Sabtu, 6 Julai 2013

Malaysian Insider bohong lagi

Kenyataan dalam akhbar dalam talian The Malaysian Insider melalui tulisan wartawannya Mohd Idzwan bertaikh 1 July 2013 yang bertajuk "PETUGAS SPR DAPAT BONUS RM200 JUTA, KATA MENTERI adalah berunsurkan fitnah yang menjejaskan nama Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkataan "BONUS" adalah suatu fitnah yang sangat memalukan kerana ianya difahami umum sebagai langkah mempengaruhi SPR untuk kerja-kerja pilihanraya umum ke-13 yang lepas. Jawapan bertulis yang diberikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebenarnya adalah ELAUN sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu melicinkan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. RM200 juta adalah elaun kepada 240,000 petugas dan pekerja SPR.

Laporan awal The Malaysian Insider yang mengatakan ia bonus adalah tidak benar. Ia hanyalah elaun.

Dalam jawapan bertulis itu tiada perkataan bonus, beliau hanya menulis sebagai bayaran perkhidmatan dan saguhati.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/
article/petugas-spr-dapat-bonus-rm200-juta-kata-menteri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan