Rabu, 26 September 2012

Azalina londeh seluar Salahuddin Ayub

Kalau jadi ahli syurga, mulut kenalah jaga, jangan jadi pembohong dan adu domba. Cakap jangan munafik. Apa nak jadi dengan Pas ni, bercita-cita nak jadi MB Johor tetapi cakap serupa longkang. Baca cerita dia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan penubuhan MANTAP, sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat akan bertanggungjawab menangani isu pengambil alihan tanah di Pengerang ekoran projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Jelas ahli Parlimen Kubang Kerian (gambar) ini lagi, MANTAP akan  mengambil peranan pada ketika ini bagi memastikan pembangunan yang ingin di bawa tidak menjejaskan kepentingan penduduk.
“Kepentingan penduduk menjadi kepentingan kami ... kami tidak menolak projek tersebut, namun hanya ingin memastikan penduduk setempat mendapat pampasan setimpal dengan nilai tanah mereka.”
“Kami menyokong penuh pembangunan, namun apa yang MANTAP perjuangkan adalah isu pengambilan tanah,” katanya lagi.
Jelas Salahuddin, pihaknya difahamkan, penduduk ditawarkan nilai RM2.80 sekaki persegi untuk tanah penduduk yang diambil berikutan projek tersebut.
“Saya difahamkan tanah di kawasan Pengerang yang diambil hanya dibayar pampasan RM2.80 sekaki persegi ... jika ada satu ekar, penduduk hanya menerima RM80,000.
“Sudahlah penduduk hilang tanah, kampung juga hilang, pampasan pula tidak setimpal, rumah yang disediakan kerajaan juga perlu dibeli.
“MANTAP akan memperjuangkan harga pampasan tanah yang diberikan akan dapat menjamin masa depan penduduk,” tambahnya lagi merujuk kepada 10 kampung tradisi yang bakal dipindahkan daripada lokasi mereka sekarang ekoran projek tersebut.
Salahuddin turut menegaskan, walaupun terdapat segelintir penduduk yang menerima pengambil alihan tanah tersebut, masih ada yang tidak bersetuju tanah mereka dirampas.
“Menteri Besar Johor (Datuk Abdul Ghani Othman) cuba pencilkan isu ini daripada menjadi isu nasional.
“Kami akan bawa isu ini untuk dibahaskan dalam perbajasan bajet, malah akan bawa ke peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Salahuddin juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan 15,000 hingga 20,000 ahlinya akan menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang dijadualkan 30 September, Ahad ini di Dataran Sungai Rengit.
Himpunan anjuran NGO Pengerang dengan kerjasama Himpunan Hijau itu melontarkan tiga perkara utama yang menjadi tumpuan mereka, antaranya isu pengambilalihan tanah, kehilangan sumber pendapatan, dan kesan projek tersebut terhadap alam sekitar.

Setelah kita baca cerita munafik mari bacan cerita yang sebenarnya.




Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman hari ini membidas kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengatakan nilai pampasan terhadap pengambilan tanah penduduk kampung di Pengerang hanya bernilai RM2.80, sedangkan harga sebenar adalah RM8 sekaki persegi.

Ketua Umno Bahagian Pengerang itu juga turut membidas kenyataan NGO dari Pengerang yang mengatakan kawasan pembangunan projek Komples Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) akan memberikan kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan sumber mata pencarian ekonomi penduduk.

“Itu semua dakwaan rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan utama, sedangkan kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah tersebut. “Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan adalah RM8 sekaki persegi,” tegas Azalina ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan taklimat Johor Petroleum Developement Corporation (JPDC), fasa pertama untuk pemindahan penduduk di 10 kampung tradisi di Pengerang telah menyasikan 179 borang H diserahkan tanpa sebarang bantahan.

“Fasa pertama dah panggil sebanyak 179 borang H, daripada jumlah itu, 70 menerima tanpa bantahan, dan 109 menerima dengan syarat.

“Tiada yang menolak,” tegas Azalina membidas Salahuddin yang mengatakan ada penduduk yang menolak pengambilan tanah tersebut.

Jelasnya lagi, lokasi kampung itu dipilih kerana ia merupakan laluan utama kapal-kapal dagang yang menggunakan laluan itu untuk ke China.

“Ia kawasan laluan beratus kapal dagang, perkara ini sudah 10 hingga 15 tahun berlaku. Bercakap tentang pencemaran, kawasan itu bukan tumpuan pelancongan.

“Kawasan pelancongan di sebelah bahagian Desaru dan Sebana,” katanya lagi dan menyelar Salahuddin yang dakwanya menggunakan isu Pengerang semata-mata kepentingan politik dan pilihan raya.

Justeru, beliau turut mempersoalkan keihklasan pembangkang kerana sengaja menganjurkan perhimpunan pada Ahad depan untuk tujuan politik.

“Di mana keikhlasan pembangkang? Himpunan ini berbaur politik dan tidak ikhlas. Apa guna buat himpunan kalau ia banyak orang luar, dan pengundi saya belum tentu hadir.”

Sehubungan itu juga, Azalina turut mencabar Salahuddin untuk berdebat berhubung isu itu.

“Saya cabar Salahuddin Ayub berdebat pasal isu ini di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, sebelum pilihan raya ini,” tegasnya.

Kesimpulannya Salahuddin hanyalah boneka Dap agar orang Melayu memangkah calon Dap di Johor terutamanya pengundi cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan