Isnin, 3 September 2012

Maksiat Malam Janji Bersih







Selama ini, pemimpim pembangkang terutama sekali PAS acapkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi.

Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS.

Walhal dalam program termasuk ramai anak gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran.

Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada sesetengahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakkan punggung berisi.

Agaknya, dalam program malam hari yang melibatkan campur gaul lelaki dan wanita tidak menjadi haram dan tidak dianggap sebagai maksiat selagi ianya membabitkan PAS atau sekutunya. Halal untuk mereka tapi haram pula untuk orang lain. Double standard.

6 ulasan:

  1. kadangkala manusia sibuk mencerca org lain... tp mereka lupa... satu tgn muniding ke arah org, satu je yg dituju kpd org... empat lg hala ke diri semula... insaf n taubat la selagi masih ada masa...

    BalasPadam
  2. ko ni betul la blogger bodoh yang mengampu kerajaan BN yang sgt fakap tu...bkan ke Bersih ni di anjurkan BN??? xde fakta yang betul & berisi langsung la post lu la bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa pasal plk bersih BN yNG ANJUR....???kau nie xrety bahasa ka....???aduhai lengkai sguhh kau nie yeee....

      Padam
    2. budak ni keliru ni..tak reti berpolitik tapi gatal jugak nak main politik... dia keliru dgn sambutan malam merdeka dgn aktiviti kacau daun malam janji bersih.. ..otak dia jadi biul

      Padam
  3. apa nak dihairankan ..adunan parti tiada moral /akhlak, parti anti islam/melayu dan parti mempersendakan agama.. habis hancur lebur anak -anak muda ...

    BalasPadam