Isnin, 5 Disember 2011

NFC dalam PAU.


Bung Mokhtar ahli Umno dan ahli parlimen Kinabatangan tidak berada dalam pemikiran yang waras kerana mendesak Ketua Wanita Umno YB Dato Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat kononnya memberi kerosakan kepada Umno.  [ rujuk di sini][1]

Bung dua kali menghentak Shahrizat, pertama kali dalam dewan rakyat dan kedua ialah dalam PAU.

Apa masalah Bung yang sebenarnya?

Kita semua tahu bahawa Bung 52 telah mencetuskan masalah kepada Umno kerana berkahwin dengan pelakon putih gebu Zizie Ezeety dengan cara yang salah iaitu tidak mendapat izin daripada isteri pertamanya.

Oleh itu Bung dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh mahkamah tinggi syariah Shah Alam tetapi berjaya dalam rayuan dan dikenakan denda RM 1000 sebagai sahaja.

Walaupun benar Bung telah mencalarkan imej Umno tetapi tiada siapa pun yang mendesak beliu melepaskan jawatan Umno.

Bung kerap memalukan Umno dalam dewan rakyat kerana selalu menjampuk atau mencelah hujah orang lain dengan ayat-ayat yang tak sesuai dan tidak mencerminkan kewarasan seorang wakil rakyat Umno.

Berbalik kepada isu NFC[2], Bung sebagai ahli MT Umno sepatutnya membela dan mempertahankan Shahrizat daripada menjadi bahan kutukan pembangkang. Nampaknya seburuk-buruk Khairy Jamaluddin pun beliau telah membela Ketua Wanita tersebut daripada fitnah jahat Ketua Wanita Pkr dan Si Tenggang Rafizi Ramli.  Barulah sepadan dengan slogan Umno iaitu,  Bersatu - Bersetia - Berkhidmat.

TM memuji perwakilan persidangan wanita yang sebulat suara mempertahankan ketua mereka daripada dijadi bahan tohmahan oleh pembangkang, cuma agak terkilan juga terdapat segelintir perwakilan yang mempersoalkan isu lembu dan berbunyi macam lembu dalam PAU. Ini amat melakukan, agaknya lah mereka ini lah tali barut yang menyebabkan Umno kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu.

Kepada Kak Jat pula, perkukuhkan wanita dan serang wanita Pkr terutama Mak Lampir yang seperti cacing kepanasan kerana tidakan saman terhadap beliau berada di peringkat akhir.

NFC[3] bukanlah dapat duit terpijak yang tak perlu dibayar balik. Nilai pinjaman RM250 juta adalah untuk projek pemakanan negara selama 30 tahun dan ini projek yang bercirikan Islam.  Seluruh umat Islam di Malaysia akan menanggung dosa sekiranya tidak mampu menceburi diri dalam industri  ini.

Sekarang apabila ada syarikat Melayu Islam yang menjalankan perniagaan yang besar, maka kita yang mengaku Islam hendak menjatuhkannya. Rafizi dan Mak Lampir walaupun bukan Yahudi dan Zionis tetapi tindakan mereka menunjukkan mereka lebih teruk daripada Yahudi dan Nasrani.

Industri daging negara melibatkan jumlah RM 700 juta setahun dan kebanyakan dikuasai oleh bukan Melayu. Dengan wujudnya NFC seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam harus bersyukur kerana kita dapat daging yang benar-benar halal dari segi penyeliaan, penyembelihan sehinggalah kepada pemasarannya.

Jumaat ini difahamkan hampir 2 ribu ekor lembu baru akan dibawa masuk dari luar negara untuk pasaran tahun hadapan.

Menjatuhkan NFC bererti meruntuhkan ekonomi Islam dan hukumnya berdosa, Rafizi dan Mak Lampir tak kan lah tak belajar bab-bab hukum Islam atau lebih tepat lagi tentang muamalat Islam.

Feedlot bukan projek yang dimonopoli oleh NFC sahaja. terdapat beberapa penternak Malayu yang lain yang turut serta dalam projek daging ini. Kalau Rafizi dan Mak Lampir ingin menceburi bidang ini pun boleh, pergilah buat permohonan dengan Jabatan Pertanian mesti dapat punya. Silap hari bulan bukan RM 250 juta dapat tetapi mungkin RM 500 juta jika kena dengan kertas projek mereka.

bersambung.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan