Tahniah kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kerana bertindak terhadap premis menjual makan yang meletakkan berbelas-belas atau berpuluh-puluh meja kerusi di atas jalan.
Ini mesej yang diterima dari seorang rakan jam 9.20 malam tadi
First time d tpg lihat mpt buat operasi angkut meja kedai mamak.
Tahniah MPT. Sebelum ini kerajaan negeri Perak telah melarang lori 22 tayar daripada mengangkut keluar pasir dari Perak.
Tindakan kerajaan negeri adalah berpunca aduan orang awam yang kurang selesa mihat 800 lori keluar masuk kampung setiap hari.
Dalam kes meja kerusi kedai kopi yang bersepah diatas jalan boleh dikatakan perkara biasa. Harap penguat kuasa dapat membuat rondaan keseluruh kawasan kawasan perumahan yang terdapat banyak premis menjual makanan.
Seperkara lagi ialah masalah gerai-gerai haram yang membuka perniagaan mereka di atas parking lot. Harap MPT bertindak juga terhadap mereka.
Kepada peniaga pula janganlah menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak terhadap mereka. Sepatutnya tahun 2012 orang kita perlu berfikiran positif. Kalau nak berniaga hendaklah mempunyai daya kreatif dan inovatif.
Hari ramai orang kita berniaga di bawah-bawah khemah di tepi longkang. Tak percaya pergilah lihat sendiri di taman-taman perumahan.
TM tak mahu sebut lokasi-lokasi yang banyak gerai gerai tepi longkang ini, nanti kena marah pulak.
Apa pun tahniah kepada YDP MPT.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MPT patut bersihkan dalaman dulu bro, staff kaki ugut, staff makan keliling semua ada ramai, kalau kedai mamak tuh aku setuju tapi kalau orang melayu beniaga gerai kecik kecik itu penindasan.
BalasPadam