Perdana Menteri , Dato Seri Najib Tun Razak berkata peneroka Felda tetap mendapat keutamaan dalam langkah penyenaraian FGVH apabila lebih 70 peratus saham terbitan penawaran runcit FGVH diperuntukkan kepada golongan
peneroka, warga pekerja Felda dan individu yg menyumbang kpd organisasi itu.
Demikian ulasan Najib ketika melancarkan prospektus FGVH hari ini sempena penyenaraian gergasi perladangan itu, mengumumkan daripada 255,371,000 saham terbitan penawaran runcit, sebanyak 182,408,000 saham terbitan diperuntukkan kepada peneroka, pekerja dan mereka yang telah memberi sumbangan kepada organisasi tersebut manakala 72,963,000 saham selebihnya untuk pelabur awam.
Justeru dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan akan memanipulasikan golongan peneroka tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan