media, ini cukup A+.  Cuma sikit kurang ialah gerai makanan tidak mencukupi. Kalau dapat buat seperti KLIM 2010 kira cukup baik lah.

Ruang perniagaan pun cukup hebat, mengalahkan pameran PC Fair. cuma ramai tercari-cari di mana gerai urut kaki oleh persatuan orang buta, harap tahun depan urut kaki ada balik lah.

Itu bab luar dewan perhimpunan, bab dalam dewan nanti cerita kemudian.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan