Ahad, 14 Oktober 2012

Teluk Batik perlu pamantauan MDM

Pantai Teluk Batik merupakan salah satu destinasi tarikan pelancongan yang sangat popular di Perak.

Setiap hujung minggu dan cuti umum ribuan pelancong datang dari jauh dan dekat berkelah sambil mandi laut.

Segala kemudahan seperti chalet, gerai, tandas , parking disediakan oleh MDM.

Setiap kenderaan yang masuk dikenakan bayaran oleh MDM. Bas RM 3, kereta RM 1 dan motosikal 50 sen.

Seorang peniaga yang tidak mahu dikenali memaklumkan masalah yang dihadapi oleh mereka ialah kehadiran peniaga haram yang masuk seawal pagi dan memasang payung pada kenderaan mereka untuk menjaja. Ia menjejaskan pendapatan penyewa dan mereka yang memiliki gerai.

Biasanya mereka datang pada hari Ahad dan cuti umum, ada yang datang dari Bagan Datuk semata-mata untuk berniaga di sepanjang pantai.

Masalah lain ialah kutipan sampah yang tidak mengikut jadual. Kutipan sampah diuruskan oleh syarikat swasta.

Selain sampah masalah lain ialah longkang dan perparitan yang sentiasa berbau kerana sudah lama tidak dicuci oleh pihak kontraktor.

Menurut peniaga ini, pelancong yang datang ke sini tidak sehebat di Cameron Highland.
Di sana walaupun jalannya sesak setiap hujung minggu ia tidak menghalang orang ramai berkunjung ke sana.

Beliau juga mempunyai kedai makan di sana dan berkata kerajaan negeri perlu memikirkan sesuatu untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan