Sabtu, 4 Ogos 2012

Iftar bersama Majlis Guru Besar LMS Perak.

Taiping 3 Ogos- Bertempat di Hotel Taiping Perdana, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak merangkap Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi BN Taiping Y. Bhg Dato Hj Muhammad Shalimin Hj Shafiee telah menganjurkan majlis iftar untuk Majlis Guru Besar Larut, Matang dan Selama Perak.

Dalam ucapan ringkas Dato Shalimin, beliau menyentuh tentang sindrom lepas tangan di kalangan orang Melayu terhadap pendidikan dan sekolah. Orang Melayu menganggap apabila kerajaan menghapuskan sebahagian daripada yuran sekolah, bermakna segala-galanya adalah percuma.

Delima yang timbul di sekolah kebangsaan hari ini ialah kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti murid.

Apabila pihak sekolah memohon sedikit sumber kewangan daripada ibu bapa maka mereka mendiamkan diri dan enggan membantu kerana pada minda mereka segala-galanya adalah percuma.

Ia berbeza dengan sekolah cina, ibubapa sekolah Cina sangat komited dan bersedia menghulurkan wang ringgit asalkan ia untuk kepentingan anak-anak mereka dalam menjayakan aktiviti persekolahan. Mereka sanggup bergolok bergadai kerana bagi mereka pendidikan dan sekolah berjaya mengubah nasib bangsa mereka.

Dato Shalimin juga berkata, ibu bapa hari ini sanggup berbelanja besar kepada benda-benda lain seperti rokok, makan di restoran KFC dan sebagainya tetapi berat untuk menghulurkan RM 30 atau RM 50 kepada sekolah untuk faedah anak-anak mereka.

Di sebuah sekolah di Selangor, pihak PIBG telah mengenakan derma PIBG sebanyak RM 50 satu keluarga, dan ia menjadi bantahan ibubapa sehingga isu itu keluar dalam TV3.

Di sebuah sekolah Cina di Taiping, pernah diadakan program jamuan makan malam untuk mengutip dana sekolah dan pihak sekolah berjaya menjual 1500 buah meja dan paling minima sebuah keluarga menyumbangkan minima RM 150.

Inilah yang patut dicontohi oleh Melayu dan sekiranya masih enggan ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita.

Janganlah berharapkan segala-gala percuma dan melepaskan tanggung jawab kepada kerajaan dan sekolah.

Kata YDP Majlis Guru Besar, En Habib Alipitchay, jika kita tidak berusaha keras dalam membantu anak-anak kita beliau risau satu hari nanti anak-anak kita masih ditakok lama dan gagal dalam persaingan untuk cemerlang dalam pendidikan dan gagal berbanding kaum lain.

Shalimin juga dalam penutup ucapannya telah menyumbang sebanyak RM 5000 untuk majlis guru besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










1 ulasan:

  1. Orang melayu sebenarnya lebih pemurah untuk menderma apalagi bersedakah.
    Tengoknya contohnya apabila ada yang sanggup mmakai tudung labuh mengemis kerana mereka tahu bangsa Melayu islam cukup pemurahhinggaka Kalimah Allahpun sanggup ditandaskan dan agama Allah sendiri dipersendakan.
    Bukan orang melayu tidak mampu tetapi pemikiran orang melayu adalah lebih menjerumus dalam istilah gotong-royong atau kerjasama yang memang telah menjadi adat dan ia telah hilang ditelan arus zaman.
    Bukan orang melayu tidak mampu tetapi orang melayu meluat dgn karenah pegawai2 Pelajaran yang terdiri dari orang melayu sendiri yang terlebih kuah dari sudu.
    Dari peringkat pengarah,PPD,Pengetua,GB semuanya jerung besar yang berjuang menjahanamkan bangsa melayu.
    Semakin banyak KPM memberi kuasa kepada mereka semakin besar cita2 mereka.
    Penindasan2 berlaku dalam pentadbiran terutama PPD,Pengetua dan GB apabila mereka tidak menyukai sesuatu atau arahan yang dikeluarkan tidak terlaksana maka guru akan menjadi mangsa.
    Tender2 KPM hanya untuk keroni.
    Kita tengoklah apa akan beraku selepas ini apabila KPM memberi kuasa penuh pada PPD untuk menjalankan aktiviti menukarkan mana2 pegawai sesuka hati mereka.
    tunggu dan lihat apa yang akan mereka buat.
    Belum berkuasapun sudah mula menunjuk kuasa.
    KPM jadi tunggul makan taik PPD.
    Rayuan guru tak diendahkan.
    Anak bini terpisah gara2 perbuatan PPD celaka.
    HarghhhhPtuihhhhhhhhh.
    Itu yang membuat orang bosan dgn pegawai2Pelajaran diMalaysia.
    Lebih gaya dari kerja.
    Otak sebesar kacang hijau nak mengaku bijak.

    BalasPadam