Selasa, 25 Disember 2012

Dato Fauzi mula berkempen di Larut

Menurut orang kampung Dato Fauzi Shaari di Batu Kurau memaklumkan Dato Fauzi sudah kerap balik ke Larut untuk berkempen kerusi Parlimen.

Bagaimanapun ramai yang mempertikaikan kedudukannya sebagai pesara pegawai tinggi kerajaan yang belot dan tidak bersyukur dengan apa yang beliau perolehi sekarang sehingga sanggup menentang kerajaan melalui penyertaannya dalam Pas.

Kata mereka dahulu balik kampung sesekali, lebih menyedihkan ialah beliau tak tidur di kampung dan lebih selesa menginap di hotel di Taiping yang jaraknya lebih 30km dari kampungnya.

Mereka juga mempertikaikan sumber kewangan untuk kempen beliau dan cara belia menabur wang untuk meraih simpati.

Kata mereka " sekarang tabur duit, lepas tu kalau kalah, hilang tak nampak muka, kalau menang pun sama juga, bukan nak jaga rakyat, dia akan jaga perut dia sahaja dan untuk menambah kekayaan dia sahaja, sama macam pemimpin Pas yang lain".

"Untuk menang memang susah, sebab orang Larut mahukan orang yang mudah didekati bukan yang suka memencilkan diri macam beliau, sekarang baru nak tunjuk muka, baik tak payah" kata orang kampung beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

  1. Kalau keluar PAS, jatuh talak tiga Datin tu...

    BalasPadam
  2. baru2 ni heboh dia menyesal masuk pas sbb kena baiah cerai isteri..ni ckp dia mula kempen...confuse sudah baca blog psl politik ni, mana satu yang betul...dia menyesalkah atau dia mula kempen untuk bertandingkah?

    BalasPadam