Sabtu, 12 Mei 2012

PAS kekal sebagai penganjur maksiat

Dahulu bila TV3 menganjurkan Jom Heboh, Pas kutuk kaw-kaw. Apa juga program yang berbentuk nyanyian, tarian, dikir barat, boria, semuanya toghut, maksiat dan laghoo.

Ini hujah Pas dahulu, Allah maha besar, dahulu semua jijik dan merosakkan agama dan bangsa. Kini mereka sibuk mencari artis-artis untuk dijadikan ikon mereka. Amy Search pernah dikepung dan dipujuk rayu di rumahnya di villa damansara agar bersama Pas. Sanggup berpanas di luar rumah.

Malam tadi TM mendedahkan beberapa video yang dirakam oleh minaq jinggo di Paya Jaras. Ingatkan konsert yang dianjurkan oleh Umno Paya Jaras. Terkejut beruk TM kerana penganjurnya ialah Parti Islam Malaysia. Paling best bila ada seorang ustaz Pas memberi ceramah khusus untuk menghalalkan program tersebut. Kini Pas sudah jumpa Nas yang menghalalkan konsert.

Siti Nurhaliza yang naik dari usaha RTM pun kini sudah dipancing oleh Pas. Pas asyik mengutuk RTM, TV3 dan Astro tetapi Pas juga sapu semua artis yang dikeluarkan oleh stesen-stesen tersebut.  Kalau dah stesen tv haram , maka hasilnya pun haram juga.

Iwan ialah warga Indon, Pas usahakan untuk jadi warganegara dan pengundi Pas.Pas buat boleh, semuanya halal

Gambar di atas di ambil dari blog rakan dari Jerantut Pahang. Penyokong Pas diminta menyumbangkan dana RM 50 sekepala untuk hadir ke jamuan makan nasi arab.

MANA KEBAJIKAN PAS KALAU DOK PAU DUIT ORANG KAMPUNG. HANGPA TAU KA KALAU ORANG KAMPUNG YANG MISKIN DUIT 50 RINGGIT TU BOLEH BELI BERAS 3 KAMPIT. NYATA PAS IALAH PARTI PAU ORANG,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan