Rabu, 19 Disember 2012

Datuk Tinggal Nota Sebelum Gantung Diri   

SHAH ALAM: "Maafkan saya kerana tidak dapat menjaga cucu."

Itu antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki sebelum mayatnya ditemui tergantung di dalam bilik air rumahnya di Taman Alam Megah, Seksyen 28, di sini, pagi semalam.

Mayat Law Choon Hock, 56, ditemui kawan sekerjanya jam 10 pagi selepas cubaan rakannya itu menghubungi mangsa gagal semalam.

Difahamkan, selepas gagal menghubungi mangsa, rakannya ke rumah mangsa, namun terkejut melihat asap keluar dari tingkap rumah mangsa ketika dia cuba menjenguknya sebelum menghubungi polis dan bomba.

Anggota bomba memotong kunci mangga selain memecahkan pintu depan rumah mangsa. Apabila diperiksa, asap berkenaan didapati berpunca daripada colok dibakar untuk upacara sembahyang kaum Cina.

- Harian Metro
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan