Selasa, 25 September 2012

Demi Rakyat : BN akan beli tanah 'PANAS' di Pulau Pinang

kawasan hijau bernilai RM 24 juta



GEORGE TOWN, 24 Sept — Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan surat rasmi pembelian tanah Taman Manggis pada minggu ini.

Gabungan parti tersebut akan membayar RM24 juta untuk tanah yang diselubungi kontroversi beberapa bulan ini.

Ketua pemuda BN Tanjung H’ng Khoon Leng berkata BN kini di peringkat terakhir untuk menubuhkan syarikat, Taman Manggis Phase 2 Development, untuk membeli tanah tersebut.

Kami kini sedang melantik lembaga pengarah untuk syarikat dan apabila semuanya sudah dilakukan, kami akan menghantar surat rasmi untuk membeli tanah tersebut,” katanya lagi.

H’ng berkata surat rasmi pembelian tanah tersebut akan mempunyai syarat di mana kerajaan negeri harus menunaikannya sebelum mereka membayar RM24 juta untuk 0.4 hektar tanah.

Tanah di Taman Manggis itu menjadi pertikaian di antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan BN negeri, terutamanya dengan parti komponennya, Gerakan, yang menuduh tanah tersebut dijual di bawah harga pasaran kepada Kuala Lumpur International Dental Centre.

Kuala Lumpur International Dental Centre telah mendapat tender tersebut untuk membeli tanah dengan harga RM232 per kaki persegi dengan harga RM11 juta.

Sehingga hari ini, pembeli tanah tersebut masih belum mendapat permit untuk membina pusat perubatan pakar swasta jadi pemilik tanah tersebut masih belum ditukar namanya lagi, menyebabkan kerajaan negeri boleh menjual tanah tersebut kepada pembeli yang lain.

Ketua pemuda BN Pulau Pinang Oh Tong Keong hari ini berkata, terdapat keraguan tentang penjualan tanah tersebut, dan menuduh kerajaan negeri dan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima rasuah.

Dia turut mendakwa tanah di Taman Manggis untuk fasa kedua tersebut seharusnya untuk pembangunan projek rumah rakyat termiskin.

Kerajaan sebelumnya yang diperintah BN, telah membina blok setinggi 18 tingkat rumah pangsa di tepi tanah 0.4 hektar di bawah fasa satu projek tersebut.

Beliau juga berkata tanah tersebut boleh dijual dengan harga RM450 per kaki persegi daripada RM232 per kaki persegi.

Lim telah merespon seterusnya menawarkan tanah tersebut dijual kepada BN dengan harga RM24 juta minggu ini, dengan menghantar surat tersebut kepada Pemuda BN Pulau Pinang.

Pemuda BN negeri juga mempertikai akan hubungan antara pembida yang berjaya mendapatkan tanah dan Lim yang kini menetap di kediaman yang disewa di banglo mewah di Pinhorn Road.

Dalam isu yang berkaitan, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng berkata beliau akan menunjukkan salinan asal dan surat persetujuan pembelian untuk kondomonium mewah yang beliau beli di Gurney Drive apabila isu Taman Manggis selesai.

“Isu Taman Manggis adalah isu orang ramai, dan saya mewakili ayah saya untuk memastikan tanah tersebut dijual kepada BN untuk dibangunkan untuk perumahan mampu milik sebelum saya akan menunjuk surat persetujuan S & P untuk kondomonium ayah saya,” katanya.

Tan adalah anak kepada bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang Datuk Tan Gim Hwa.

Setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik telah mempertikai pemilikan unit kondomonium Gim Hwa di Silverton dan bertanya berapa harga yang dibeli.

Tan berkata beliau tidak mewakili BN, tetapi bercakap mewakili ayahnya.

“Bila tanah di Taman Manggis dijual kepada BN, saya akan mengadakan sidang media dan menjemput Ng supaya beliau sendiri melihat perjanjian S & P untuk kondomonium tersebut,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan