Jumaat, 29 Jun 2012

Fathul Baru dan Ridhuan Tee jadi punching bag oleh tentera ahzab di Kelantan,

Malam tadi TM mengikuti video penuh satu wacana bertajuk PRU 13, Ancaman kepada Islam.

Wakil Pas Dr Fadzli dengan angkuhnya bercakap tentang parti Pas yang semua betul dan Umno yang semuanya salah.

Sepatutnya beliau tak perlu menghentam Umno, cukup setakat membicarakan ancaman terhadap Islam seperti isu murtad, isu Dap nak jadikan negara ini sebagai negara Kristian dan PM adalah Kristian. Ancaman Syiah yang ingin menguasai negara dan kini sudah berada dalam Pas dan juga dalam pentadbiran kerajaan.

Panels juga patut menyentuh isu murtad di DUMC, isu larangan azan, isu tulisan jawi yang dimainkan oleh Adun Teresa Kok, isu penggunaan khalimah Allah yang ditutut oleh Gereja St Herald.

Ancaman -ancaman ini boleh dikupas dan dibincangkan dengan baik. Pas melalui Dr Padzli telah mengeret isu muzakarah Umno Pas, isu lebuhraya rakyat, isu stadium isu yang disentuh tak releven langsung dengan tajuk.

Moderator dari TV 9 juga tak pasal2 menyentuh isu Royalty minyak yang tak ada kena mengena dengan tajuk.

Kalau beginilah sikap tentera ahzab Pas tak perlu diadakan wacana dimasa depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. biasa lah..seingat aku, puak puak pas hanya pandai menyalahkan umno saja, padahal puak puak pas bukan nya berjasa sgt kepada malaysia. Cuba lah belajar bekerjasama dengan umno supaya dapat bersama-sama membangunkan ummah dan pembangunan ekonomi umat melayu islam di malaysia tanpa meninggalakan seruan Allah di dunia dan akhirat. Dan Pas juga seharusnya mengaku bahawa ahli-ahli pas juga ramai yang teruk akhlaknya, jangan nampak umno saja. tapi puak2 pas ni, cuma bertopeng kan islam kononnya baik segala-galanya. jadi apa beza puak2 umno dan pas??? puak2 puak pas sebenarnya sakit hati kerana tak dapat menguasai kerajaan persekutuan..sampai sanggup bersekongkol dengan pkr dan dap. Kalau lah puak puak pas cerdik,lebih baik bersama-sama umno kerana umno dan tentunya kerajaan islam yg memerintah, dan boleh berkerjasama untuk membangunkan islam. Tapi lihat lah..Puak2 pas lebih sanggup kerjasama dengan DAP, padahal dap terang2 anti islam. Dap cuma nak bermanis mulut dengan pas dan pkr saja untuk kepentingan politik mereka. cuba kita fikir..orang2 cina yg masuk kampung beli ayam dari orang melayu..siapa yang letak harga ayam itu..? tentu lah orang cina pembeli ayam tadi, Padahal ayam tu orang melayu yang punya.

    BalasPadam